7

7.1K 123 20
                                    

Raisha merapatkan telinganya di balik pintu bilik. Terdengar suara dua orang makhluk Allah yang leka berborak. Seronok benar kakaknya dapat keluar berdua dengan Farhan. Dia mengentap bibir. Sakit hati!

"Okaylah Paan, saya masuk bilik dulu. Thanks untuk hari ni."

Kedengaran suara Raizah mengundur diri dan selepas itu terdengar bunyi pintu bilik ditutup.

"Amboii.. Siap berthanks-thanks pula!" Raisha mengenggam penumbuk. Panas hatinya bila lihat kakaknya sudah jatuh ke permainan lelaki durjana itu.

Tukk! Tukk! Tukk!

"Raisha.."

Terkejut Raisha dengan ketukan yang diterima secara tiba-tiba. Baru sahaja dia menyemai rasa bencinya terhadap perangai Farhan tiba-tiba muncul pula lelaki itu. Macam tahu-tahu je dia tengah mengutuk.

"Ha nak apa?" soal Raisha dari dalam bilik.

"Buka pintu ni."

"Nak buat apa? Cakap macam ni bolehkan?"

"Bukalah. Aku nak bagi sesuatu."

Bagi sesuatu? Hatinya sudah terusik. Apakah? Pantas tangannya memulas tombol pintu. "Nak bagi apa?" soalnya setelah pintu dibuka separuh. Kelihatan Farhan sedang memandangnya dengan pandangan yang.. Sukar ditafsirkan. Ia seperti satu pandangan yang sangat mengoda dirasakan.

"Kau dah sihat?" soal Farhan lembut.

"Emm.." jawab Raisha acuh tak acuh. Dia memeluk tubuh. Badannya disadar pada palang pintu.

Farhan meletakkan belakang tapak tangannya di dahi Raisha namun pantas ditepis oleh gadis itu.

"Kau jangan nak mengadalah!" marah Raisha. Geram pula tiba-tiba je Farhan bertindak begitu.

"Kenapa? Sebab siang lagi? Ohh kena tunggu malam eh? Okay-okay."

"Kepala hotak kau! Eee bodoh!" ringan tangan Raisha memukul kepala Farhan.

"Adui! Sakitlah!" Farhan mengosok-gosok kepalanya. Dahinya berkerut menahan sakit. "Kau ni kasar sangat tahu tak. Kalau macam ni siapa yang nak buat kau jadi isteri? Cuba jadi macam kakak kau. Lembut je. Haih. Suara dia. Senyuman dia. Haa..."

Raisha mencebik. 'Peduli pula aku.' bisik hatinya. "Kau nak bagi apa? Cepat ah. Aku sakit kepala ni."

"Aik? Tadi kata dah baik. Kau ni dah baik ke belum sebenarnya? Kalau sakit kepala lagi meh sini aku tolong urutkan."

"Ish! Cepatlah! Aku tutup pintu kang!" ugut Raisha.

"Okay-okay. Nah amik ni." Satu kotak kecil dihulur kepada Raisha.

Raisha mengambil pantas. Memang dia jenis gelojoh dalam segala benda. Dibuka kotak kecil tersebut. Terdapat satu gelang handmade jenis tali suede berwarna coklat gelap. Cantik. Tambahan pula warna coklat memang warna kegemarannya. "Kenapa bagi gelang ni?" soalnya.

Farhan mengangkat tangan kanannya. "Tengok. Samakan?" jari telunjuknya dituju ke arah gelang tangan yang sama jenis dengan Raisha. Juga berwarna coklat gelap.

"Kau pun beli satu?"

Farhan mengangguk. "Ni sebagai tanda. Kau dengan aku." Farhan menguntum senyuman.

"Aku dengan kau? Apa benda?" soal Raisha. Binggung. Dah la gelang sama lepas tu sebagai tanda pula. Apa kejadahnya semua ni? Kepalanya mula berserabut. Dia perlukan penjelasan.

"Kau tak ingat apa-apa Echa?"

Raisha mengelengkan kepala. "Ingat apa kau ni?"

Farhan tidak menjawab segera soalan Raisha. Dia cuma tersenyum sinis memandang gadis yang sedang kebingungan itu.

Menantu AbahWhere stories live. Discover now