8

6.7K 123 0
                                    

"Mana budak-budak?" Pak cik Oshman melabuhkan punggungnya di atas pangkin. Tangannya mengibas-ngibas kain perca ke muka bagi menyejukkan badannya yang sedang kepanasan.

"Iza dengan Paan ada dalam bilik. Lepas sarapan terus masuk. Sambung tidur agaknya." jawab Mak cik Rainah. Air kopi yang sudah sedikit sejuk dituang ke dalam cawan dan diletakkan di hadapan Pak cik Oshman.

"Echa mana?" soal Pak cik Oshman lagi. Tangan mula membuka tepak rokoknya. Dibuka dua helaian kertas rokok. Tembakau diletak diatas kertas tersebut. Kemudian digunting sedikit cengkih menjadi kecil.

"Echa keluar dah dengan kawan-kawan dia. Awak tak perasan ke?" jawab Mak cik Rainah.

"Sayakan dari belakang. Mana saya nampak dia keluar." balas Pak cik Oshman. Rokok lenteng yang sudah siap itu diletak dipinggir bibir. Pemetik api dibuka dan dibakar hujungnya. Hembusan asap mula kelihatan. "Echa kata semalam tak sihat. Pagi ni keluar pula?"

"Semalamkan dia dah rehat lama. Satu hari asyik terperap dalam bilik. Tu yang sihat hari ni. Lagi pun biarlah budak tu berjalan hari ni. Seminggu dah asyik kat rumah je. Tak lama lagi dia nak balik Pahang dah."

"Herm itulah awak. Membela anak. Jangan dimanja sangat nanti besar kepala."

Mak cik Rainah mengelengkan kepalanya. Malas mahu memanjangkan cerita dengan suaminya itu.

"Assalamualaikum Pak Man. Amboi. Dah hujung-hujung ni masih romantik lagi ye."

Pak cik Oshman menoleh. "Haa kamu Din. Aku ingatkan siapa. Takdenya romantik dah tua-tua ni Din."

"Ala.. Nak malu-malu pula Pak Man ni." tangan dihulur untuk bersalam. Kemudian Mahuddin mengambil tempat duduk berhadapan Pak cik Oshman. "Mak cik." tegurnya sebelum mata tertumpu kembali kepada Pak cik Oshman.

Mak cik Rainah tersenyum dan bergenjak masuk ke dalam sedikit.

"Ish, ada-ada jela kamu Din. Kenapa datang ni?"

"Saja nak melawat Pak Man. Dah lama tak jumpa. Rindu pula dengan Pak mertua saya ni. Hehe." tersengih-sengih Mahuddin di hadapan Pak cik Oshman. "Pak man.." panggilnya mendayu.

"Emm."

"Dengar cerita ada lelaki dalam rumah Pak Man? Sungguh ke?" soal Mahuddin dalam nada separuh berbisik.

Satu hembusan terakhir rokok lenteng dilepaskan. Kemudian putung rokoknya dibuang. "Kenapa? Kamu nak tinggal dalam rumah aku juga Din?"

"Boleh ke Pak Man? Kalau boleh sekarang juga saya kemas baju saya."

Pak cik Oshman menjeling tajam kemudian mengelengkan kepalanya. "Kamu nak apa sebenarnya ni Din? Nak cakap pasal budak lelaki dalam rumah aku ni?"

"Haa yela Pak Man. Mana boleh kita bawa masuk lelaki bukan mahram dalam rumah. Lagi-lagi dalam rumah tu ada dua orang anak dara. Ish boleh timbul fitnah Pak Man."

"Fitnah apanya Din? Bukannya anak aku bertiga je dengan budak tu. Aku dengan Mak Inah kau ni ada. Bukannya dorang tinggal satu bilik."

"Tu Pak Man cakap. Fikiran budak-budak muda ni kita tak tahu Pak Man."

"Habis kamu tu bukan budak muda ke Din?"

Mahuddin terdiam.

"Kamu kalau tak tahu apa jadi dekat rumah aku jangan nak bercakap macam-macam. Kalau timbul fitnah pun sebab dari mulut kamu." tenang Pak cik Oshman berkata.

"Saya bukan nak cakap apa Pak Man. Saya cuma bagitahu je. Sebelum orang lain mengata keluarga Pak Man baik saya yang cakap dulu." Mahuddin kembali bersuara.

Menantu AbahWhere stories live. Discover now