Kesempatan dalam kesempitan

100 6 5
                                    

Kejadian dua minggu lepas sedikit sebanyak mengganggu aku..

Dua minggu lalu..

"Along, cepatlah siap!! lambat betul, siapa yang nak bertunang sekarang ni? dia yang bertunang, dia pulak yang lambat.." bebelku dari bawah rumah.

"Angah, mana along ni? nanti lambat lah sampai rumah bakal tunang dia nanti. Kita dah lambat ni, itulah budak bertuah ni, hari bertunang pun sibuk lagi dengan kerja." Mama sudah membebel di dalam kereta.

Kelihatan along terkocoh - kocoh keluar dari rumah dan terus menuju menaiki Starex yang dinaiki mama lalu menutup pintu kenderaan itu. Aku terpinga - pinga seketika. " Along! kenapa tak naik kereta sendiri je? habis tu angah nak naik dengan siapa?" ujarku separuh menjerit. Sudahlah Zoey pun naik kereta itu juga setelah di tarik eyang supaya boleh diajak berbual kerana sedia maklum bahawa Zoey memang bermulut ramah. Hyundai Starex itu sudah dipenuhi Ayah Man, Mak Mah, Papa, Mama, Eyang,  Zoey, Abg Aieril, Along, Achik, Adek dan barang - barang hantaran.

"Angah tumpanglah sesiapa, along malas lah nak bawak kereta sendiri. Jumpa nanti Ngah" ujar along sebelum kenderaan itu berlalu pergi. Belum sempat aku mengenang nasib diri yang malang, muncul Nissan Skyline GTR berwarna putih di hadapan aku. Cermin tingkapnya diturunkan, aku tertanya - tanya siapakah gerangan yang membawa kereta ini. 

"Nak tumpang tak?" soalnya. Aku seperti mahu pengsan di situ. Kenapa dalam banyak - banyak orang yang boleh aku tumpang, kenapa dia jugak yang Allah hantar untuk aku. "Cepatlah naik, karang kalau tertinggal rombongan, kita jugak yang susah nanti" sambungnya lagi. Tiada pilihan, aku harus tumpang dia walau aku tak nak sebab semua orang dah pergi. Ku aturkan langkah menuju keretanya, keadaan menjadi kekok dan aku tidak tahu bagaimana untuk menjadikan keadaan di dalam ini kurang rasa kekok nya.

Setibanya di rumah kak Iesya (tunang along)

Aku terus ingin meluru keluar dari perut Nissan Skyline ini. Sebelum sempat aku keluar, ada tangan seakan menahan aku keluar dari perut kereta ini. Aku menoleh ke arah manusia yang sedang memegang lenganku.

"Apa lagi yang encik Azim perlukan atau nak dari saya?" soalku sebal sekali.

"Tunggu saya, kita keluar sekali" ujarnya tenang.

"Tidak mengapa, nanti family saya tertunggu tunggu saya pula" tolakku secara baik. Aku terus berusaha melepaskan genggamannya yang kemas di lenganku.

Setelah kunci keretanya dibuka, aku terus meluru kearah kereta keluargaku. Tanpa menyedari ada kereta yang semakin menghampiri aku. Kaki ku seperti terpaku di situ walaupun aku menyedari kereta itu semakin menghampiri aku. Aku ditarik ke belakang, tanpa menoleh pun aku sudah dapat memastikan siapakah gerangan yang menarik aku. Aku menggigil ketakutan dan wajahku turut pucat seperti tak berdarah. Melihatkan keadaan aku yang seperti patung tidak bernyawa, aku terus dibawa ke pelukannya, erat. 

" Kan aku dah cakap, jalan sekali dengan aku tadi, itulah degil sangat. Tak mahu dengar cakap, kalau kau kena langgar tadi macam mana? aku tak mahu hilang kau lagi. Aku sayang sangat kat kau, Qaqa. Kau ok tak ni?" Suaranya mula kedengaran, cemas sekali dengan situasi yang baru berlaku tadi.

Aku hanya menggangguk sebagai tanda aku berkeadaan baik. Di dalam pelukannya, aku semakin tenang. Sekejap! dalam pelukan Azim? malunya! Aku terus menjarakkan diri daripadanya. 

Kami berjalan beriringan menuju ke halaman rumah kak Iesya, Memandangkan rombongan keluargaku semuanya meninggalkan aku, Aku terpaksa mempercepatkan langkah. Azim menuju dan duduk di sisi along di bawah khemah yang disediakan di luar rumah. Maklumlah, bakal pengantin lelaki mana boleh dengar orang - orang tua tengah berbincang, kan.. hehehe..

Aku menuju ke dalam rumah dan terus mengambil tempat diantara mama dan eyang. 

"Angah pergi mana sampai lambat pula ni? nasib baik majlis belum dimulakan lagi." bisik mama padaku. Aku hanya tersengih sebagai jawapan dan terus melentokkan kepalaku di bahu eyang. Akhirnya Kak Qalisha or Kak Iesya sah menjadi tunangan along. Kendurinya akan berlangsung 3 bulan dari sekarang, hantarannya 13 ribu serba satu, woih! tapi tak apa, along kan kaya. Hahahaha..

In love with Mr. HeartlessWhere stories live. Discover now