What a suprise??

124 12 0
                                    

Rumah Qaqa

Qaqa P.O.V

Pagi ni semua sibuk. Petang ni abang punya pertunangan dan belah malam nanti ada kenduri kesyukuran sempena kepulangan aku setelah tujuh tahun melanjutkan pelajaran di Australia. Zoe' janji nak datang pukul ll.30 pagi dan tidur sini malam ni tapi sampai sekarang dah pukul 12.15 tengah hari batang hidung pun tak nampak. Dah sampai kau nanti, siaplah kau aku kerjakan. Hehehe..

Pak cik dan mak cik aku belah babah dan mama dah mula tiba. Keluarga aku bukanlah besar mana pun. Babah anak ketiga daripada lima beradik. Mama pula anak bongsu daripada dua beradik. Atok dengan opah ada sebelah mama je tinggal sebab belah babah tok ayah meninggal sakit buah pinggang masa aku dekat Aussie. Tok mak pula meninggal waktu babah kecik lagi masa bersalinkan Uncle Quzairy Aryan aku yang tinggal dekat France. Tapi, mak kepada nenek aku belah babah still ada lagi dan aku panggil eyang @ enyang. Aku sayang gila kot eyang aku.
Pagi itu,

Aku terserempak dengan Airiel Edrus, iaitu abang susuan aku yang hanya keluargaku yang tahu mengenainya. Qaqa juga mengetahuinya. Airiel Edrus merupakan lelaki yang amat menjaga nama baik ibu bapanya, seorang yang patuh, baik hati dan suka membantu. Dia hanya tua setahun daripadaku dan merupakan anak kepada driver ayah iaitu Pak Man dan Mak Mah kerana mama sering sakit selepas sebulan melahirkan aku.

"Abang Ed. Rindunya dekat abang Ed!" Ujarku sambil memeluk abang Ed. Abang Ed agak terkejut apabila aku memeluknya tiba - tiba.

"Hey, kenapa ni?? Adik abang rupanya! Rindunya kat adik abang sorang ni" ujar Airiel Edrus teruja walaupun sebentar tadi terpinga - terpinga.

"Dah tak kenal adik abang ke? Ni nak merajuk ni, orang baru nak ajak breakfast, dia dah tak ingat orang. Baru 7 tahun tak jumpa, dah tak kenal. Tu lah bila berlabuh dekat Australia tak nak singgah, kan dah tak kenal orang!" Nada merajuk aku tunjukkan kepadanya.

"Janganlah merajuk adik abang ni, buruk tahu tak?! Hahahahaha.. Okay, bukan abang tak nak singgah tempat adik tiap - tiap kali berlabuh kat Australia tu, tapi kami tak berlabuh lama, pagi kami berlabuh, malam dah mula berlayar balik. Singgah sekejap sangat, tak sempat nak jumpa, lagipun kan abang ada depan adik sekarang ni. Nanti abang belanja adik baskin robbins nak tak? Nanti abang ajak pergi dating sebelum abang berlayar balik minggu depan, okay? Jom teman abang sarapan sebelum tetamu dan jiran - jiran datang." Dia memujukku sambil menuju ke dapur bersamaku.

Kini

Mana Zoe' tak sampai - sampai lagi ni? Penat betul aku tunggu. Jam hampir menginjak jam 1 petang. Kelibat Zoe' masih belum kelihatan. Apabila aku melihat ke arah pagar rumahku, aku melihat satu kelibat yang aku kenali. Sampai pun, ingat dah lupa jalan ke rumah aku.

"Baru sampai? Asal tak datang esok je?" soalku dalam nada menyindirnya.

"Sorry, darling. I'm late. Kereta aku tak hidup pulak tiba - tiba, tu yang aku lambat tu, pergi betulkan kereta dulu baru aku datang rumah kau. Nasib baik aku sempat sampai sebelum kau gerak rumah bakal kakak ipar kau, kalau tak aku kena tunggu kau dekat dalam kereta." Ujarnya memohon maaf.

"Okay, aku maafkan kau, jom masuk dalam bilik, touch up mana yang patut dan boleh kau rehat kejap ke, solat zohor sekali dalam bilik aku tu." Ujarku teruja.

Sebelum aku menarik tangan Zoe' aku terpana apabila melihat raut wajah yang aku kenali di hadapan pagar rumah aku. Aku memandang Zoe' dengan pendangan sinis dan mahukan penjelasannya. Dia menggawangkan tangannya ke udara yang seperti membawa maksud 'bukan aku yang ajak dia kali ni'.

"Hey! Macam mana? Susah tak nak jumpa rumah ni?" Soal satu suara di belakang aku. Aku kenal suara itu, Abang Qairil. Dia kawan abang Qairil ke??

"Tak. Senang je." Balas suara itu, lebih mengejutkan, dia juga kelihatan terpana apabila meihat aku di hadapan pintu rumah ini. What a suprise? What a miracle??

Otakku sukar untuk mencerna apa situasi yang berlaku di kala ini! satu sahaja di dalam fikiran aku, lari! Lari, Qaqa. Aku terus lari dan terus menuju ke bilikku sambil mengheret Zoe' yang hampir putus nafas apabila aku menariknya ke bilik aku di tingkat 3 rumah ini. Aku cuba mencari ketenangan semula di dalam ruang bilik yang aku huni kini.

Setiap kali aku lari, mesti dia ada. Macam mana ni??!! Rimas betul! Stress!!

P.S : Sorry lambat update, hehehe.. sebuk sikit semenjak dua menjak tiga empat menjak nie. Thanks for reading this chapter. Jangan lupa komen and vote. Love, Qashfie

In love with Mr. HeartlessWhere stories live. Discover now