13 (edited)

4.5K 107 4
                                    

Raizah menarik nafasnya dalam-dalam. Kemudian dilepaskan dengan satu helaan yang kuat. Hatinya berbelah bahagi. Keliru dengan rasa yang sebenar. Dia menongkat dagu. 'Kenapa dia buat macam tu? Dia suka dekat aku ke?' soal hatinya. Melayang fikirannya tentang perkara tengahari tadi.

***

"Nak suap." Farhan mengangakan mulutnya di sebelah Raizah yang sedang memasak. Dia tahu Pak cik Oshman dan juga Mak cik Rainah tiada dirumah. Jadi dia mahu ambil kesempatan ni. Mana boleh lepaskan je.

Raizah menoleh. "Eh kenapa ni?" soalnya sambil mempamerkan riak wajah pelik. 'Tiba-tiba je minta suap. Buang tebiat agaknya budak ni.' bisik hatinya.

"Ala... Nak rasa sikit. Sedap ke tak awak masak." rengek Farhan.

"Tak payah nak mengada. Nah rasa sendiri." sudu dihulur kepada Farhan.
"Tapi nak awak suap." rengek Farhan lagi. Ditolak tangan Raizah yang menghulur sudu padanya.

"Saya tak biasalah suap-suap orang ni. Seumur hidup tak pernah suap orang tahu." Raizah menolak. 'Ada ke gila nak main suap-suap. Sah budak ni buang tabiat.'

"Please..." terkebil-kebil mata Farhan memandang Raizah.

"Saya tak tahulah." balas Raizah lagi.

Farhan berdecit. 'Apa susah sangat minah ni nak suap aku?' hatinya mengutuk Raizah. "Ala.. Kalau nak suap senang je. " dipegang tangan Raizah yang sedang memegang sudu. Kemudian diambil sedikit kuah tomyam di dalam periuk. Ditiup bagi hilang sedikit rasa panas selepas itu baru disuap ke dalam mulut.

Raizah kaku. Farhan sedang memegang tangannya. Dia sedang menyuap Farhan. 'Betul ke ni? Betul ke? Aku tengah mimpi?' soalnya bertubi-tubi dalam hati. Dia betul-betul tak sangka Farhan akan buat begitu dan dia betul-betul tak sangka dapat merasai pengalaman seperti itu. Selalu dia cuma baca dalam novel dan lihat dalam filem atau drama. Tapi sekarang perkara itu terjadi dekat dirinya. Dia jadi kaget. Tak tahu mahu memberi reaksi apa? Suka? Marah? Ah..! Hatinya sendiri sedang berdegup laju sekarang bermakna dia sedang gembirakan?

"Sedaplah awak masak." puji Farhan. Dia melepaskan tangan Raizah.

Raizah tertunduk malu. Pujian Farhan menyebabkan dia sedar yang dia tidak bermimpi. Perkara ni benar-benar terjadi. Betul! Bukan mimpi! Bukan khayalan! "Terima kasih." ucapnya.

Farhan tersenyum sumbing melihat Raizah malu-malu. Pasti gadis itu sedang melonjak teruja dalam hati. "Kalau macam ni lah awak masak.." Farhan mendekatkan dirinya dengan Raizah. "Saya nak awak jadi isteri saya." bisiknya.

Suara penuh lunak itu menerpa gegendang telinga Raizah. Andrenalinnya merembes laju. Rasa gemuruhnya memuncak. Butir-butir keringat mula timbul di bahagian dahi.

Farhan mencium jari telunjuk dan jari hantunya kemudian diletak jari itu ke pipi Raizah. "Jangan jemu masak untuk saya lain kali." bisiknya lagi seraya berlalu pergi meninggalkan Raizah yang seperti patung pameran. Tegak kaku.

***

Raizah memegang pipinya yang dicium secara halus oleh Farhan. Dia tak pernah rasa sebegini. Bukanlah dia tak pernah bercinta tapi.. Ini sangat berbeza. Farhan seolah-olah memberinya satu rasa yang amat-amat mengujakan. Rasa itu membuatkan dia selalu ingin berada di samping lelaki itu. 'Aku dah suka dekat dia ke?' soal hatinya lagi.

Menantu AbahWhere stories live. Discover now