26

3.2K 81 0
                                    

"Kamu nak pergi lagi Paan?"

Farhan mengangkat muka memandang ibunya. Mulutnya penuh dengan nasi menyebabkan dia tidak boleh menjawab dengan segera soalan dari ibunya. "Esok pagi Paan pergi mak " jawabnya setelah nasi habis ditelan.

"Bila Paan nak duduk dekat rumah? Mak risau Paan selalu keluar sana sini. Mak risau keselamatan Paan." Mak limah menatap wajah anak lelakinya yang sedang selera bersantap. Matanya jelas terpancar kerisauan.

"Mak janganlah risau. Paan pandai jaga diri. Lagipun Paan dah cakap dengan bos tempat kerja Paan tu yang Paan nak berhenti lepas projek ni habis." Farhan tersenyum memandang Mak Limah.

"Sebenarnya apa kerja Paan ni? Mak langsung tak pernah tahu."

Pergerakan Farhan terhenti. Soalan itu sering kali memerangkapnya. Memerangkap hati nuraninya yang cuba dikeraskan untuk menjadi jahat. Sering kali juga dia mengelak dari menjawab tapi bila mengenangkan ini yang terakhir dia rasa patut soalan ibunya tu diberi jawapan. Dia berdehem kecil sebelum berkata. "Paan kerja biasa je mak. Macam orang kerja kerani tu. Ada projek. Pergi sana pergi sini." Farhan menenguk air sirap di dalam cawannya.

"Emm kalau betul kerja kamu tu takpelah. Mak tak nak kamu buat kerja yang bukan-bukan. Sebab gaji yang kamu dapat tu kamu bagi dekat mak. Mak bagi adik-adik makan pakai duit kamu. Makanan tu jadi darah daging."

Farhan terhenti lagi. Ah! Perkara ini yang ingin dia elakkan. Sesungguhnya dia akan jadi serba salah bila Mak Limah mula memberi ayat yang sebegitu.

"Ingat Paan apa mak pesan ni." sambung Mak Limah lagi.

Farhan mengangguk laju. Air yang berbaki diteguk laju. "Paan letak pinggan kat dapur ye mak." katanya sambil lekas-lekas bangkit menuju ke dapur.

***

"Agak-agak sekarang malam ke siang eh?" anak mata Raisha memandang ke arah Ami yang sedang berbaring di sudut bilik. Keadaan bilik yang bergedung tanpa ada tingkap menyebabkan dia tak tahu sekarang siang atau malam.

Ami cuma mengangkat bahu. Dia sendiri sudah rimas duduk terkurung di dalam bilik tapi sekurang-kurangnya tidaklah terlampau bahang seperti di dalam kontena. Perutnya berbunyi kuat.

Raisha turut dengar. Tambah-tambah dalam keadaan bilik yang kosong. Tiada perabot, tiada bunyi bising hanya mereka berdua dan bunyi perut Ami seperti guruh yang membelah bumi. Raisha ketawa kecil dia bergerak mendekati kawannya itu. "Lapar bukan nak cakap. Nak amik ni." satu bungkusan roti yang separuhnya sudah dimakan dihulur kepada Ami.

Ami menolak tangan Raisha. "Takpelah. Kau simpan roti tu untuk kau. Kita pun tak tahu bila lagi dia orang nak bagi makanan dekat kita."

"Kau jangan nak mengada boleh tak? Amik ni." Raisha memaksa. Roti itu dihulur semakin dekat dengan Ami.

"Aku tak nak lah. Kau makan je. Kau tak nak makan sekarang kau simpan. Buat bekalan." Ami masih berdegil. Perutnya berbunyi sekali lagi. Lebih kuat dari yang tadi.

Raisha berdecit. Geram betul dengan orang yang berlagak konon-konon okay ni. Dia cubit sedikit baki roti yang berada dalam bungkusan. Perlahan-lahan dia merapatkan kedudukan dengan Ami yang sedang menatap syiling bilik. "Betul kau tak nak ni?" soalnya sekali lagi. Dia betul-betul sudah ada di sebelah kepala Ami.

"Iye.. Kau mak.."

Tak sempat ayat dihabis satu cebisan roti disumbat ke dalam mulutnya. Badannya serta merta terduduk.

"Makan. Jangan nak mengada." Raisha berkata garang.

Ami mengunyah roti di dalam mulutnya. Jari telunjuknya diangkat. Dituju ke arah Raisha. Seperti ingin berkata sesuatu. Susah payah di menelan roti yang serat itu untuk memulakan bicara. "Kau ni Echa." Ami berhenti. Tekaknya menelan sisa roti yang tinggal.

"Haa apa? Apa?" Raisha menjengilkan matanya.

"Kau ni... Memang nak kena." Ami rampas bungkusan roti di tangan Raisha. Diambil secubit. "Kau sini kau." tangannya mula menarik tangan Raisha. Setelah rapat, pipi gadis itu ditekan menyebabkan mulut Raisha ternganga.

Raisha melawan. Dia memegang kedua tangan Ami. "Janganlah. Aku tak nak." katanya dengan ketawa yang mengekeh. Kelakar pula bila teringat wajah Ami yang terkejut semasa disuap roti ke mulut lelaki itu.

"Ohh.. Hahaha kau melawan ye. Kau ingat boleh menang Echa?" balas Ami. Mulutnya juga turut ketawa sambil berusaha memasukkan roti ke dalam mulut Raisha.

"Hahaha kau ni lembiklah. Aku yang keding ni pun kau tak boleh lawan." Raisha sengaja memprovok. Ketawa tak habis-habis keluar dari mulutnya.

"Eehhh minah ni. Kurang ajar betul. Hahaha."

***

Badan dibaringkan atas kerusi di hadapan beranda. Matanya menatap dada langit malam yang merah. Nampak gaya seperti mahu hujan sahaja. Telefon dikeluarkan. Gallery dibuka. Dia mula mengamati gambar-gambar yang berada di dalam simpanannya. Sedang melihat tiba-tiba tangannya terhenti pada satu gambar.

Gambar dia dan gadis yang bakal dijual. Satu senyuman terukir. Wajah gadis itu masam. Seperti sedang marah sesuatu. Gadis itu berdiri memeluk tubuh manakala dia pula memandang gadis itu sambil tersenyum.

Saat indah yang seketika. Dia sememangnya sudah menyangka pengakhiran bagi kehidupan gadis itu cuma dia tak menyangka yang dia akan terkenang gadis itu pada saat ini. Bukankah segalanya patut berakhir bagi dia tatkala gadis itu selamat diserahkan kepada bosnya?

"Haa..." helaan nafas dibuat. 'Kau campak aku dalam air. Lepas tu kau campak pula kasut aku! Eee! Aku tak boleh sabar dah dengan kau ni! Eee! Eee!' Farhan ketawa kecil bila teringatkan peristiwa indah tersebut. Muka Raisha ketika marah sambil menarik rambutnya. Ia satu kenangan yang indah.

'Kau lupakan perempuan tu atau kau akan binasa.' entah macam mana ayat Tiger pula muncul di benaknya menyebabkan fikirannya menolak jauh bayangan dan kenangan tentangnya dan juga Raisha. "Kau tak boleh macam ni Paan. Kau tak boleh macam ni." ngomelnya sendiri. Telefonnya ditutup. Diletak ke tepi. Muka diraup dan nafas ditarik sedalamnya.

Matanya kembali menatap wajah langit yang merah. Kali ini diringi dengan cahaya putih yang memancar sekali sekala. Sebelah tangannya diletak dekat kepala. Dijadikan sebagai bantal manakala yang lagi satu diluruskan ke kaki. Tiba-tiba tangannya terasa sesuatu pada bahagian poket.

Tangannya diseluk ke dalam poket. Kemudian barang tersebut dibawa keluar. Loket? Mukanya berkerut pelik. Garis-garis halus terlihat di dahinya. Kotak fikirannya cuba menyelongkar kembali segala peristiwa yang berlaku. Dari mana dia dapat loket misteri ni?

Dia mula membelek. Mencari apa-apa petunjuk yang membolehkan dia ingat siapa yang beri dia loket ni. Tanpa menunggu lama dia membuka loket tersebut. Ala.. Yang macam cerita orang dulu-dulu. Matanya bulat memandang wajah yang terisi dalam loket tersebut.

"Raizah." satu nama meniti di bibirnya. Dia bangkit duduk. Baru sekarang dia ingat. Raizah memberinya loket itu pada hari terakhir mereka bertemu. Dia hanya simpan ke dalam poket. Baru sekarang dia dapat tengok isi dalamnya.

Di sebelah gambar Raizah terdapat satu kata-kata yang ditulis dengan tangan. Tulisannya amat kecil. Farhan mendekatkan loket tersebut ke matanya. Sebaik selesai dibaca, dia termanggu seketika. Berfikir sesuatu.

Selepas beberapa ketika dia segera bangun. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci kereta dan bergerak meninggalkan kediaman ibunya.

Menantu AbahWhere stories live. Discover now