Aku memandang sekeliling. Mataku memandang ke seluruh kawasan hospital. Aku sudah tercungap-cungap kerana berlari mencari Haqiem.'Mana awak Qiem. Berhenti buat saya risau', monologku dalam hati. Langkahku untuk melangkah mencari Haqiem terhenti apabila satu tangan memegang bahu kananku seterusnya menghalang aku terus berjalan. "Sabar dik. Kita cari elok-elok", kata abang dengan nafasnya tercungap-cungap. Mungkin abang juga penat mengejarku. "Tapi bang..", kata-kataku dicantas oleh abang. "Dik. Abang yakin Haqiem dalam keadaan baik. Jangan risau. Abang yakin dia tak ada dekat sini. Jom cari dekat sana", jari telunjuk abang menunjuk ke arah bangunan dihadapanku.
"Abang yakin ? Tak kan ? Bang, dia boleh ada dekat mana-mana je. Kita cari dalam ni dulu" lalu aku menarik tangan kanan abangku. Abang mengeraskan dirinya. Tenaga lelaki tidak dapat ditandingi dengan tenaga perempuan. "Dik, kalau ya pun kalut dan risau, jangan sampai jadi tak betul", jawab abang selamba. Aku menghentakkan kakiku. "Apa abang ni !", kataku dengan geram.
"Dik, ni blok ibu bersalin dik. Mohon baca tanda atas tu. Kang abang lepuk dahi bersih tu apa tak dapat.", kata abang lalu membuat gaya ingin memukul dahiku. Mataku terkebil-kebil memandang papan tanda yang tergantung di atas syiling di hadapanku. Aku memandang abangku lalu tersenyum manis mempamerkan sebaris gigi ku yang bersih, "Maaf deh. Tak nampak. Ok kita ke sana !", membuat gaya seperti superman ingin terbang. Abang tergelak lalu menggelengkan kepalanya, 'Adik aku ni, umur je dah 22 tetapi perangai macam budak darjah satu', monolog hatinya.
Baru sahaja setapak kaki kananku menjejaki pintu besar di bangunan itu, satu susuk tubuh melepasi aku membuat langkahku terhenti. "Haqiem ?", serentak itu si dia berhenti berjalan lalu menoleh ke arah aku. "Eh Eryna. Buat apa dekat sini ?" katanya dengan pantas. Aku terdiam. Eryna ? Haqiem tak pernah panggil aku guna nama tu. Selalunya dia memanggilku Ryn atau Ryna. "Awak ok ?" tanyaku, mataku cuba mencari kesan balutan di seluruh badannya tetapi tiada. "Saya ok. Awak datang dengan siapa ?", tanyanya. "Dengan aku" lalu menghulur tangan. Haqiem menyambut salam abang. "Oh bro. Buat apa dekat sini ?", soalan yang sama diajukan olehnya. Aku memandang abang, abang memandang aku. Sah ada yang tidak kena.
"Qiem, awak yang call saya tadi kata nak jumpa saya", jawabku dengan tenang. Aku simpan rasa curigaku.
Haqiem menggosok lembut belakang kepalanya lalu tersengih. "Sorry, saya lupa. Emm kita jumpa lain kali la ya ? Saya nak balik dulu" katanya. Aku terkebil memandang wajahnya. Aku tahu dia menyimpan sesuatu tetapi aku tidak tahu apa. Aku kenal Haqiem, dia tidak akan buat aku begini. Hatiku mula tidak senang. "Emm tak apa lah kalau macam tu. Jom la balik bang" lalu berjalan meninggalkan Haqiem. Abang terdiam melihat aku berjalan pergi. Abang kenal adiknya. Abang tahu adik sengaja beri reaksi begitu. Eryna akan bertanya terus kepada seseorang jika seseorang itu berkelakuan pelik atau sifat ingin tahu dalam dirinya bertambah. Abang memandang Haqiem, "Hmm aku balik dulu la ya. Jaga diri bro" lalu menepuk lembut bahu Haqiem beberapa kali dan seterusnya menghulur tangan untuk bersalam. Haqiem menyambut huluran itu lalu tersenyum segaris.
____________________________________________
Aku memandang kiriku, tasik yang tenang itu berjaya menarik perhatianku. Melihat manusia menikmati keindahan ciptaan Tuhan membuat aku bersyukur masih dipinjamkan mata yang dapat melihat segala keindahan yang berada di muka bumi ini. Manusia seharusnya bersyukur diberi pinjam penglihatan. Manusia yang menggunakan nikmat ini ke arah kejahatan dan keburukan adalah manusia dari golongan yang rugi. Lamunanku terhenti apabila terdengar satu ketukan di atas meja.
"Masih marah saya ?", tanya si dia dengan wajah menunggu jawapan yang akan aku berikan.
Melihat wajahnya membuat aku teringat peristiwa yang berlaku satu jam yang lalu, aku baru sahaja ingin membuka pintu kereta, satu tangan menghalang dari pintu itu terbuka. Aku melihat siapakah orangnya. Ya, betul tekaan aku. Haqiem.
YOU ARE READING
Projek Memikat.. Mr 2B ?
Teen FictionMr 2B ?! Ryna tidak pernah menyangka bahawa dia akan terima cabaran kawannya untuk memikat si Berlagak Bagus. "hey kau ingat aku nak sangat la pikat kau yang berlagak bagus tu ?!" - Ryna "really ? kalau you tak nak pikat I, you tak akan terima lamar...