Bab 19 + Bab 20

686 12 5
                                    

19. AZRI

"So, siapa dia T ni?"

Kalau diingat kembali bagaimana aku dan Has boleh berada di kedai mamak ini, ianya berhasil dari mesej yang aku balas di dalam panggung ketika akal aku pergi meninggalkan aku ke dunia lain. Waktu tersebut agak aneh, atau aku lebih selesa untuk katakan unik. Secara jujur, aku tak bencikan ia berlaku begitu mungkin kerana kejutan yang berlanjutan perkenalan selepas dari itu.

Macam yang aku katakan sebelum ni, babak berlalu terlalu laju.

Petang tadi waktu aku sedang siapkan poster untuk pertandingan battle of the band di UM, hati aku sendiri memanggil untuk bersiap dan bertemu seseorang. Ajaib, aku terus bergerak ke gerai mamak ini dan poof! Has sedang duduk melihat aku dengan senyuman ramah. Rupanya tak berubah dari dulu. Dia masih pakai t-shirt kegemarannya yang berwarna hitam dengan Vans Old School. Aku pernah tanya kenapa dia suka pakai kasut tersebut sedangkan dalam usia begini semua gadis berusaha untuk pakai wedges atau lebih ke depan, heels. Dia hanya katakan itu lucky shoes baginya.

Melihat keadaan yang dia lalui sebelum, aku tak rasa kasut tersebut beri apa-apa tuah.

"Toska," aku balas perlahan, kawal senyum.

"Toska? Dia orang Melayu ke Eropah?"

"Tengok gaya, dia orang Melayu." Aku ketawa memikirkannya. "Well, Toska tu memang bukan nama sebenar dia. Dia gunakan T dari Toska. Kau tahu apa tu Toska?"

Dia geleng perlahan. Aku keluarkan nota dari dompet dan berikan padanya.

Toska:

"Tak ada satu perkataan pun dalam Inggeris yang meliputi bayang-bayang Toska. Di dasar yang paling dalam dan paling menyakitkan, ia adalah perasaan kepada penderitaan rohani yang dahsyat, selalunya tanpa sebarang sebab tertentu. Pada tahap yang kurang ngeri, ia adalah sakit jiwa yang majal, keinginan dengan tak ada benda yang diinginkan, penyakit merana, keletihan yang samar-samar, pergolakan mental, kedambaan. Dalam kes tertentu ianya mungkin keinginan seseorang untuk sesuatu, nostalgia, sakit-cinta. Pada aras yang rendah, ianya bertahap kepada lesu, kebosanan."

"Aku google dan jumpa maksud Toska tu."

"Kau google untuk tahu apa maksud nama dia? Serius?" Dia pandang muka aku dengan riak paling terkejut, mulut menahan gelak. "Pastu kau salin, lepastu kau simpan dalam dompet?"

"Err, kenapa?"

Kali ini dia tak mampu kawal lagi gelaknya. Beberapa orang yang sedang duduk di sekeliling kami memerhatikan Has yang sedang ketawa. Aku sendiri perhatikannya dengan penuh fokus – sudah berapa lama aku tak nampak dia ketawa sebegini.

Dia ketawa sampai matanya berair.

"Tu pseudonym je pun. Kau tengah angau ni."

Aku hanya senyum selepas dengar Has beritahu aku sesuatu yang aku sendiri sudah tahu. Mungkin ini apa yang aku rasakan pada awal perjumpaan kami, antara T dengan aku, kami berdua tak cukup berani untuk nyatakan perasaan kami pada awal. Mungkin itu sebabnya dia yang mula tegur aku ketika berada dalam komuter dulu. Mungkin itu sebabnya aku selesa dengan kehadirannya dan berani ceritakan apa saja kepadanya.

"Nama dia T berasal dari perkataan Toska. Maksud Toska ni pula berat. Dia mesti gadis yang kompleks, kan?"

"Mulanya aku rasa macam tu tapi bila kenal dengan dia, semua macam biasa."

"Kenal?" Has alihkan pandangan, senyumnya sinis. "Kau baru kenal dia semalam."

"Aku kenal dengan dia dah lama, Has. Waktu tu kami berdua stranger."

ASING - sebuah novel Syahmi FadzilWhere stories live. Discover now