Derita merinduimu..

169 10 0
                                    

Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Qaqa P.O.V

Setelah hampir 4 jam setengah aku di dalam perut kapal terbang, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke tanah tumpahnya darahku, Malaysia. Keluar di balai ketibaan ini membuatkan aku berasa hiba apabila terkenang masa lalu. Setiap luka di hati aku seperti berdarah semula.

'Kenapalah kau harus pulang, duduk dekat Australia sahaja kan senang. Tak payah nak ingat masa lalu lagi, tak perlu menoleh ke belakang semula' ujarku dalam hati. Aku rasa seperti orang bodoh, sebab menangis lagi kerana masa lalu yang menyakitkan.
Aku tersenyum sinis kerana mengingatkan betapa bodohnya aku terpujuk dengan kata - kata Zoe' yang menyatakan Azim mencari aku dan setiapnya membawa keyakinan untukku pulang ke Tempat asal kelahiranku, Malaysia.

Aku berjalan keluar untuk mencari Pak Man yang merupakan driver keluargaku yang lebih mesra ku panggil 'Ayah Man' yang sudah lama tidak ku temui. Aku menundukkan sedikit pandanganku ke bawah apabila berjalan menyusuri lautan manusia yang berpapasan denganku di ruang itu. Balai ketibaan semakin aku tinggalkan, dan aku terus menunduk layu.

Tiba - tiba, pap! aku terlanggar seseorang! 'Badannya tegap dan keras sekali. Mamat ni kayu ke batu? Kerasnya badan dia, nasib aku tak jatuh.' Monolog aku. Semasa aku memandangnya, suasana KLIA yang sesak itu seperti terhenti seketika.

Perempuan di sebelahnya bersuara memecah kesunyian diantara kami dengan memandang lelaki tersebut. "Sayang, are you okay? are you hurt, or have any injuries?" Soalnya nada kerisauan sambil memegang dada lelaki tersebut. Kemudian dia memandang aku, "are you blind? Please stop dreaming when you walk." Ujarnya kasar padaku.

Aku hanya mampu memandang dengan pandangan kosong dua wajah di hadapanku ini, lelaki itu membuka cermin mata hitamnya. "I'm okay, it was just a bit hurt just now, but I'm okay." Ujar lelaki itu kepada kekasihnya. Dia memandang ke arahku, mata itu! Mata hijau itu! Wajahnya seperti wajah Nadzim Azim Lee yang terakhir kali aku lihat gambarnya yang di e-melkan kepadaku tahun lalu oleh Zoe'.

'Ya Allah, rindunya aku padanya, teguhkanlah pendirianku!' Doaku di dalam hati. Dia memandang aku tanpa menoleh ke arah lain seperti anak mataku sedang merenung anak matanya. Kami seperti berbicara melalui mata yang saling memandang, matanya menunjukkan kerinduan dan kesedihan yang di pendam menjadi satu.

"Sayang, we're late, we will miss our flight to Japan. The departure gate to Japan will close in 30 minute. Hurry up!" Rengek gadis itu sambil memeluk mesra lengan kiri lelaki di hadapanku ini. "Hold on" ujarnya kembali ke wanita di sebelah kirinya.

"Lain kali jalan pandang depan ye, cik" ujarnya kepadaku dengan nada perlian di situ. "Let's go, Yvonne. We're late and maybe miss the flight" ujarnya kepada wanita di sebelahnya. Aku hanya mengangguk sebagai tanda maaf kepada pasangan tersebut dan berlalu pergi.

Air mata menitis semakin laju. Sedihnya aku, Zoe' tipu aku ke selama ni? Aku ingat Azim sayang aku melalui cerita Zoe' yang kononya Azim tunggu aku, tapi kenapa dia dengan perempuan lain? Perempuan tu peluk lengan dia lagi. Sia - sia tujuh tahun aku tunggu kau, Jim(panggilan aku kepadanya ketika kami masih bersahabat dulu).

Aku nak balik, aku nak jumpa papa, mama, abang, achik dan adek. Nak jumpa Ayah Man, Mak Mah, Airiel Edrus, dan Zoe' terutamanya. Aku perlu penjelasan untuk leraikan semua ini, Zoe'. Aku pilih derita merinduimu, Jim kalau semua nie benar - benar terjadi.

Azim P.O.V

KLIA telah ditinggalkan hampir dua jam yang lalu, namun pertemuan dengannya membuat aku tak boleh melupakannya. Ya Allah, adakah doaku sudah terjawab? Tapi kenapa setelah mummy dan daddy memilih Yvonne sebagai jodohku, baru kau hadirkan dirinya semula kepadaku.

Yvonne Amanda yang lena dipandang. Redup pandanganku terhadapnya, kelihatan tidurnya pulas sekali. 'Maaf, Yvonnne.. hati aku masih dengannya,walau 7 tahun berlalu rasa cinta dan sayang untukknya tak pernah berubah. I harap you tak tunggu I, sebab I takut hati I tak ikhlas menerima you, lebih - lebih lagi dia sudah kembali di sisi.' Ujarku di dalam hati sambil memandang Yvonne yang lena di sebelah tempat dudukku kini.

Flashback..
Tahun lalu,

"Mummy nak kamu dengan Amanda disatukan,agar perniagaan daddy dan Uncle Yuszairi dapat bekerjasama. Mummy want you listen to me, and agree with what I'm talk to you just now! I don't care with your feeling anymore, If just mummy and daddy take care about your feeling before, why you cannot to make your parents happy this time? Please, I will never ask anything from you, this is a last and I begging you, please accept Yvonne Amanda to be your wife. Please.." ujar mummy yang lebih kepada rayuan.

Disebabkan mahu dua empayar bersatu, aku tiada pilihan dan perlu sudi menerima Yvonne sebagai bakal tunang aku dalam masa enam bulan ini. Aku dilabel Mr. Heartless semenjak Qaqa meluahkan perasaannya terhadapku hampir 6 tahun lalu kerana aku tidak gemar bercakap malah cuba mengelakkan berjumpa dengan wanita lain. Ini semua kerana hati aku dibawa pergi Qaqa Atikah binti Qaiser Arjuna terbang bersamanya ke Australia tanpa aku sedari. Hanya tinggal memori bersamanya ketika aku masih berbaik dengannya, bahagianya kalau waktu sekarang ni kau masih di sisi aku, tapi aku pilih derita merinduimu, Qaqa.

End Flashback

Aku perlu tidur, nanti nak meeting dengan Takiyama group. Sebelum tidur, aku berdoa agar aku terus istiqamah dengan pilihan aku, yang berubah ke arah kebaikan dan bukakan hatiku untuk Yvonne. Tak adil bukan jika aku bertunang dengannya tepi hatiku masih pada Qaqa?. Aku harap aku dapat lupakannya, bantulah aku Ya Allah.

Mengingatkan perjalanan masih jauh, akhirnya aku tetidur keletihan di sisi Yvonne.

P.S.T : amacam cite kali nie?? Apa apa pun jangan lupa vote and comment. Sediakan tisu untuk bab seterusnya.. jangan cakap hakak tak warning.. hahahahh.. disebabkan stpm hakak dah habis, hakak boleh hapdate cerita ni bila - bila masa je yang hakak nak.. korang pun bole request tau.. heheheh.. Love, Qashfie

In love with Mr. HeartlessWhere stories live. Discover now