Bab 3

3.2K 100 3
                                    

Aku sudah bermundar- mandir di hadapan Ena dan Reen. "Kau ni cuba duduk dulu. Penat aku tengok kau asyik ke hulu ke hilir macam tu ". Aku mengeluh lalu duduk di sebelah Ena. "Ha tahu pun duduk. Ingatkan nak suruh aku ajar cara untuk duduk di atas kerusi". Aku menjeling Ena.

"Kau ni kenapa ? Gaya macam hilang anak je". Aku diam tidak menjawab. Kenapa Zaff terima ? Kenapa ?! Itu persoalannya. Kenapa ! Aku tidak pernah sangka bahawa aku akan menjadi kekasih orang sekelip mata. Hanya atas dasar cabaran !

Kalau abang tahu tentang ini, pasti aku akan dibebel buat kesekian kalinya. Emak, ayah pasti akan denda aku. Janganlah sampai duit belanjaku dipotong. Macam mana aku nak berikan duit kepada adik-adik ?

Ena meletakkan tangannya dibahuku. "Kenapa ni babe ? Ada masalah ?". Aku mengeluh. Aku menggenggam kedua-dua tanganku dan diletakkan di atas meja. "Aku takut abang, emak dan ayah aku tahu about this challenge"

Reen meletakkan telefonnya di dalam beg tangannya lalu mememandangku.
"Kenapa kalau your family tahu ? Ok la dapat menantu kacak". Aku hanya diam. Aku malas nak bergaduh. Hatiku sedang gundah gulana mengenangkan tentang adik-adik aku.

Ena menepuk lengan Reen. "Ok ok sorry. Emm cerita la Ryna. Kenapa dengan cabaran tu ?". Aku melihat wajah mereka. Mereka risau melihat aku tertekan seperti ini. "Aku yakin family aku mesti marah aku sebab aku bermain tentang hati. Aku takut aku kena denda dengan memotong duit belanja aku. Nanti aku tak boleh berikan duit kepada adik-adik aku"

"Adik-adik ?" Tanya Ena. Aku mengangguk. "Anak- anak dekat rumah An-Nur Syawal tu la". Ena dan Reen mengangguk. "Oh budak-budak tu. Dont worry la. Aku support nanti. Aku kan yang cipta cabaran ni" lalu Reen senyum kepadaku. Aku senyum juga walaupun sebenarnya ia tidak membantu aku untuk mengurangkan rasa takutku. Aku tidak suka mengambil wang orang lain, prinsip hidupku.

Sedang aku asyik memikirkan tentang masalahku, ada seorang lelaki menyapa kami semua. Aku tidak amik endah kerana bagiku, masalahku lebih penting dari melihat siapa yang menegur kami semua. Tiba-tiba Ena memegang tanganku, "kami gerak dulu. Have a nice day" lalu senyum kepadaku. Ha ?

Reen datang kepadaku, tangan kanannya memegang pipiku. "Stop thingking about that and starts enjoying your date" lalu senyum kepadaku. "Jap apa korang merepek ni ? Kalau korang balik, aku pun balik la. Aku mana ada bawa kereta"

Reen menunjuk ke arah kananku. "He's your driver. Bye" dan terus berjalan meninggalkanku tanpa sempat aku menghalang mereka. Aku melihat ke kananku. Aku menelan air liur. Masa bila mamat ni datang sini ? Zaff sedang leka membaca sesuatu di Samsungnya. Aku rasa telefon dia ni beribu. Nampak macam design dan jenis baru.

Lamunanku tentang telefonnya terhenti apabila dia menegurku. "Dah habis ?". Aku melihat wajahnya. "Apa habis ?". Zaff berdiri lalu menolak kerusi ke bawah meja. "Habis usya telefon I"

Aku tunduk ke lantai. Nampak sangat ke aku tengok telefon dia ? "Tak perlu malu sangat. Jom ". Aku berdiri lalu menolak kerusi ke bawah meja. "Jom pergi mana ?". Zaff tidak menjawab soalan ku. Dia terus berjalan meninggalkanku. Eiy nasib la aku kena tumpang kau. Kalau tak, memang aku tinggal kau kat sini.

"Apa lagi ti Ryna". Aku terus mengambil telefonku di atas meja. "Ye kejap" dan berjalan laju mengikutinya.

"Kita nak ke mana ni ?". Rasanya ini kali ketiga aku bertanya kepadanya. Kalau aku tanya lagi dan dia tidak jawab, memang aku tinggalkan dia. Naik teksi lagi bagus. "Kita nak ke mana ni cik Zaffran".

Zaff terus masuk ke dalam sebuah butik. La ni butik perempuan. Salah masuk ke apa. "Pilih cepat". Aku melihat dia yang sedang duduk di atas satu sofa di dalam kedai itu. "Pilih apa ?"

Zaff memandangku. "Pilih la baju cepat". Ha ? Pilih baju ? Untuk apa ? Baju yang emak belikan untuk ku yang berada di rumah tu masih banyak yang aku belum pakai. Buat apa aku ingin beli baju yang baru. membazir sahaja. "Tak nak"

Zaff berdiri di hadapanku. "Sayang, pilih jela" lalu senyum menggoda kepadaku. Aku tertunduk malu. Apa masalah mamat ni ? Nak bersayang segala ? Tetapi kenapa kali ini jantungku berdegup laju ? Kenapa hatiki tidak keruan ? Ryna , tu semua mainan syaitan je Ryna. Sabar, cool. Aku perlahan-lahan menggelengkan kepala.

Zaff tersenyum melihat Eryna tertunduk malu. 'La weakness perempuan ni word sayang ke. Ingatkan girl macam ni tak ada perasaan' monolog hatinya. Susah betul nak menyuruh budak ni pilih baju.

Aku melihat pekerja perempuan yang berada di sebelaku sudah tersenyum melihat gelagat kami. Aku mengangkat kepalaku, memandang ke hadapan. Eh, yang Zaff ni main ambil je baju tu dah kenapa ? Banyak pula tu !

Zaff meletakkan semua baju itu di counter pembayaran. Aku mengira baju yang berada di hadapanku. Satu, dua,.... Sepuluh ! Aku melihat ke arah Zaff, ingin menghalangnya daripada membeli semua ini. Aku tidak sempat menghalangnya kerana Zaff sudah memberikan kad kreditnya kepada gadis yang menjaga counter.

"Nah" Zaff menghulurkan bungkusan itu kepadaku. Aku ingin mengambilnya tetapi Zaff menariknya semula. "Kenapa ?" Tanyaku. "Biar I pegang. Banyak lagi kedai kita nak masuk. Nanti sakit pula tangan you" dan terus berjalan. Eh sayang pula dia dekat aku ? Aku tidak mampu berhenti daripada tersenyum ketika berjalan dibelakangnya.

Setelah hampir 2 jam aku menjadi teman membeli-belah Zaff, aku duduk di dalam keretanya kerana terlalu penat berjalan. Aku tak pernah sangka tahap shopping dia lagi parah dari Reen dan Ena. Non stop berjalan ! Aku menutup mataku dan bersandar di penyandar kerusi keretanya kerana terlalu penat.

Zaff masuk ke dalam kereta. La tidur rupanya. Zaff terus melihat wajah milik Eryna. Ryna, kenapa kau nak aku jadi kekasih kau ? Kenapa tiba-tiba ? Dan kenapa aku terima ? Kenapa hatiku menyuruhku terima ? Zaff tersenyum ketika teringat akan kejadian di dalam mall sebentar tadi.

"Zaff orang tak larat" rengek Ryna. "Apa nya haih. Kita berjalan tak sampai..." Lalu melihat jam di tangan. "Ha tak sampai apa, apa !". Zaff melihat muka Ryna. Amboi garangnya. "Yela yela meh duduk dekat kerusi tu dulu"

Setelah duduk, Zaff melihat barang-barang yang telah dia belikan untuk Ryna. Banyak, memang banyak. Cuma hatinya berasa senang melihat segala barang tersebut. Tiada langsung rasa sifat membazir menggunakan wangnya. Zaff mengalihkan pandangannya kepada Ryna apabila mendengar Ryna menguap.

Zaff -" penat ?"

Ryna mengangguk lemah. Kesian pula melihat Ryna penat sebegini. "Ni sebelum balik, semua ni tuk you. I nak, mulai esok, no more this shirt. No more kemeja. Wear all of this ". Mata Ryna terus terbeliak. "Apa kamu merepek ni ? "

Zaff- "dengar baik baik. Mulai sekarang, tak ada orang kamu. Guna I and You. Second, use all of this. Jangan pakai baju t-shirt dan kemeja macam ni dah. Third, jangan pakai kasut macam lelaki ni. Dengar ? Faham ? No excuse !"

Aku terdiam. Gila apa nak ubah semua ? Eiy kuat kongkong la dia ni ! "Kenapa sayang ? Tak suka ?". Aku sudah terdiam. Pipiku mula merah. Aku menggelengkan kepala. Aku terasa lemah apabila direnung sebegitu oleh Zaff.

Zaff tersenyum. Ryna, Ryna, kau ni cute. Banyak perkara tentang kau yang aku tak tahu. Zaff menghidupkan enjin keretanya dan terus memandu untuk menghalang Ryna pulang ke rumah.

Projek Memikat.. Mr 2B ?Where stories live. Discover now