Fitnah

124 13 0
                                    

Tingkatan empat.

Qaqa P.O.V

Setelah setahun berkawan baik dengan Azim, kami semakin baik. Tapi, ada sahaja yang mengganggu. Sophie Eva!! Minah tu tak habis - habis mengganggu dan mengugutku agar menjauhkan diri dari Azim..

Asyik melanggar bahu aku je kerjanya, dekat tandas pun kacau aku. Heh! kuasa aku melayan kau. Tapi, disebabkan dendam dia dengan aku, dia sanggup fitnah aku.

Hari kejadian.

Aku baru selesai menggunakan tandas, selepas keluar dari tandas, aku bernyanyi kecil. Tiba -tiba, Sophie menghalang laluanku, "kau nak pergi mana? ujarnya sambil tangannya menghadang laluanku.

Aku menepis tangannya dengan rasa jengkel. "Heh! ingat aku takut dengan kau ke, bendul. Nak cari pasal? Malam sikit!" Balasku dengan geram.

"Kau ingat aku tak tahu yang kau sedang berusaha mendekati Azim sekarang kan? Tapi kau kena ingat yang kau takkan boleh rampas dia dari aku" ujar Sophie tiba - tiba sambil menunjal bahu aku. Bengangnya aku dengan minah ni.

"Kau susah ke kalau aku rapat dengan dia?" soalku sinis sambil memandang tepat ke arah wajahnya. Soalan seterusnya yang keluar dari mulutnya menyebabkan aku tercabar.

"Kau kawan rapat dengan Azim sebab harta dia kan? Kau bukannya ada duit sangat." ujarnya sambil memperlekehkan aku. Eh, minah ni.. cakap macam tak ada otak, bengangnya aku. Aku bidas ucapannya, "kau cakap memang tak fikir dalam otak ya? Bapak aku doktor kot, takkanlah aku nak tumpang harta dia, harta bapak aku pun banyak kot!" nada perli ku berikan khas untuknya.

Tiba - tiba dia senyum mengejek. "Kau nak show-off dengan semua orang di sekolah ni kan yang kau mampu kawan dengan dia. Tak payah nak berlagaklah, menyampah la wei!" fitnahnya lagi.

Aku malas untuk bertekak dengannya lebih -lebih lagi dengan tuduhan tak berasasnya yang lebih kepada fitnah. "Kau nak aku cakap apa?. Ok, fine, aku bangga gila dapat jadi kawan Nadzim Azim Lee sebab dapat show-off depan kau orang. Puas!" Jeritku padanya setelah fitnah yang ditaburkan ke atasku membuatkan aku malas untuk bermain tarik tali dengannya.

"Baru aku tahu yang selama ni kau hanya nak mempermainkan aku, mengambil kesempatan ke atas aku, dan aku takkan percaya kau lagi, Qaqa" mendatar suara seseorang dibelakang aku. Pabila aku menoleh ke belakang, aku lihat Azim tidak jauh dari tempat kau berdiri. Raut wajahnya sukar untuk aku gambarkan, keruh sekali. Dia terus pergi meninggalkan aku bersama si Sophie setan ni.

Aku memandang Sophie, namun dia menunjukkan wajah gembira atas situasi yang sedang berlaku. Dia terus pergi mengejar Azim sambil melambai ke arah ku dengan cara yang paling menjengkelkan sekali.

Aku mencari Zoe' untuk melepaskan setiap perkara yang menyesak dadaku kini. Sampai di kawasan perumahannya, aku memberitahu untuk ke rumah En. Wan Zahid kepada pengawal keselamatan di perkarangan kawasan Green Hill Park itu. Lebih mengejutkan, bukan En. Wan Zahid, tetapi Dato' Professor Haji Wan Zahid tau nama sebenarnya. Aku terus menuju ke rumahnya yang paling hujung di kawasan perumahan elit ini.

Setelah merapikan diri, aku terus menekan loceng dan memberi salam kepada tuan rumah. Apabila pintu pagar di buka dari dalam, aku terus melihat Zoe' yang sedang mendepangkan tangannya. Aku berlari sekuat hati setelah memarkir skuterku di halaman rumahnya yang luas itu. Setelah aku didalam pelukannya, aku melepaskan tangisan di bahunya.

Itulah kali pertama aku menangis kerana lelaki, dan aku dapat mengeratkan lagi hubunganku dengan Zoe' dengan meluahkan segala yang terbuku di hati tentang segalanya. Itulah pertama kali aku tidur di rumahnya kerana tidak mahu pulang dengan mata yang bengkak. Dengan fitnah ini juga menjadikan aku semakin akrab dengan Zoe' serta kedatanganku diterima oleh ahli keluarganya dengan tangan terbuka walaupun kali pertama bertemu denganku. Fitnah yang dilemparkan kali ini amat memberi kesan dan amat menyakitkan kerana telah membuat Azim semakin jauh denganku.

'Ya Allah, aku sayang dia.' Jeritku di dalam hati. Semoga Allah membukakan pintu hatinya untukku, itu doaku.

P.S.T : Maaf sebab lambat update .. akak saya konvo minggu lepas. Amacam entry kali ni? Jangan lupa vote and comment. Love, Qashfie

In love with Mr. HeartlessWhere stories live. Discover now