Bab 8

2.3K 61 1
                                    

Aku keluar dari kereta tanpa sebarang kata. Aku mendiamkan diri selama berada di atas jalan. Abang juga seperti memahami diriku yang ingin menenangkan diri. Abang langsung tidak menyakatku akan perkara yang telah berlaku di depan matanya. Aku berhenti dari terus melangkah lalu memusingkan diriku. Aku memandang ke arah abang. "Abang ok ?", soalan pertama yang aku tanyakan kepadanya. "Abang ok. Jangan risau. Pergi masuk, tenangkan fikiran", lalu senyum kepadaku. Aku senyum terpaksa lalu menanggukkan kepalaku. Aku teruskan langkah untuk ke bilikku.

Aku tersedar dari mengimbau perkara lama apabila terdengar suara budak di dalam bilikku. Aku melihat di belakangku. Tiada siapa. Aku menyilangkan tanganku. "Ateyn tak perlu menyorok. Acu tahu ateyn ada dalam bilik acu". Tiba-tiba aku terlihat pintu bilik airku terbuka. Fathin keluarkan kepalanya di celah pintu antara dinding dan pintu lalu tersenyum mempamirkan sebaris giginya. "Ateyn nak injam eber acu leh ?". Aku tergelak kecil. Eber kau panggil anak patung beruang aku. Ish ish. Pelat sangat. Aku angguk. Fathin terus berlari keluar dari bilikku. Fathin Fathiah, anak kepada sepupuku. Aku yang ingin dipanggil acu kerana panggilan itu membuat diriku terasa muda sentiasa. Aku berjalan ke arah pintu lalu menutupnya perlahan. Aku bergerak ke arah meja solekku. Aku menarik laci berwarna coklat kayu untuk mengeluarkan barang yang aku ingin ambil.

    "Kotak masih merah. Berhabuk pun tak. Aku rasa aku dah nekad. Dia bukanlah jodohku. Kami mengambil keputusan drastik hanya kerana rasa tercabar dan setelah dicabar. Bukan ini yang aku inginkan. Bukan ini yang aku impikan. Cukuplah aku berasa rungsing selama dua minggu. Aku pun sudah berjaya memujuk hati untuk move on dari dia. Aku akan pulangkannya kepada tuannya" lalu meletakkan kotak cincin itu ke dalam sebuah beg kertas.

Tiba- tiba pintu bilikku diketuk perlahan. "Mya, ni kak Sha. Akak nak masuk boleh ?". Aku tersenyum sendiri. "Sejak bila akak ketuk dulu sebelum masuk bilik adik ? Sebelum ni main ikut suka je. Nasib bilik ini tak pernah kena serbu masa adik tengah berkemban." Tawa kak Sha dapat didengari oleh ku ketika pintu itu terbuka perlahan. "Maaf la. Maklong kata adik tengah sedih. Tu akak jadi sopan sikit.", lalu tersenyum menunjukkan sebaris gigi putih miliknya. Aku tepuk katilku tanda mengajaknya duduk di atas katilku. Meja solekku berada di sebelah katilku kerana aku tidak suka berjalan jauh untuk bersiap. Kalau ikutkan hati, semua perabot hendak ku letak di sekeliling katil agar aku tidak perlu berjalan banyak.

Kak Sha duduk di hadapanku lalu mengambil tanganku dan letakkannya di atas pehanya. "Adik ok ? Sihatkan ? Ada masalah ke ?", tanyanya. Aku menarik tanganku dengan pantas lalu memicit kepalaku dan mengoyang-goyangkan badanku seperti ingin pitam. "Adik ok ke tak ni ?! Maklong ! Tengok adik ni ! " lalu memegang bahuku. Gelak tawaku bergema di dalam bilik. Aku menekan perutku kerana tidak mampu menahan diri dari ketawa.

Kak Sha terdiam. Setelah seminit mencerna apa yang sedang berlaku, kak Sha memukulku sekuat hati di badanku. "Ingat lawak ke adik !". Selepas itu, pintu bilikku dibuka kasar. Wajah risau abang, ayah, emak, fathin, makngah dan pakngah terpancul di bilikku. "Kenapa ?", serentak mereka bertanya. Aku melihat muka kak sha dan kak sha melihat mukaku. Kami tergelak besar melihat mereka semua. "Eh gelak pula dia ni. Kenapa ni Sha ?", tanya emakku. Aku menjawab sebelum kak Sha membuka mulut, "ni kak Sha suruh kita semua bersiap sekarang ! Dia nak belanja makan kita semua hari ni" lalu mengenyit mata kepadanya. Kak Sha sudah ternganga luas. "Belanja makan ? Tak tak bukan. Adik ni ha. Kata dia nak bercerai !". Bergema satu bilik dengan jerita mereka. "Bercerai ?! Sejak bila adik jadi isteri ? Jangan malukan emak dik". Kak Sha terus menepuk mulutnya kerana tersalah kata. Aku senyum lalu meletakkan tanganku di atas peha kak Sha sebagai tanda tidak mengapa, aku akan selesaikannya sendiri.

Aku berdiri dari kerusi lalu memandang mereka. " Semua tak tahu bahawa adik tidak jadi bertunang. Kerana itu kamu semua tidak dijemput ke rumah. Bukan kerana mengasingkan keluarga makngah atau membenci makngah. Lelaki yang ingin bertunang dengan adik telah sedar akan kesalahannya yang terlalu terburu membuat keputusan. Sesungguhnya, kami baru kenal masing-masing selama 3 hari. Maafkan adik atas perkara ini. Sebagai tanda minta maaf, jom adik belanja makan. Ok ?" Lalu menunjukkan senyuman manisku. Makngah dan emak kelihatan ingin bertanya sesuatu tetapi dihalang oleh ayah. "Ok dah semua siap !" Lalu menolak semua keluar dari bilikku. Ayah memandangku lalu senyum kepadaku. Aku mengangguk tanda terima kasih.

Projek Memikat.. Mr 2B ?Where stories live. Discover now