Bab 4

3.3K 110 2
                                    

Aku leka membaca buku di pondok bersama Reen dan Ena. Reen menolak tangan Ena dan Ena menyiku tangan Reen. Apa kena kawan-kawan aku ni ?

"Korang dah kenapa ?" Sambil mata masih melihat buku dan tanganku menyelak ke muka surat baru. Reen mengeluh. Reen meletakkan telefonnya di atas meja. Aku naik rimas tengok Reen. Telefon bersamanya 24 jam !

"Aku tengok kau ni macam tak ada boyfriend". Aku terus mengangkat mukaku memandang Reen. Aku menutup bukuku dan aku letakkannya di atas meja. "Apa maksud kau ?"

"Yela. Kau always dengan kami. Phone tu, tak ada pula berbunyi. Tak ada pula kau senyum sensorang sambil tengok hanphone. Kau asyik dengan buku je", Ena mencelah. Aku mendiamkan diri. Menanti sambungan 'bebelan' kawan-kawanku.

"Kau ni dah putus ke ?". Aku tergelak mendengar tekaan Reen. Apa lah yang dimerepekkan oleh Reen ni ? Aku menggelengkan kepalaku. Reen, Reen. Tak pernah berubah.

"Ok dengar sini, aku still on, tak ada yang putus. Second, kau harapkan apa dari phone ni ? For you information, zaff tak ada nombor aku. Sebab tu phone ni diam sentiasa". Aku membuka bukuku semula.

"What ?!". Jeritan Ena dan Reen bergema di kawasan itu. Ena merampas buku ku manakala Reen duduk di sebelahku. "Kenapa pula ni ?" Tanyaku. Aku sudah menjangka bahawa mereka akan menjerit tetapi tidak pula menjangka yang mereka akan merampas bukuku.

"Kau ni serius ke tak dengan Zaff tu ?" Tanya Ena. Apabila aku ingin menjawab, Reen pula bertanya. "Ke Zaff dengan kau ni couple sebab dua-dua sahut cabaran ?". Aku baru membuka mulut, Ena pula mencelah. "Kau dengan Zaff ni ada rancang apa-apa ke ?". Aku mendiamkan diri. Malas nak menjawab. Biarkan mereka habiskan segala soalan yang berada di dalam otak mereka.

"Dah habis ?" Tanya aku. Mereka berdua mengangguk. Aku ingin menjawab tetapi terhenti apabila ada suatu suara datang dari belakangku. "Biar I yang jawab semua soalan you" lalu duduk di sebelahku. Aku terdiam dan terkejut. Dia dengar semua soalan merepek Ena dan Reen ? Ya Allah, malu !

Zaff tersenyum manis kepadaku, membuat aku tertunduk malu. "Ok first question, yes kami still in a relay. Second, we are serious and .." lalu Asy memandang wajahku. Dah kenapa mamat ni ?

"Tak apa la.nanti korang tahu. I nak pinjam Ryna boleh ?" Lalu berdiri di sebelahku. Aku menggelengkan kepalaku kepada Ena dan Reen. Mereka berdua tersenyum. Aku kenal senyuman tu. Tu senyuman nak kenakan aku. "Ok ! "Jawab mereka serentak. Tunggu la korang nanti !

Aku leka bermain dengan fikiran ku sendiri sehingga tidak sedar yang Zaff sudah memanggilku berkali-kali. Zaff merendahkan dirinya lalu mendekatkan wajahnya ke wajahku. "sayang". Zupp ! Seperti darahku berhenti mengalir dan jantungku berhenti bergedup. Aku tertunduk ke lantai. "Zaff senangkan you tarik je Ryna ni. Orang panggil banyak kali dia tak dengar. Mengelamun je tahu". Zaff tersenyum. "ta boleh sentuh. Haram ". Senyuman di bibir Reen dan Ena terus mati. Seperti terkesan dengan kata-kata Zaff. Aku mengangkat wajahku memandangnya. Tiba-tiba aku berasa bangga dengannya kerana dia tetap menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan.

"Sudah la tu sayang pandang abang macam tu" lalu tersenyum menggoda. Reen dan Ena menjerit serentsk, "abang ?! sayang ?!". Aku yang sudah tidak mampu berkata apa-apa terus berjalan masuk ke dalam kereta Zaff.

***********************

Aku berdiri di hadapan tasik manakala Zaff sedang duduk di atas sebuah kerusi batu sambil menikmati aiskrim coklatnya. Dia ni kalau tak sakitkan hati aku sekali memang tak sah ! Aku memusingkan badanku lalu berjalan menghampiri Zaff. "you nak apa bawa I ke sini ?". Zaff tidak memandangku. Dia ni buat buat pekak ke ?

"you, I tanya ni. You bawa I ke sini buat apa ?" tanya aku sekali lagi. Dia masih tidak memandangku dan terus makan aiskrimnya. Aku tahu la aiskrim dia lagi flawless dari aku tetapi tak perlu la hadap aiskrim tu lama-lama sampai aku panggil terus tak nak nyahut. Aku sudah hilang sabar. Aku terus menarik aiskrim dari tangannya. "kalau I tanya tu cuba jawab". Zaff berdiri lalu tersenyum kepadaku. Ha ?

Projek Memikat.. Mr 2B ?Where stories live. Discover now