Bab 11

2K 72 5
                                    


Ketukan jari di meja membuat aku tidak senang untuk menikmati udara segar di sini. Ah, biarkan ! Aku tetap mogok dan merajuk. Setelah ketukannya yang perlahan tidak aku layan, makin bertambah tenaga yang dikenakan ke atas meja. Bingit !

Aku membuat muka menyampah tetapi masih sedaya upaya menahan sabar. Sabar Ryna. Benda macam ni semua makanan kau. Relax ! Enjoy the view ! Jangan mudah kalah. Setelah si dia terlihat wajahku semakin tenang, dia menghentakkan kakinya pula di meja sehingga menggegarkan meja yang menjadi penghalang antara kami. Ni melampau ! Habis cawan -cawan ni semua bergegar. " Fine ! Ryn kalah !", lalu mengeluarkan bunyi yang menunjukkan aku menyampah.

"Yezza ! I know Ryn akan kalah", lalu menyedut minumannya. Mana taknya, dia selamba membuat bising di sini. Setiap kali hentakan kakinya bertambah, pelanggan yang memusingkan kepala memandang ke arah kami turut bertambah. Sampai naik malu muka aku. Semua membuat muka seperti 'senyap la woi', 'dik respect la sikit ketenangan orang lain' dan macam-macam lagi. Ni semua sebab Aiman gedik !

"Tak yah merajuk la sayang. Nanti Ai belikan Ryn tudung shawl kosong 10 helai. ok ?" katanya dengan kening diangkat-angkat. Mataku mula membesar dan jariku sudah mula bergerak-gerak menunjukkan aku sedang mengira. Satu, dua, tiga... sepuluh ! Wuish, macam berbaloi ni. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang sepupu ada, meh habiskan duit dia ! Aku meletakkan jari telunjukku di dagu dan mula berfikir. Emm tudung apa ya nak minta ? Takkan tudung pasar malam yang dijual satu RM10 tu ? Eh tak boleh ! Tak habis duit dia macam tu. macam tak luak langsung. Emm DuCKscarf ? macam berbaloi tapi taknak lah jadi sepupu yang zalim. Aku menggelengkan kepalaku tanda aku tidak setuju dengan penyataan itu.

"Geleng ? ok satu.. dua..", Aiman mengira dengan suara yang seperti mahu menarik perhatianku agar kembali ke dunia nyata semula. Eh ! masa bila aku geleng Eh tak boleh ni. "Nakkkk nakkkk", kelam kabut aku menjawab. Aiman sudah tergelak-gelak melihat reaksiku. Aku muncungkan mulutku dan menujukkan satu jari ke arahnya. Aiman membuat muka pelik. "Apa satu ?", tanyanya. "Tambah lagi satu sebab buli Ryn", lalu menyedut minumanku dengan muka bangga. Aiman sudah mengangakan mulutnya. Mana taknya, kalau aku memilih tudung paling murah sekalipun, Aiman haru mengeluarkan duitnya sebanyak RM110 paling minimum. Padan muka, siapa suruh buli aku !

"Emm yela yela. Kerana terpaksa aku relakan" lalu membuka dompetnya perlahan-lahan dan membuat muka sedih melihat ke dalam dompetnya. Aku gelak melihat telatahnya. Padan muka ! Aiman, Aiman. Tak pernah nak matang. Dulu, Aiman akan lakukan benda sama jika membuat aku merajuk tetapi tawarannya tidaklah sebesar ini. Kecil-kecil mana tahu nak beli tudung macam sekarang. Dia selalu menawar sama ada aiskrim ataupun keropok. Itu pun dah kira tawaran yang menguntungkan bagi aku.

"Jadi, still tak nak cerita siapa Zaffran ?" tanyanya lagi. Aku membuat muka. Masih nak tahu juga dia ni. Macam mana dia kenal Zaffran ? Emm, selepas melihat Zaffran berjalan pergi setelah melihat aku bersama Haqiem dan Aiman, aku ingin memanggilnya tetapi tidak jadi kerana aku bersama kawan-kawan. Haqiem bertanya, "tak nak kejar ?". Aku menggelengkan kepala. Aiman bertanya siapa dia, dan aku hanya menjawab "Zaffran". Peristiwa itu sudah berlaku seminggu yang lalu tetapi Aiman masih ingin tahu siapa Zaffran. Aku malas ingin membuka kisah lama. Dia tidak hadir ketika majlis pertunangan yang tak bertahan lama itu dulu. Aku tidak mengizinkan maklong memberitahunya kerana ketika itu, Aiman sedang menghadapi ujian di German. Aku yakin, jika Aiman mengetahui tentang itu, sudah pasti dia sanggup berhenti dan mengulang pengajiannya. Kami berdua memang rapat kerana Aiman tidak mempunyai adik. Dia anak tunggal.

Dia membantu membuka pintu bahagian penumpang. "Still tak nak cerita ?" tanyanya lagi. Soalan itu sudah diulangi banyak kali dari dalam restoran lagi. Setelah Aiman memakai tali pinggang keledar, aku mula bersuara. "Ok Ryn cerita" lalu menghembus nafas berat. Aiman sudah bertepuk tangan gembira kerana berjaya membuat aku membuka mulut untuk bercerita. "Zaffran tu bekas tunang Ryn" dan tiba-tiba kereta berhenti secara mengejut. Muka Aiman menjadi serius tetapi masih memandang hadapan. Aku yang terkejut turut terhantuk di cermin hadapan kerana tidak bersedia untuk menerima sebarang hazald sebegini. "Aduh", reaksi spontanku lalu menggosok dengan perlahan di bahagian dahi.

Projek Memikat.. Mr 2B ?Where stories live. Discover now