Bab 1

10.2K 137 5
                                    

Aku berjalan ke arah cafe. "Mana pula mereka ni ?". Aku pandang kek kiri dan kananku. Pagi tadi kami berjanji ingin berjumpa di sini.

Selepas dua minit aku berdiri di pintu cafe mencari meja yang diduduki oleh kawan-kawanku, aku terlihat seorang gadis melambai ke arahku di bahagian kiri cafe. Patut la tak nampak. Hujung dunia sana mereka duduk.

"Assalam girlsss. So whats up ?" Lalu aku duduk di tepi Reen. "Nothing, macam biasa je. Makanan biasa, warga U yang biasa dan.. Ok itu luar biasa" lalu memandang ke arah pintu cafe. Apa yang luar biasa nya ?

Aku dan Ena terua memandang ke arah pintu cafe. Dua orang lelaki sedang berjalan masuk ke dalam cafe. "Ok memang luar biasa" lalu Ena menongkat dagunya.

Apa yang luar biasanya ? Itu hanya Zaff atau nama sebenarnya Ammar Zaffran dan Dany, Akmal Daniel yang berjalan di dalam cafe. Aku tahu mereka adalah hot stuff di sini tetapi bagi aku mereka hanya lelaki biasa, tiada yang luar biasa.

Sedang Ena dan Reen leka melihat si jejaka yang dikatakan luar biasa itu berjalan ke dalam cafe, aku yang tidak berminat ini hanya melihat skrin telefonku. Aku membuka group ws kelasku dan aku mendapat tahu bahawa kelasku pada petang ini dibatalkan. Wah, leganya ! Nak tidur ~

Tiba-tiba telefon Reen berbunyi. Dia memandang kami berdua lalu membuat isyarat bahawa dia perlu menjawab panggilan itu. Aku dan Ena mengangguk.

Ena- "they are so handsome"

Ryna- "who ?"

Ena memandang mukaku. "Really Ryna ? You ask me who ?". Aku hanya mengangguk dengan muka innocent. Aku rasa soalan aku tu tak salah.

Ena 'rolled her eyes' dan kemudian menolak mukaku ke arah 'si jejaka luar biasa' tadi. Aku tergelak lalu Ena memandang mukaku pelik. "Apa yang kelakarnya ?"

Ryna- "kau cakap mereka handsome ? Wah sungguh pelik taste kamu ya wahai cik Nor Aina Husna"

Ena menjelingku lalu memandang ke arah jejaka luar biasa tadi semula. Malas layan aku la tu ! Aku hanya menggelengkan kepalaku setelah melihat reaksi Ena.

Ena - "aku malas nak bergaduh dengan Cik Eryna Sofia Bt Haji Arsyad" dan matanya tidak memandang mukaku.

Amboi sampai nama penuh disebutnya, memang marah sungguh la tu. Ya, nama penuhku ialah Eryna Sofia, anak bongsu kepada Haji Arsyad dan Hajah Maria. Aku ada seorang abang bernama Rayyan Sufian dan bekerja di syarikat milik ayah. Keluarga aku bukanlah tergolong dalam keluarga jutawan, tetapi bagi aku keluargaku adalah keluarga yang paling bahagia di dunia ni. Eh ?

Reen datang ke meja kami dan terus mengemas barangnya yang berada di atas meja. "Kau nak ke mana ?" tanya Ena. "Aku kene pergi. Iss nak jumpa". Aku tergelak semula. Ena dan Reen terus memandang mukaku. " Apa yang kelakarnya ?" tanya Reen.

"Tula dulu nak sangat ada bf. Kan dah nyusahkan diri balik". Reen menjelingku. Dia menggalas begnya, "siap kau. Aku tak settle lagi dengan kau" lalu berjalan meninggalkan kami. Apa apa jela Reen.

Aku tersenyum apabila teringat reaksi Reen sebentar tadi. Reen, Nor Nazreen yang sememangnya dari dulu bersifat tidak mudah berpuas hati denganku. Aku yang sudah masak dengan perangainya, buat tak endah sahaja. Kalau dilayan, jadi pergaduhan kecil pula.

Ena menepuk lenganku, "wey jom la. Diorang macam nak blah dari cafe je. Aku pun ada kerja sikit nak buat dekat library. Kau ada class kan sekejap lagi ?"

Aku pandang mukanya. Nak bagi tahu ke tak ? Ala bagi tahu jela." Class aku dibatalkan. Aku lepak dengan kau dekat library la ". Boleh aku baca beberapa buku untuk next class.

Setelah memastikan semua barangku di atas meja sudah diambil, aku terus memusingkan badanku untuk mengikuti Ena dan terlanggar seseorang yang berada di hadapanku. 'Dia ni ada mata ke tak ? Tak reti guna ke apa ?" Monolog hatiku.

Aku terus mengangkat mukaku untuk melihat gerangan yang melanggarku. Zaff ? Aku lihat Ena di kiriku sudah tersenyum kerana dapat melihat Zaff dan Dany dari jarak dekat. Whats wrong with this girl ? Ena ni pelik !

"I think im the one that need to say sorry" lalu senyum kepadaku. Eh fikir aku boleh cair la dengan senyuman kau tu ? Ni Ryna la, tak mudah cair dengan satu senyuman dan lagi-lagi senyuman itu dari Zaff !

Aku smirk. "Kalau itu yang kamu cakap, baiklah maaf diterima" lalu aku berjalan ke tepinya untuk beredar dari situ. Tak mahu aku lama-lama dengan si jejaka luar biasa tu.

"Wait !". Aku berhenti lalu memusingkan badanku kerana dia berada di belakangku."jadi ini la cara Cik Ryna menerima satu permohonan maaf orang ?"

Amboi ayat. Memang nak rasa cili ke ? Eh tapi dia tahu nama aku. Maksudnya aku ni terkenal la juga kat U ni. "Kalau itu yang cik Zaff katakan itulah yang orang iyakan" lalu menyilangkan tanganku di dadaku. Hey ni Eryna Sofia la, tak mudah mengundur dan mengaku kalah.

Dia senyum kepadaku. Dia ingat senyuman dia tu menggoda sangat ke ? "So ini la sikap seorang gadis ya ?"

Ok memang saja cari fasal dengan aku. Aku ingin membalas tetapi Ena lebih pantas. "Sorry. Maafkan kawan saya" lalu terus menarikku keluar dari cafe. Nasib baik ada Ena.

Tanpa aku sedar, tangan Zaff berada di sisiku dan dia menarikku yang menyebabkan aku bersandar di badannya. Selepas itu, aku terus berjalan menjauhinya. "Apa masalah kamu ni ?!"

Haaa kan singa dah mengamuk ! "Nothing. Just to say that your eyes tell me that someone has falling in love with me" lalu senyum kepadaku. Sudah la ! Aku meluat tengok senyuman kau.

Ryna- "really ? Jap biar orang fikir. Emm oh ya. Tu makcik Cafe suka kamu"dan terus menarik Ena berlari meninggalkan Cafe. Biarlah tengah hari itu kami berlari seperti dikejar anjing, janji dapat lari dari si mamat poyo tu.

Aku dan Ena berhenti di hadapan perpustakaan. "Kau ni gila Ryna. Penat aku dibuatnya" lalu terduduk di tepi dinding perpustakaan U.

Aku turut sama terduduk di sebelahnya. "Memang aku gila. Gila kan kau " lalu mengenyitkan mataku.

Ena - "euwwww aku masih waras ok. Dah la aku nak masuk library. Ada air-cond. Sejuk sikit"

Aku mengangguk. "Masuk la dulu sekejap lagi aku masuk"

Setelah 2 minit aku berehat di tepi dinding itu, aku bangun untuk masuk ke dalam perpustakaan. Tiba-tiba Zaff yang datang entah dari mana,menolakku ke dinding lalu mengepungku dengan meletakkan kedua-dua tangannya di sisiku. Gila apa mamat ni ?!

Zaff- " I dah tanya makcik tu. Dia kata you yang suka I"

What ?! Merepek ! Aku terdiam kerana tidak tahu ingin membalas apa. Sebenarnya aku ingin tergelak kerana dia pergi bertanya kepada makcik cafe tu cuma aku tahan supaya tak tersembur di mukanya.

Zaff- "diam maksudnya ya"

Aku memandang tepat ke matanya." Orang benci kamu la. Antara beruk dengan kamu,orang pilih beruk ! " lalu menolaknya dan terus masuk ke dalam perpustakaan.

Zaff tu minum ketum ke tadi ? Mabuknya lain macam! Benci lelaki nama Zaffran !





Projek Memikat.. Mr 2B ?Where stories live. Discover now