Aku baring di atas katilku sambil melihat syilingku. Aku bakal jadi isteri orang ? Aku bakal menjadi seorang isteri pada usia semuda ini ? Walaupun sebenarnya tidak terlalu muda tetapi bagi aku ia tetap muda ! Well, aku kan sentiasa muda. Eh eh ? Aku tergelak sendiri. "kau bab puji diri sendiri memang juara" kataku sendiri. Aku mengambil anak patung beruangku lalu memeluknya. Adakah hatiku sudah terbuka untuk mencintai lelaki lain ? Dapatkah aku mencintai Zaff sepenuh hatiku ?
Aku duduk lalu bersandar di kepala katilku. Adakah aku sudah bersedia melakukan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri ? Aku takut jika aku tidak kuat untuk hadapi semuanya lagi. Aku mengeluh. "kenapa aku kenal zaff ? Kenapa aku terpaksa terima semuanya ?". Aku melihat patung beruangku yang sudah 6 tahun aku simpan. "Mi, adakah hatiku sudah terbuka untuk mecintai orang lain selain kamu ?"
Lamunanku terganggu apabila telefonku tiba-tiba berbunyi. "siapa pula yang call pagi pagi ni " lalu mencapai telefonku yang berada di atas meja lampu tidur ku. "nombor siapa pula ni ?". hatiku berbelah bahagi untuk terima atau tidak panggilan itu. Emm angkat jela lalu menolak ke kanan di skrin telefonku. "hello Assalam..", belum sempat salamku bertemu penghujungnya, si pemanggil sudah mencelah dahulu.
"halamak, you ni tak reti nak jawab cepat ke ? yang I call dua tiga kali tak angkat ni kenapa ?! jangan cakap you tak save nombor I ! girlfriend mana yang tak save nombor boyfriend dia ni ?! kalau jadi pape dekat you macam mana ! ". Aku menjarakkan telefonku dari telingaku.
Kenapa mamat ni nak marah marah pagi ni. Period ke pe ? setahu aku, perempuan sahaja akan lalui semua ini. Haih sabar jela. Aku mendekatkan semula telefonku ke telingaku. "cuba bertenang. Tarik nafas. Istighfar. Kalau ya pun nak marah I, bagi I habiskan salam I. Kalau tak habis, nanti lain maknanya. Assalamualaikum Zaffran.". Si dia terdiam seketika. Kenapa senyap pula ?
"zaff ?" aku memanggilnya semula. "ya waalaikumussalam. maaf sebab marah tadi". Kali ini aku pula terdiam. Ya Allah, suara dia ! Lembut ya amat. Buat aku berasa seperti sedang dilamun cinta hanya dengan suaranya !" I bukan apa. I risau. you tak angkat call I, I tengok rumah you pun macam tak ada penghuni. Sorry again.". Aku tersenyum sendiri. Dia risaukan aku ? wau !
Eh sekejap !. Dia kata dia tengok rumah aku macam tiada penghuni ? Aku terus berlari ke tingkap bilikku lalu menyelak langsirku. Ya Allah, sejak bila dia ada depan rumah aku ? "Bila you sampai ? Kenapa I tak dengar you bagi salam ? Dah lama ke tunggu ? Sorry. I tak perasan". Punya laju aku cakap sehingga tidak bertemu tanda noktah !
Zaff tergelak. "sabar sayang. I baru je sampai. I lupa nak bagi salam. Risau sangat sebab you tak angkat call I. You dah siap ke belum ?". Rasa terbuai seketika apabila mendengar dia memanggilku sayang. Sabar hati. Jangan cepat sangat jatuh. Mana pergi hilangnya Eryna yang dulu ? Yang tidak mudah digoda dan dipikat lelaki ? Apatah lagi jatuh cinta kepada seorang lelaki ?
"siap ? siap pergi mana ?" tanyaku semula. Adakah dia sudah memberitahuku bahawa hari ini kami akan keluar lagi ? Aku baru terfikir ingin date bersama katilku sehingga siang. Selepas itu mengajak Reen dan Ena bermain bowling bersama pada petang nanti. Planku selalu diganggu oleh dia !
"you tak check WhatsApp you ? I dah agak. Pergi la siap. I tunggu bawah. Jangan lama pula. Tak larat nak tunggu bawah sinaran sang suria ni lama lama. Nanti cair make up I". Aku tergelak. "tu dia, sinaran sang suria teruih keluaq. Tak pa tak pa, cheq tak lama pun na. tunggu sat". Dia pula tergelak. Kenapa hatiku berasa sesuatu apabila mendengar Zaff ketawa atau apabila dia menggunakan suara lembutnya ?
"you orang kedah ke ? macam pekat je longhat dia". Aku menjawab, "eh dok aih. I orang negeri Sembilan tapi dah kawan baik I orang kedah, terus terikut longhat dia. By the way, betul ke you pakai make up ?" lalu menggaru kepalaku yang tidak gatal. Sebenarnya dari tadi lagi aku ingin menanyakan tentang itu. Betul ke bakal suami aku jenis lelaki yang memakai make up seperti artis di luar sana ? Ish, simpang malaikat 44 la !. Tak mo aih, cheq nak berlaki kan lelaki jenis pakai tepek sana sini ! Aku yang perempuan ini pun tidak suka memakai segala produk seperti itu.
YOU ARE READING
Projek Memikat.. Mr 2B ?
Teen FictionMr 2B ?! Ryna tidak pernah menyangka bahawa dia akan terima cabaran kawannya untuk memikat si Berlagak Bagus. "hey kau ingat aku nak sangat la pikat kau yang berlagak bagus tu ?!" - Ryna "really ? kalau you tak nak pikat I, you tak akan terima lamar...