2 minggu kemudian..
Azim P.O.V
Menghirup udara di balkoni bilikku. Malam itu sepi sekali dan cahaya bulan yang suram, mengingatkan aku kepadanya.
Kerjasama dengan Takiyama Group dah berlalu dan kesepakatan berjaya dicapai diantara 2 syarikat perusahaan yang semakin maju. Terkenang peristiwa minggu lalu, di mana terserempak dengan Qaqa di KLIA semasa ingin menaiki penerbangan ke Jepun.
'Matanya terlihat kecewa. Sangat. Kelihatan kecewa sekali. Aku tahu kau kecewa melihat Yvonne,tapi aku terpaksa kuatkan diri aku depan kau. Kalaulah kau tahu betapa kuatnya rindu aku terhadap kau sehingga aku digelar Mr. Heartless sejak kau pergi tinggalkan aku hampir tujuh tahun, Qaqa..'fikirku.
Sepanjang tujuh tahun ini, jika kawan-kawan aku bertanya, kenapa aku asyik sendiri, bila nak cari teman hidup? Ujar mereka kepada aku kerana hampir setiap mereka sudah mula mencari dan mempunyai pasangan sendiri. Jawapanku senang, sudah terlalu lama sendiri, bro.... tak pun, pintu hati belum terbuka lagilah, weyh!!!
'Iya lah, takkan aku nak cakap aku still tunggu someone yang aku biarkan dia pergi tanpa jawapan? Akhirnya, aku yang still tunggu dia macam pungguk rindukan bulan. Memang mintak gelak la namanya. Walau di lubuk hati aku, aku tak nak terus hidup sendirian macam ni, tapi aku tak tau nak mula dari mana. Gelaran Mr. Heartless kan?? Ego + bodoh sombong tu of course lah sentiasa ada. Nak pujuk, macam dah lambat. Nak mengaku sayang, ego masih tinggi. Tu yang sendiri selama 7 tahun sampai kena paksa bertunang dengan anak kawan baik papa tu. Haish!!' Keluhku sendiri walaupun mengeluh tu tak baik, tapi apakah dayaku..
Qaqa P.O.V.
Minggu lepas aku sedih, tapi minggu ini tidak lagi. Aku dah cuba move on tanpa bayang - bayang masa lalu aku, tanpa bayang masa lalu aku dengan Azim. Beberapa hari lepas, aku dah bersemuka dengan Zoe'. Dia dah menceritakan segalanya yang berlaku sepanjang tujuh tahun kepergian aku di Australia, tentang apa yang terjadi di sini sepanjang ketiadaan aku.
Flashback
Dua hari lepas,
The Chicken Rice Shop, Midvalley.
"Assalamualaikum, lama tunggu?" aku menyapa Zoe'.
"Wa'alaikumussalam," jawabnya dan terus memelukku. "Qaqa, cantiknya kau!! Bukan main bergaya lagi kau lepas balik dari Aussie ni ye. Rindunya dekat kau, asal dh hampir seminggu baru nak jumpa aku, ha?! Ni aku nak merajuk ni.." ayat akhirnya seperti berjauh hati.
"Aku pun rindu kau juga, janganlah merajuk dengan aku. Maaflah, sekarang baru aku boleh jumpa kau, aku sibuk sikit. Jetleg lagi, abang aku ajak balik kampung lagi, maklumlah tujuh tahun tak reti - reti nak balik tanah tumpahnya darahku ni. Aku still macam dululah, mana ada bergaya ke apa. Kau je yang over." Ujarku kepadanya. Setelah bertanya khabar, Zoe' mula bertanyakan perihal Azim, apakah perasaan aku terhadapnya. Aku seperti tidak mempunyai jawapan di setiap persoalan yang dikemukakan Zoe' terhadapku.
Zoe' menceritakan segala yang berlaku sepanjang tujuh tahun ketiadaanku di sini. Bagaimana berubahnya kehidupan Azim selepas ketiadaanku, penyesalannya, kisah Mr. Heartless nya yang semakin menarik perhatianku, sehingga perkhabaran tentang pertunangan Azim yang mengecewakan aku.
"Qa, kau tahu tak yang Azim jumpa aku lepas beberapa hari kau fly ke Australia? Dia cakap yang dia menyesal sebab lambat sedar yang dia sayang kau juga. Dia suruh pujuk kau, tapi aku kerat jari lah kalau kau percaya cakap aku time tu, kan? Hati masing - masing tengah panas, darah muda yang masing - masing tak nak mengaku sayang, ego.
Dia nak hubungi kau, tapi seperti yang kau inginkan, aku rahsiakan segalanya dari pengetahuan dia. Your phone number, e-mail, id weechat, facebook, twitter, instagram, tumblr, and another else your media social account. I pity with him, but I was had an agreement with you to kept everything about you from him.
YOU ARE READING
In love with Mr. Heartless
Teen FictionAku suka kau!!! - Qaqa Atiqah What??!! - Nadzim Azim Lee Disebabkan tidak mendapat jawapan yang pasti dan membawa hati yang lara, membuatkan Qaqa mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Australia.. Namun, setelah 7 tahun berlalu dan diper...