9

5.8K 118 1
                                    

Matanya merenung syiling. Benaknya masih memikirkan hal siang tadi. "Betul ke benda ni? Kalau dia buat sesuatu kat aku kenapa aku tak ingat? Macam... Tak pernah jadi apa-apa. Kalau aku tak ingat macam mana aku nak cerita dengan abah supaya halau si Paan tu. Herm.."

"Echa! Mari turun makan! Paan!"

Kedengaran lantang suara Raizah memanggilnya dan Farhan. Pantas dia turun dari katil dan menyarungkan tudung. Elok sahaja dia keluar dari balik Farhan turut keluar sama. Lelaki itu sekali lagi memberikannya senyuman. Tapi kali ini senyumannya berbeza. Senyuman yang seperti mengoda? Atau.. Ahh tak tahu senyumannya seperti apa tapi yang jelas senyumannya itu menunjukkan sesuatu yang tersirat.

"Hai Echa. Pergi mana siang tadi?" Farhan menegur.

"Sibuklah kau nak tahu." balas Raisha. Dia segera melangkah turun.

"Bukan sibuk. Cuma prihatin."

Hampir nak terjatuh Raisha ketika turun tangga. Dia menoleh dan lihat Farhan berada di sebelahnya. "Ish. Jangan buat aku terkejut boleh tak?" marahnya. Dengan muka ketat dia melajukan langkah menuju ke dapur.

Raisha mengambil tempat duduk di hadapan ibunya. Di sebelah ibunya terdapat Raizah yang sudah mencedok nasi letak ke dalam pinggannya sendiri.

"Isikan.."

Raisha menoleh. Farhan sedang menghulur pinggan kosong kepadanya. "Isi apa kau ni?" soalnya garang.

"Echa apa ni. Paan suruh tolong isi nasi tu. Kan nasi tu dekat sebelah kamu. Orang minta tolong pun tak boleh dah?" tegur Mak cik Rainah.

Raisha merengus. 'Kalau pasal Paan semua orang dalam rumah ni nak membelanya. Eee Paan tu orang luar je kot. Grr!' merungutnya dalam hati. Dicapai juga pinggan yang dihulur Farhan dan tolong mengisi nasi ke dalam pinggan tersebut. Selepas selesai mengisi nasi, pinggan dihulur kembali kepada Farhan.

"Terima kasih." ucap Farhan. Huluran disembut dengan menyentuh sedikit tangan Raisha sebelum mengambil pinggan.

"Woii! Kau apahal! Miang!" jerkah Raisha. Dia menepuk-nepuk tangannya yang disentuh Farhan tadi. Seperti menghilangkan kotoran kecil.

"Hei kau ni kenapa Echa!? Orang tu cakap terima kasih pun kau cakap miang? Apa kena kau ni?" kali ini Raizah pula bersuara.

"Tapi dia ni..."

"Sudah Echa. Makan. Tak elok gaduh depan rezeki." belum sempat Raisha membela dirinya Pak cik Oshman sudah memotong. Bapanya nampak serius.

Raisha makin sakit hati. "Dah lah. Orang tak lapar." kata Raisha sambil bingkas bangkit dan menuju ke biliknya.

Semua mata hanya memerhati Raisha pergi. Tak ada seorang pun yang bersuara menahan gadis itu daripada naik ke bilik.

Pak cik Oshman mengeleng kepalanya melihat perangai anak bongsunya itu. "Makanlah Paan. Jangan dipedulikan Echa tu. Angin tak betul tu." Pak cik Oshman memandang Farhan.

Farhan cuma angguk dan tersenyum.

***

Farhan keluar dari bilik dan hendak turun ke dapur. Tekaknya tiba-tiba terasa haus pula. Lampu di tingkat dua dan tiga sudah ditutup. Yang ada cuma lampu dari bahagia ruang tamu. Dia keluarkan telefonnya untuk dijadikan sebagai lampu suluh.

Perlahan dia menuruni anak tangga. Sampai sahaja di bahagia ruang tamu, telinga menangkap sesuatu bunyi. Langkahnya terhenti. Dia memandang jam yang tergantung di dinding. Jarum jam menunjukkan tepat pukul tiga pagi. Dia menelan air liurnya. Tiba-tiba debaran dadanya memuncak bila teringat peristiwa-peristiwa mistik yang sering dikaitkan dengan pukul tiga pagi.

"Ya Allah. Siapa pula dekat dapur tu." soalnya sendiri. Telinganya menangkap lagi sekali bunyi kerusi ditolak juga pinggan yang berlaga. Hatinya kecut. Perlahan-lahan dia mengundur ke belakang. Baik batalkan saja niat nak minum dari kena jumpa benda bukan-bukan. Dia bukanlah seorang yang berjiwa berani.

Baru sahaja kakinya diletak pada anak tangga, dia terdengar suara orang sedang batuk. Terhenti lagi langkahnya. "Batuk? Ni tak lain mesti pencuri ni! Kau tunggu kau." Farhan mencapai seterika yang berada di sebelah televisyen. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah dapur. Kalau dilihat seperti dia yang sedang mencuri. Lampu dapur yang tak dibuka menguatkan lagi tekaannya. Memang benar ada pencuri yang masuk.

Sekali lagi terdengar bunyi batuk. Farhan menyorok di balik dinding sebelum melangkah masuk ke kawasan dapur. Dia mengintai sedikit untuk melihat di manakah pencuri itu berada tapi gagal sebab keadaan di dapur gelap. Cahaya dari ruang tamu pun tak dapat membantu.

"Macam mana ni? Okay. Fikir-fikir."

"Hang buat apa ni?"

"Ahhhhhh!"

"Ahhhhhhhh!"

Satu pukulan sempat dilepaskan kepada orang yang bercakap dengannya sebelum dunianya menjadi gelap.

***

"Paan.. Bangun Paan." Pak cik Oshman menampar-nampar pipi anak muda itu. Dilihat terkedip-kedip mata Farhan. Alhamdulillah. Lelaki itu dah sedar. "Apa kena dengan kamu ni? Sampai pengsan."

"Abah.." panggil Farhan. Matanya meliar pada sekeliling. Semua di dalam rumah itu sedang memandangnya. Kecuali Raisha. Gadis itu duduk agak jauh sedikit sambil memegang dahinya. Mungkin gadis itu sedang sakit kepala. Ahh! Persetankan. Sekarang dia kena bagitahu abah apa yang jadi.

"Kamu okay tak ni Paan? Kenapa sampai pengsan ni? Nampak hantu ke?" soal Pak cik Oshman lagi.

Farhan mengelengkan kepalanya."tak bah tadi Paan nampak pencuri bah. Dia masuk ikut dapur. Paan nampak dia."

"Pencuri?"

"A'ah bah. Pencuri. Tadi Paan terjaga then tekak ni rasa haus pula. Paan pergi dapur nak minum air. Lepas tu masa sampai dekat ruang tamu ni Paan dengar bunyi. Bunyi kerusi ditolak. Mula-mula Paan ingat hantu. Paan kakulah. Lepas tu Paan dengar lagi sekali. Paan pun apa lagi batal ah niat nak minum air. Takut terjumpa hantu. Tapi masa Paan baru nak naik Paan dengar orang batuk. Paan yakin tu pencuri. Paan amik seterika lepas tu pergi dapur and ketuk kepala dia." panjang lebar Farhan bercerita.

"Hahahahahaha." terburai ketawa Pak cik Oshman, Mak cik Rainah dan juga Raizah.

Farhan memandang mereka silih berganti dengan pandangan yang pelik. Kenapa ketawa? Kenapa?

"Paan.. Paan.. Hahaha." Pak cik Oshman menyeka air matanya. "Orang yang kamu ketuk tu Echa. Hahaha."

"Ha? Echa?"

Raizah mengangguk. "Ye Echa. Awak tengok Echa tu. Kan tengah pegang dahi. Benjol dah tu. Hahaha."

"Paan.. Hahaha kenapa kamu pergi ketuk kepala Echa tu?" Mak cik Rainah pula menyoal.

"Laa Echa ke? Hehe." Farhan memegang kepalanya. Malu. "Sory Echa. Aku tak sengaja." mohon Farhan sambil tersengih ke arah Raisha.

"Tak sengaja hotak kau lah! Benjol aku ni sape nak jawab! Eeee! Mangkuk!" marah Raisha. Dia segera meninggalkan ahli keluarganya dan terus naik ke bilik.

"Hahaha Paan. Paan. Macam manalah boleh ketuk kepala Echa." terkekeh-kekeh Pak cik Oshman ketawa.

"Err sebenarnya bah Paan terkejut. Echa tiba-tiba datang tegur. Paan terkejut terketuk kepala dia dengan seterika."

"Haha sudah Paan. Kamu pergi naik bilik rehat." arah Mak cik Rainah.

"Baik mak cik. Paan naik dulu bah, Iza." ucap Farhan dan bergegas naik ke biliknya. Rasa malu masih menebal. Macam manalah dia boleh terpukul kepala gadis itu. Tapi Raisha pun satu yang pergi tegur dia macam tu kenapa? Kan dah dapat sebiji. "Echa.. Echa.. Kesian kau. Hahaha."

Menantu AbahWhere stories live. Discover now