28

3.4K 83 0
                                    

Kedinginan mula terasa. Raisha terjaga dari tidur. Digosok-gosok matanya. Di luar masih hujan dan dia masih di dalam kereta. Dia menjengah ke depan untuk melihat sama ada penghawa dingin dihidupkan atau tak. Sejuknya sampai ke tulang kering. "Emm boleh tak matikan aircond sat? Sejuk gila." pinta Raisha sambil dagunya diletak ke kerusi Ami.

Farhan toleh ke sisi. "Kau sejuk sangat ke?" soalnya penuh bimbang.

Raisha cuma mengangguk sambil buat muka kesian.

Farhan buka jaket jeans miliknya. "Nah.. Kau pakai ni." jaket tersebut dihulur kepada Raisha.

"Kau takpe ke? Kau lagi duduk depan kot." ujar Raisha. Dah lah Farhan pakai baju lengan pendek. Mahu beku lelaki tu dekat situ kalau dia ambil jaket jeans milik Farhan.

"Takpe. Kau pakailah."

"Tapi.."

Ami yang tak tahan dengan perbualan ulang alik Raisha dan Farhan terus menutup penghawa dingin. "Okay dah. Tak payah nak buat samarinda dekat sini. Aku dah tutup aircond." katanya dengan serius membuatkan Farhan dan Raisha terdiam.

Jaket yang berada ditangan , Raisha hulurkan kembali pada Farhan. "Terima kasih." ucapnya.

Farhan cuma angguk dan tersenyum.

***

"Okay. Kita dah sampai." kata Farhan.

"Macam mana nak keluar? Hujan ni." Raisha terjenguk-jenguk dari dalam kereta untuk melihat apa yang ada diluar.

Farhan diam seketika. Betul juga. Sekarang tengah hujan lebat. Kalau mereka lari pun mesti akan basah punya.

"Kita lari." cadang Ami. Wajah Raisha dan Farhan dipandang silih berganti.

"Kau gila ke Ami? Hujan lebat kot. Basah kuyuplah nanti." Raisha membantah. Mahu kena demam panas dia nanti.

"Habis tu? Tak kan nak duduk dalam ni je? Lagi pun kita lari sikit jee. Tak kan basah kuyup sangat." ujar Ami.

"Yela. Jom. Kita lari sikit." Farhan menyokong dan Raisha tak punya pilihan lain. Dia terpaksa menurut.

Pintu kereta dibuka. Terus kedengaran bunyi air hujan menimpa bumi. Raisha segera turun dan berlari masuk ke perkarangan rumah. Ya sebuah rumah. Rumah teres. Dia tak tahu rumah siapa.

"Jomlah masuk." ajak Farhan setelah mereka bertiga sampai di depan pintu rumah. Pagar dibuka dan pintu ditolak. "Assalamualaikum." ucapnya sambil kaki melangkah masuk ke dalam.

Ami dan Raisha turut sama masuk dalam keadaan kekok. Baju yang basah menyebabkan lantai rumah itu lecak.

"Waalaikumsalam."

Satu suara menyahut dari atas. Ketiga-tiga mata memandang ke tangga. Menanti gerangan yang menyahut salam turun.

"Paan. Eh ada bawa kawan sekali? Ni kenapa basah kuyup ni?" Mak Limah membetulkan anak tudung yang dia pakai.

"Kat luar hujan mak. Tu yang lari masuk dalam. Basah kuyup." jawab Farhan sambil memerhati Mak Limah turun.

Raisha dan Ami cuma kaku di belakang Farhan.

"Kesianlah kawan kamu ni. Mesti sejuk. Pergi amikkan tuala." arah Mak Limah.

Farhan angguk dan segera naik ke atas.

Menantu AbahWhere stories live. Discover now