15

4.3K 107 1
                                    

Bas sudah lama meninggalkan Terminal Bandar Tasik Selatan. Raisha melempar pandangan ke luar. Dalam hatinya kini terdetik rasa terkilan sebab pergi tanpa berjumpa dengan ibu bapanya terlebih dahulu. Siapa tahu mungkin itu perjumpaannya yang terakhir.

Raisha menghela nafas berat. Sedang dia mengelamun tiba-tiba tangannya terpegang sesuatu yang berada dalam poket seluar. Dikalih pandangannya. Barang itu dikeluarkan dari poket. Dia tersenyum melihat gelang yang dipegang. Gelang pemberian Farhan. Baru dia teringat yang dia terburu-buru pagi tadi , gelang itu tak sempat dia pakai cuma masuk ke dalam poket seluar sahaja.

Dia toleh ke sisi. Farhan sudah menjelajah ke alam mimpi. Dipandang sisi lelaki itu ketika sedang tidur. Lelaki itu agak hensem pula dirasakan. Orangnya tak putih. Tak gelap. Sedang-sedang sahaja. Mukanya petak? Bulat? Emm mungkin bulat tapi badannya sedang-sedang sahaja. Tak gempal walaupun lelaki itu mempunyai bentuk muka yang kelihatan bulat. Sesuai dengan umurnya.

Raisha tersenyum. Teringat di benaknya peristiwa yang menyebabkan dia buat keputusan untuk mengikut Farhan balik ke Muadzam.

***

"Jom teman aku Echa."

"Teman pi mana? Tak naklah. Aku malas." Raisha menolak pintu bilik namun Farhan dapat tahan dengan tangannya.

"Jom lah. Kau ni semua malas. Cuma jadi rajin sikit." pujuk Farhan.

Raisha mencebik. "Benda sekarang aku malas. Kau ajak Kak Iza jela."

"Iza busy. Jom lah. Aku dah cakap dengan abah nak keluar. Abah kasi. Jom lah. Tak lama lagi nak balik dah. Aku tak puas lagi jalan dekat Selangor ni."

Raisha merengus kasar. "Yela-yela. Tunggu sat aku pi siap." jawab Raisha seraya menutup pintu biliknya.

Kaki bergerak ke almari pakaian. Dibuka dan diselak satu persatu baju yang berada dalam simpanannya. "Emm nak pakai baju apa ni?" soalnya sendiri. Tangan mula mengambil satu blouse berlengan panjang. Raisha berdiri di depan cermin. Meletakkan baju itu dibadannya. Membelek-belek sama ada sesuai atau tidak. "Bolehlah ni. Bukan pergi mana pun kan."

Dia menyiapkan dirinya. Selepas tudung dipin dan dikemaskan, dia perhati penampilannya di dalam pantulan. "Kau ni Echa. Memang comel. Hahaha." terkekeh-kekeh Raisha ketawa. Memang jadi tabiatnya suka memuji diri sendiri. Tapi bila dia keseorangan bukan ditengah-tengah orang ramai. Tak salah. Orang kata untuk keyakinan diri. Raisha capai telefon pintarnya di atas meja solek namun pergerakannya terhenti bila matanya tertacap pada gelang berwarna coklat gelap.

Diambil gelang tersebut. Dibelek sebelum membuat keputusan untuk memakainya. "Okay. Jom." Raisha membuka pintu bilik dan melangkah keluar. Sebaik sahaja dia menoleh selepas menutup pintu Farhan sudah tercegat di depannya.

"Ish kau ni macam hantulah. Bila pula kau berdiri dekat situ?" soalnya.

Farhan tersengih seperti kerang busuk. "Cepat ah." ujarnya seraya berlalu pergi. Raisha mengekor dari belakang.

***

Kereta diparking agak jauh daripada tempat yang mereka ingin pergi. Raisha tak faham kenapa mesti Farhan parking jauh sedangkan banyak lagi ruang letak kereta di dalam shopping mall tersebut dan lagi satu yang dia tak faham kenapa Farhan pakai jaket sedangkan sekarang tengah panas terik. 'Dia tak panas ke pakai baju berlapis-lapis?' getus hatinya.

Menantu AbahWhere stories live. Discover now