Terkurung..

122 10 0
                                    

*Flashback

2 tahun lalu,

Qaqa P.O.V

Waktu kelas bermula selepas rehat. Aku baru masuk ke kelas dari kantin. Aku dan Zoe' bergelak sakan kerana cerita Zoe' yang menyatakan ada orang pedajal Sophie dengan meletakkan katak di dalam begnya pagi tadi. hahahahaha.. padan muka dia! Gedik lagi!

Sampai di meja kelasku, aku baru teringat tentang kewujudan surat bersampul biru pagi tadi. Sementara cikgu Suri yang merupakan guru mata pelajaran geografi belum masuk ke kelas, aku mengambil kesempatan untuk membaca surat tersebut.

Kehadapan Qaqa Atikah binti Qaiser Arjuna, boleh kita berkenalan? Penat weyh aq usha kau dari form one.. pleaze
. Saya nak jumpa awak di stor belakang sekolah waktu balik nanti.. i'm wait for you, my girl..
- A.F.A, your secr3t admire-

Siapakah gerangan yang memberi surat ini.. A.F.A?? Macam si Firdaus ting tong tu je.. Alahai mamat ni, tak faham faham lagi ke.. Wahai Ahmad Firdaus bin Azhari, hentikanlah semua ni!! Aku dah penatlah wei!! Bencinya aku mamat tu! Asal lah senior ting tong tu jugak yang kacau aku!! Tak tenteram aku sekolah ni. Lain yang aku minat, lain yang aku dapat. Pfftt..

'Aku perlu berdepan dengan dia!' Azamku.

Jam 3 petang. Bilik stor belakang sekolah.

"Mana pulak mamat ting tong ni, aku nak masuk bilik stor macam seram pulak. Dalam surat cakap nak jumpalah, hapa lah, bosan nya aku!!. Aku nak balik!" Omel aku sendirian. Sebaik aku membuka langkah, ada yang memegang tangan aku dari arah belakang. Aku boleh agak siapa gerangannya.

"Nak kemana tu?" Soal si firdaus ting tong.

Dalam takut aku beranikan diri aku untuk membalas soalannya sebentar tadi, "nak balik ar, tadi ada orang bagi surat ntah jembalang mana ntah, menyusahkan orang je!!".

Kataku dengan nada marah walaupun aku tahu dialah gerangan yang mengirim surat di bawah mejaku pagi tadi. Aku lihat dia tersenyum meleret ke arahku.

"Kalau aku cakap aku yang kirim surat tu, kau marah tak? Tapi, aku dah tak sanggup nak simpan, aku suka kau dari tingkatan satu lagi, kalau satu hari tak nampak bayang kau, aku boleh gila bayang, kau tau tak??!! Aku nak couple dengan kau!" Ujarnya sambil menghampiri aku dan aku semakin ke belakang.

"Dengar sini, PERTAMA. AKU TAK SUKA KAU! KEDUA. AKU TAK CINTAKAN KAU! KETIGA. AKU TAK SUDI NAK COUPLE DENGAN KAU! kau faham tak???!!!!" Bidasku dengan nada tinggi sambil mengundur ke belakang. Baru aku menyedari bahawa aku sudah memasuki stor sekolah yang habuk berinci-inci itu.

"Aku dah agak dah. Sebagai balasan, kau tidurlah dalam bilik stor malam ni dengan hadiah yang aku nak bagi ni". Suaranya yang semakin bernada perlahan menakutkan aku. Dia telah menolakku dan mencampakkan seokor katak yang sangat besar serta cicak yang gemuk.

Melihat dua binatang ini mampu membuatkan aku mengunci mulut dan badan aku sudah mula berpeluh. Adus! Macam mana mamat ting tong ni boleh tahu kelemahan aku. Aku terus menjerit dan menangis. Aku berusaha untuk bangun, tetapi kakiku lemah, dan Firdaus telah menguncikan pintu stor dari luar.

"Inilah balasan sebab tolak aku, ini baru sikit dan aku akan pastikan kau lebih menyesal sebab pernah menolak cinta aku!" Jerit Firdaus dari luar.

Aku merintih ketakutan dan menjerit meminta tolong. Tetapi, usahaku hanya sia - sia kerana tiada pelajar pada waktu sebegini. Jam menunjukkan waktu telah menginjak ke angka 3.30 petang. Semua pelajar telah pulang. Aku memeluk lutut sambil menagis..

"Ya Allah, bantulah aku, aku dalam ketakutan. Aku ingin pulang. Hanya engkaulah tempatku memohon perlindungan" doaku. Aku takut, pelbagai perkara bermain di minda, aku teringat babah, mama, along, achik, adik, Mak Mah pembantu rumah merangkap ibu susuan dan Pak Man driver pun aku fikirkan. Tiba - tiba!

"Dah habis nangis?. Dah habis takut?. Dah habis doa?." Soal seseorang.

Aku terus pengsan selepas dengar suara tersebut.

Agaknya siapalah yang tegur Qaqa tu ye? Hantu ke manusia ye agak2.. hahah.. tq, sudi singgah baca. Hope vote and comment. Love, Qashfie.

In love with Mr. HeartlessWhere stories live. Discover now