2

13K 272 18
                                    

Akhirnya Raisha tiba di Ktm Telok Gadong. Dia mengeliatkan badannya. Menghilangkan segala lenguh-lenguh badan setelah berjam-jam dalam bas kemudian tren. "Ha!" satu keluhan kuat dilepaskan.

"So kita nak pergi mana ni?"

Raisha menoleh. Hampir terlupa dia dengan kewujudan lelaki yang sepatutnya pergi ke Terengganu itu. "Ikut jela. Banyak tanya." Raisha menjeling sebelum berkata lagi "Haa ni. Kau tolong bawa beg aku ni. Cepat ikut!" arah Raisha seraya berjalan menaiki anak tangga meninggalkan Farhan. Namun kepalanya ditoleh ke belakang kembali "cepatlah! Tunggu apa lagi tu! Ish!" arah Raisha lagi.

Farhan bersungut. Dia menarik beg roda yang berisi pakaian itu dengan mulutnya tak henti-henti membebel. "Sesuka hati dia je. Ingat aku ni kuli ke? Nak angkat-angkat beg dia ni. Dah la berat nak mati!" Dia mengekori Raisha dari belakang. Beg roda itu ditarik semasa naik tangga. Memang sengaja tak mahu diangkat. Biarkan rosak. Bukan beg dia pun kan.

Setelah sampai ke seberang , Farhan menghempas beg tersebut atas jalan raya. "Berat gila beg kau ni. Kau bawa batu ke apa?"

Raisha menjeling. "Kau ni banyak songehkan. Dah lah datang tempat orang lepas tu bising-bising pula. Kang aku tinggalkan dekat sini baru kau tahu." ugut Raisha.

Farhan mencebik. Nak melawan tapi dia sedar kuasa veto sekarang terletak di tangan perempuan di hadapannya itu. "Nak pergi mana ni? Jauh lagi ke rumah kau? Penat dah aku ni. Haihh.."

"Jalan sikit je lagi. Dah cepat. Senja dah ni." Raisha berkata. Dia berjalan dahulu. Farhan mengikutinya dari belakang.

***

Farhan memerhatikan rumah di hadapannya. Bagai tak percaya. Rumah papan tiga tingkat itu tersergam indah di depan matanya. "Rumah kau ni?" soalnya.

"Yela. Habis tu? Dah aku berhenti dekat sinikan." jawab Raisha. "Kau jangan nak cakap bukan-bukan eh nanti. Kau diam je. Biar aku yang cakap." sambung Raisha lagi. Dia memang tak percaya lelaki yang berada di sebelahnya. Lagi pula bila teringat sikap bapanya yang tegas. Silap haribulan dengan dia-dia sekali kena halau nanti.

Raisha menarik nafas sedalamnya sebelum memberi salam. "Assalamualaikum..."

Tak lama selepas itu pintu rumahnya terbuka. Timbul wajah ibu bapanya di hadapan pintu. "Mak , abah! Echa rindu sangat. Mak sihat?" Raisha memeluk ibunya erat.

"Mak sihat.. Echa sihat? Gemuk dah anak mak ni." Ibu Raisha membalas pelukannya. Gembira menyambut kepulangan anaknya itu. Namun bapanya membisu. Dia melepaskan pelukan. "abah?"

"Ni siapa yang kamu bawa balik ni Echa!?" soal bapa Raisha. Mukanya begis.

Raisha menelan air liur. Terasa kelat. Pekat. Perkara inilah yang ditakuti oleh Raisha. Sungguh dia gentar bila bapanya bertanya dalam nada serius seperti itu. "A.. Abah. Ni.. Ni.."

"Ni apa!?" tengking bapanya.

"Se.. Sebenar.."

"Sebenarnya pak cik , saya salah naik bas." Farhan memintas kata-kata Raisha. Tergagap-gagap. Sampai esok tak habis cakap kalau macam tu.

"Habis yang kamu ikut anak pak cik balik kenapa!?" Pak Cik Oshman menjegilkan matanya memandang Farhan. Sungguh hatinya hangat dengan kelakuan anak ketiganya itu. Pandai-pandai bawa balik lelaki. Ni kalau sedara-mara, orang kampung tahu mana dia nak letak muka dia.

Farhan cuba mengawal rasa takutnya. "Saya nak balik Terengganu pak cik. Tapi masa saya on the way pergi dekat bas, adalah sekumpulan lelaki ni kejar saya. Puncanya sebab saya terlanggar seorang perempuan ni." kata Farhan. Dia cuba menerangkan duduk perkara yang sebenar.

Menantu AbahWhere stories live. Discover now