6

9.7K 117 1
                                    

"Ah!" Raisha memegang kepalanya. Sakit. Berat yang amat. Rasa macam diletak batu di atas kepalanya. Matanya dibuka perlahan-lahan sambil tangan tak lepas dari memegang dahi.

"Adui! Sakitnya!!" Raisha menutup kembali matanya. Berkerut dahinya menahan sakit. Setelah dirasakan sedikit elok Raisha kembali membuka matanya. Dia turun daripada katil. Terhuyung hayang dia melangkah pergi ke pintu. Tak lupa dia mencapai tudung sarung yang berada di birai katil.

Tangan diletak pada tombol pintu. Dipulas. Kepalanya terjengul keluar. Memerhati keadaan di luar bilik sebelum keluar. Anak matanya dapat menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang melangkah turun ke bawah. Dia menutup pintu bilik dan turut melangkah ke bawah.

Dia menjeling sekilas ke arah Farhan yang telah mengambil tempat duduk di sebelah abahnya. Lelaki itu memberi senyuman selamat pagi kepadanya namun tak diendahkan. Langkah kaki terus diatur ke dapur.

"Tak mandi lagi Echa? Bangun pukul berapa kamu ni?" Mak cik Rainah yang sedang sibuk menyiapkan sarapan menegur anak daranya itu. Selalunya waktu macam ni semua orang di dalam rumah sudah siap mandi dan bersedia untuk menikmati sarapan.

"Echa rasa tak sihatlah. Tadi bangun kepala rasa berat sangat." jawab Raisha. Dia memandang sekilas kakaknya yang sedang membisu. 'Leka buat air kopi panas agaknya.' Hatinya cuba mententeramkan jiwanya yang resah sebab dia rasakan ada sesuatu yang tak kena. Kakaknya bukan begini.

"Demam ke? Kamu duduk terperap dekat rumah je pun boleh demam?"

"Tu la Echa pun tak tahu. Bangun-bangun je rasa kepala berat. Macam ada orang letak batu atas kepala Echa ni."

Mak Cik Rainah merasa dahi Raisha dengan belakang tapak tangannya. "Tak panas pun ni. Takpelah lepas makan nanti, makan panadol lepas tu pergi tidur. Jangan nak merayau memana pula. Mak tahu kekawan kamu dah balik sinikan?"

Raisha tersengih. "Mak ni tahu je dorang semua dah balikkan."

"Mak tahu. Dah pergi panggil abah dengan Paan." arah Mak cik Rainah.

***

Keadaan sunyi. Hanya bunyi mulut mengunyah mihun goreng yang disediakan Mak cik Rainah. Farhan memandang ke arah Raisha. Gadis itu membalas pandangannya. Dia memberikan senyuman kepada Raisha namun gadis itu hanya membalasnya dengan jelingan tajam.

Dia biarkan saja. Memang begitu perangai Raisha. Lagi-lagi sejak dia duduk di dalam rumah ni makin menjadi-jadi perangai gadis itu. 'Kau sombong dengan aku pun tak guna. Aku dah dapat apa yang aku nak. Hehe." dalam hati dia tersenyum jahat.

"Iza nanti kamu bawalah Paan ni pergi jejalan. Dah nak seminggu asyik duduk rumah je. Kesian abah tengoknya." Pak cik Oshman memecahkan kesunyian yang membelengu.

Raizah memandang abahnya. "Nak pergi mana Bah? Dekat Klang ni banyak shopping mall je." balas Raizah.

"Haa eloklah tu. Kamu bawa Paan pergi beli baju. Hari tu abah beli dua helai je dekat pasar pagi. Beli baju molek sikit. Buat jejalan."

"Eh abah, tak payahlah. Buat apa membazir. Baju yang abah bagi tu pun dah cukup buat Paan." balas Farhan pula. Nak shopping apa kalau dalam poket pun habuk je ada.

"Pergi je Paan. Abah tahu kamu bosan duduk dekat rumah je."

"Tapi bah.."

"Kamu pergi je. Jangan fikir apa lagi."

Farhan akur. Apa salahnya keluar ambil angin. Nanti dia cakaplah dengan Raizah yang dia tak mahu beli apa. Mahu berjalan saja. Lagi satu perkara yang bermain dibenaknya yang menyebabkan dia setuju adalah sebab Raizah. Dia dapat peluang berdua-an dengan gadis itu. Dapatlah dia kenali lebih rapat. Mana tahu kot-kot sangkut pula.

Menantu AbahWhere stories live. Discover now