Restu Mama & Papa

116 7 1
                                    

Akhirnya aku pulang juga bersama Azim pada petang itu. Tiada pilihan kerana waktu sudah petang dan tiada lagi teksi mahu berhenti sewaktu aku menunggu walaupun 15 minit sudah berlalu. Sudah tiada pilihan, aku terpaksa menyeret kakiku masuk ke kenderaan Azim di hadapan pondok menunggu tersebut. Aku geram bila dia memerli aku. 

"Lain kali dengar cakap saya ya sayang, tiada yang berhenti untuk awak selain saya akhirnya. Jadi, tolong jangan jadi degil boleh tak? lagipun saya dah janji dengan mama awak yang saya akan hantar sayang saya balik rumah dengan selamat tau. Saya tahulah yang awak ni saja nak manja manja dengan saya kan?" ujarnya dengan nada mengusik sambil menarik tali pinggang keselamatan untukku. Tahap marah dan maluku sudah tahap maksimum. Ini sudah lebih mamat ni, aku terus diam bagi menyatakan protes aku padanya.

Aku sampai di rumah sudah mahu masuk waktu Maghrib, aku terus berkejar ke bilikku untuk solat dan bersiap bagi menyambut tetamu di kalangan jiran - jiran untuk majlis malam ini. Zoe' awal lagi sudah turun membantu di bawah kerana dia ABC, hehehe..

Setelah aku meletakkan bedak tipis pada wajah dan mengoles lip balm di bibirku, aku terus ingin keluar dari bilik. Ketika di dalam perjalanan aku mahu turun ke bawah, kelihatan pintu bilik tetamu yang berada di sebelah tangga yang turut menandakan ada orang yang ingin keluar, membuatkan aku mempercepatkan langkahku. Baru sahaja kakiku ingin menapak ke anak tangga pertama, aku terasa bagai lenganku dipegang kemas dan aku ditarik agar menyandar pada dinding di situ. Aku cukup terkejut dengan situasi tersebut. Gerangan yang menarik aku tadi turut mengunci tangannya pada dinding di kanan dan kiri badanku membuatkan aku tidak boleh bergerak ke mana - mana. Dia ni lagi..

"Awak buat apa lagi kat sini ya Encik Azim? saya ingatkan awak dah balik tadi. Saya rasa awak ni macam tiada kerja lain je, siapa yang ajak awak datang majlis malam ni?" soalku untuk mengelakkan gugup di dalam hatiku dan  untuk membiasakan diri dengan degupan jantungku yang kini sudah tidak selari!

"Soalan apa sayang saya tanya ni, baiklah.. ini jawapan abang ya sayang, pasang telinga betul - betul tau.." ujarnya meleret dan betul - betul di tepi telingaku dan mampu membuatkan dadaku hampir pecah kali ini. 

Sambungnya lagi, "Mama sayang yang jemput abang datang untuk majlis malam ni, abang tak balik rumah malam ni sayang, sebab papa and your brother invite me to sleep here tonight. Macam faham - faham je yang abang tengah berusaha nak pujuk dan nak dapatkan sayang dan cinta sayang balik. Abang tengah buat kerjalah sekarang ni sayangku. Kerjanya ialah... tengah pujuk sayang saya seorang ni lah. Tapi sekarang ni dia tengah merajuk dan sengaja betul nak manja - manja dengan saya tau. Dia tak tahu lagi yang saya dah penuh perasaan tau sekarang, saya dah buang ego saya dan saya nak cakap yang saya dah lama tunggu dia, cintakan dia.." bisiknya lagi dan suaranya bagai menampar gegendang telingaku. Hatiku semakin cair dengan rayuan dan luahannya.

"Sudahlah tu, saya taknak cakap dengan awak. bye." Aku terus berlalu setelah menolak dadanya menjauh dari pandangan mataku. Namun apabila sampai di tingkat bawah, mama menyoalku. "Angah, where is your romeo?" dengan nada mengusik. Satu lagi bala tau kali ni.

"Romeo mendenye ma?!" mulutku sudah muncung sedepa. Tidak lama selepas itu, Azim berdiri di sebelahku menghantar jelingan menggoda ke arahku namun aku membalasnya dengan pandangan tajam. "Ha, turun pun romeonya. Azim tolong papa kat luar sambut tetamu dengan along ye? tolong mama tau kali ni Azim. Julietnya pula mari tolong mama tengok katering dekat luar ya?". Ayat yang keluar dari mulut mama membuatkan aku seperti mahu rebah di tempat aku berdiri kini. Romeo? Juliet? Papa? Mama? Along? suka hati je nak rampas papa, mama, dengan along orang, marahku dalam hati.

Dalam keterpaksaan, aku menyeret kakiku membuntuti mama yang semakin laju melangkah ke hadapan. Tiba - tiba, Cik Yah depan rumah tegur mama daa.. Cik Yah ni baik hati orangnya, tapi satu masalahnya ialah kalau bercakap susah gila nak berhenti. Lepas dia, dia, lepastu dia lagi, lagi, lagi dan lagi. Tapi aku malas nak ambil hati dengan dia ni, sebab kalau dialah yang selalu bagi kuih tradisional yang lazat setiap kali berbuka di bulan ramadhan, dialah orang yang terawal datang kalau  ada kenduri atau ada kematian, yang selalu menghulur bantuan apabila orang lain di dalam kesusahan sepanjang keluarga aku berjiran dengannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 12, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

In love with Mr. HeartlessWhere stories live. Discover now