Azim P.O.V
'Ya Allah, permudahkanlah untukku mencari insan bernama Qaqa Atiqah binti Qaiser Arjuna. Lindungilah dia dengan Rahmat-Mu dan pertemukanlah aku dengan dia.' Doaku di dalam hati. Bersalahnya aku menuduhnya tanpa usul periksa.
Teringat aku pada kenangan lalu. Sewaktu aku masih marah dengan Qaqa atas apa yang dia ucapkan sewaktu dengan Sophie di hadapan tandas, tanpa penjelasan daripadanya aku terus berlalu pergi. Kali ini aku sanggup membiarkan dia pergi tanpa mendengar jawapan balasan dariku menyebabkan dia pergi tanpa berita. Kau memang bodoh Azim!
HARI TERAKHIR SPM..
Kertas ekonomi telah berlalu pergi. Semasa tiba di surau sekolah, aku terlihat seorang budak perempuan yang sedang membelakangkan aku. Gayanya dari belakang menunjukkan dia sedang gelisah seperti menanti seseorang.
'Pasti dia sedang menunggu seseorang.' Desis hatiku. Aku ingin berlalu, tiba - tiba, "Nadzim Azim Lee!" Panggil budak perempuan itu.
Aku tetap tidak mahu memusingkan badanku menghadapnya. Aku tahu siapa gerangan yang memanggil aku. "Kau nak apa?" soalku perlahan.
"Azim aku nak minta maaf atas ketelanjuran kata yang keluar dari mulut aku sewaktu perbualan aku dengan Sophie di hadapan girl's toilet tahun lepas. Aku tiada niat nak cakap macam tu, aku malas nak layan tuduhan berasas si Sophie. waktu tu dia yang tuduh aku cuma nak show-off dekat satu sekolah sebab aku berjaya menjadikan Mr. Heartless macam kau salah satu sahabat baik aku. Hakikatnya, aku ikhlas nak jadikan kau kawan baik yang paling aku sayang. Bila kau percaya jawapan yang keluar dari mulut aku hasil dari soalan perangkap si Sophie tu, aku kecewa sangat. Lebih - lebih lagi kau lebih percaya dia dari aku dan kau pergi tanpa dengar penjelasan aku, Jim." Luah Qaqa dengan nada kecewa.
Tanpa memandangnya aku menggelengkan kepalaku. "Kenapa tak jelaskan dari dulu? Kenapa baru sekarang, Qaqa? Semua dah terlambat." ujarku sesal.
"Kau nak aku jelaskan macam mana, kau nampak aku dah lari. Aku panggil kau buat bodoh je. Nota yang aku tulis untuk ajak kau jumpa aku tak pernah berbalas. Aku hantar Zoe' jadi orang tengah pun tak jalan, kau cakaplah cara apa yang aku tak buat lagi untuk jelaskan dekat kau ha??!!" nada Qaqa sedikit meninggi.
'Betul juga apa yang Qaqa cakap, aku yang tak pernah bagi peluang dekat dia.' Desis hatiku dengan rasa bersalah. Tanpa aku berpusing lagi ke arahnya, suaranya kedengaran semula, kali ini kedengaran sebak.
"Aku tak kisah dah Jim, kalau kau dah tak mahu kawan dengan aku, tak mahu dengar penjelasan aku, kalau kau nak percaya 100 peratus hasutan Sophie kepada kau, terpulanglah. Aku dah tak sanggup nak jumpa kau, dengan perasaan bersalah dan kecewa ni sekaligus. Aku rasa aku dah tak boleh bendung dah perasaan aku kepada kau. Dulu, aku boleh simpan sebab kau sentiasa di depan mata aku, sekarang aku tak mampu simpan perasaan aku. Aku nak cakap yang aku cinta dan sayangkan kau. Aku simpan perasaan ni dah lama dah, sewaktu terlanggar kau semasa kali pertama kita bertemu. Jangan tanya kenapa aku jatuh cinta dekat kau, sebab aku pun tak tahu jawapannya dan macam mana ia boleh berlaku. Maaf atas ketelanjuran kata - kata aku yang lalu. Aku tahu apa yang keluar dari mulut aku mengejutkan kau, tapi aku nak kau tau yang aku dah tak mampu nak simpan dan kawal perasaan aku. Aku suka kau!!" Luah Qaqa dengan nada sebak.
What? reaksiku sukar digambarkan, bercampur baur. Aku tak pasti dengan perasaanku ketika itu. Ketika aku berpusing ke arahnya, aku tergamam apabila melihat kolam matanya hampir pecah. Aku ingin mengatakan sesuatu, tetapi mulutku bagai di gam di hadapannya.
Setelah melihat aku berdiam diri di hadapannya, dia terus berlalu di hadapanku. Aku hanya bisa melihatnya pergi dengan pandangan kosong. Aku tahu dia kecewa dengan reaksiku, seperti mana aku kecewa dengan diriku juga.
Qaqa P.O.V
Aku gembira kerana meluahkan apa yang terbuku di hati aku. Walaupun kolam mataku pecah dengan reaksinya yang ditunjukkan, aku tetap senang kerana aku telah meluahkan yang sejujurnya aku. Aku bertekad nak terima tawaran papa yang inginkan aku melanjutkan pelajaran di dalam bidang perniagaan dan ekonomi di Australia.
Kenapa Australia? Pertama, adik bongsu papa iaitu Uncle Qawiem dan keluarganya menetap di sana, jadi mereka boleh tengok - tengokkan aku di sana nanti. Kedua, aku ingin melupakan segala kenangan pahit aku di sini dan mulakan hidup baru. Yang terakhir sekali, aku perlu mengambil alih perniagaan mama suatu hari nanti, semestinya aku perlu tahu segalanya tentang selok belok perniagaan.
Kenangan lalu menggamit rindu antara aku dengan Azim menjadikan aku seorang yang anti - sosial, dan tidak mempunyai teman yang ramai dan hanya terdiri daripada rakan sekuliahku. Aku takut jatuh cinta lagi. Ia akan menghancurkan aku dan membuatkan aku hidup di dalam kekecewaan sekali lagi.
Kini, aku sudah menghabiskan pengajianku dan memperolehi ijazah Sarjana Muda dari School of Economic, University of Adelaide, Australia. Lebih empat tahun di sini aku tetap tidak mampu membuang perasaan sayang dan rindu terhadap Nadzim Azim Lee. Aku tidak mahu terus pulang, sekurang - kurangnya menginginkan 2 tahun pengalaman bekerja di sini sebelum pulang ke tanah tumpahnya darahku. Nasibku baik kerana ditawarkan menjadi pekerja di syarikat korporat ternama di Adelaide.
'Adakah Azim merindui aku sebagaimana aku merinduinya selama ini?' Desis hatiku, tapi perkara itu tidak mungkin akan berlaku. Senyum pahit ku berikan pada bintang - bintang di langit agar bintang - bintang itu menyampaikan rindu aku pada Azim. Aku mendengar lagu yang dimainkan dari komputer ribaku yang menggamit rinduku padanya. Aizat dengan lagunya Hanya kau yang mampu.
Ku cuba redakan relung hati,
Bayangmu yang berlalu pergi,
Terlukis di dalam kenangan,
Bebas bermain di hatiku,Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Yang abadi dalam hatiku,Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi,
Membuatku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang datang kapan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku,Lagu tersebut tidak habis dimainkan, tetapi sudah dimatikan olehku, kerana setiap kali lagu itu dimainkan, ingatanku menerawang ke wajah Azim si mata hijau sepet itu. Hahaha, bodohnya aku sebab still tak boleh move on.
Namun, adakah Qaqa dapat rasakan apabila Nadzim Azim Lee mempunyai perasaan rindu padanya seperti rindu Qaqa pada Azim? Itulah, dua - dua taknak mengalah, jadi siapa yang mula dulu ni.
P.S.T : Saja je sambung cite nie . Terpanjang sikit plak entry kali ni. Macam biasa jangan lupa vote and comment ye. Love, Qashfie.
YOU ARE READING
In love with Mr. Heartless
Fiksi RemajaAku suka kau!!! - Qaqa Atiqah What??!! - Nadzim Azim Lee Disebabkan tidak mendapat jawapan yang pasti dan membawa hati yang lara, membuatkan Qaqa mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Australia.. Namun, setelah 7 tahun berlalu dan diper...