27

3.3K 88 6
                                    

Klik!

Raisha terbangun dari tidur. Bunyi pintu dibuka kedengaran menyebabkan lenanya terganggu. Dia pantas mendekati Ami. "Ami! Ami!"

Ami yang terasa badannya digoncang membuka matanya sedikit. Terlihat Raisha dengan wajah yang cemas memandang ke arah pintu. Dia segera bangun. Matanya turut dikalih ke arah pintu yang terbuka sedikit demi sedikit.

"Shhh!" Muncul wajah Farhan dibalik pintu. Ami dan Raisha hanya memerhati lelaki itu bergerak ke arah mereka. Sesekali kepalanya ditoleh ke belakang. Melihat ke arah pintu.

Farhan berhenti di hadapan Raisha dan juga Ami. Dia mencangkung. Mukanya serius. Gerak gerinya sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Takut konco-konco yang lain masuk pula ke dalam bilik walaupun dia tahu semuanya sedang lena membuta sekarang. Cuma ada dua tiga orang sahaja yang berjaga. "Okay. Korang dengar sini. Lepas kita keluar dari bilik korang pergi sebelah kanan. Dekat situ korang jalan je terus sampai ke pintu belakang. Aku ada letak kereta dekat situ." Farhan mengeluarkan kunci keretanya. Dia memandang Ami. "Kau tahu bawa kereta tak?" soalnya.

Ami mengangguk laju.

"Bagus. Kau amik kunci ni." kunci kereta bertukar tangan. "Korang masuk dalam kereta dan terus blah dari sini. Balik poli." arah Farhan.

Raisha yang mendengar dengan teliti rancangan Farhan memegang tangan lelaki itu. "Habis kau?" soalnya dengan riak penuh kerisauan. Tak mungkin orang-orang yang sekutu dengan Farhan akan melepaskan lelaki itu bila tahu dia dan Ami melarikan diri.

"Kau pergi je dengan Ami. Jangan risau pasal aku. Sekarang bangkit." Farhan sudah berdiri. Begitu juga dengan Ami. Dia dah tak sabar nak lepaskan diri daripada terus terkurung.

Berlainan pula dengan Raisha. Dia masih duduk bersila sambil merenung wajah Farhan tajam.

"Kenapa ni?" soal Ami. Pelik dengan perangai Raisha. Orang dah nak suruh lari, lari jela. Tak payah fikir apa lagi.

"Aku nak Paan ikut sekali."

Kepala Farhan tertoleh ke belakang memandang Raisha. "Kau jangan nak mengadalah Echa. Aku tahu jaga diri. Sekarang aku nak kau pergi dengan Ami. Cepat!" arah Farhan tegas.

Raisha masih membatu. Dia memeluk tubuh.

Farhan merengus. Mereka perlu cepat sebelum rakan-rakan yang lain sampai. Tapi Raisha pula buat hal. "Yela! Dah jom cepat!" Farhan mengalah. Semakin lama berbalah dekat situ semakin sikit masa yang mereka ada.

Raisha bingkas bangkit. Dia berdiri di belakang Ami. Ami pula di belakang Farhan. Ami pegang tangan Raisha erat. Tak mahu gadis itu ketinggalan.

Farhan memegang tombol pintu. "Ingat. Lepas keluar terus ke kanan." pesannya sekali lagi.

Ami dan Raisha mengangguk laju. Jantung mula mengepam darah secara tidak terkawal. Adrenalin masing-masing merembes dengan banyak. Butir-butir keringat mula hadir pada batang tubuh. Rasa berdebar yang boleh buat seseorang hilang kewarasan.

Klik.

Tombol pintu dipulas dan Farhan dengan berhati-hati membuka pintu bilik. Dia mahu meminimumkan bunyi yang ada. Kepala dijengul ke luar. Dia toleh ke kiri kemudian ke kanan. Sunyi. Kosong sahaja jalan di hadapan bilik yang mengunci Ami dan Raisha. Kakinya melangkah keluar tapi tangan menahan yang lain dari bergerak. Dia perlu pastikan betul-betul yang keadaan selamat.

Setelah yakin tiada sebarang perkara yang mencurigakan. Tangannya mula menyuruh Ami menarik Raisha pergi. "Cepat-cepat!" katanya tanpa mengeluarkan suara. Hanya bibir sahaja bergerak.

Ami tanpa berlenggah terus menarik Raisha pergi namun pergerakannya ditahan oleh Raisha. Dia menoleh ke arah gadis itu.

Raisha melepaskan pegangan tangan Ami. Dia mendekati Farhan dan menarik tangan lelaki itu. "Cepat." arahnya. Dia seperti dapat rasa yang Farhan tak kan lari bersama jadi dia tarik tangan lelaki itu. Setelah sampai ke tempat Ami, tangan lelaki itu turut ditarik. "Okay. Cepat."

Menantu AbahWhere stories live. Discover now