Bab 6

3K 96 7
                                    

Aku termenung di tepi tingkap di bilikku. Adakah keputusanku untuk menerima 'suruhan' Zaff agar aku menjadi isterinya tanpa cinta adalah benar ? Aku melihat pasangan suami isteri di sekelilingku, semuanya bersetuju untuk membina mahligai bersama atas rasa cinta yang telah ada di dalam hati sang suami dan sang isteri. Adakah masjid yang ingin kami bina ini akan kekal selamanya ? Sesungguhnya aku hanya mahu berkahwin sekali seumur hidup.

Aku menoleh ke belakang apabila aku merasakan ada tangan yang terletak lembut dibahuku. "adik fikir apa ?" lalu duduk di sebelahku. Aku senyum kepadanya. " tak ada apa la bang. Saja tengok ciptaan Tuhan pagi-pagi ni. Cantik. Udara sejuk. Dapat sejukkan sikit badan adik. Duk bandar, panas ya Rabbi". Abang melihat ke luar tingkap bilikku. "Atau sebenarnya, adik maksudkan hati adik ?".

Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan biarkan soalan abang itu berlalu pergi. Sesungguhnya memang itu maksud tersirat kata-kataku. Hati. Setahu aku, hati di dalam badan hanya berfungsi untuk menyimpan glikogen, tidak tahu pula tentang cinta. Siapa yang mengatakan bahawa segala rasa sayang, cinta, kasih lahirnya dari hati ? Ahh kusut ! Sejak aku mengenali Zaff, hidupku telah berubah menjadi semakin kusut dan tidak tenteram !

Walaupun dia jugalah punca aku akan tersenyum seorang diri mengenangkan segala perbuatannya tetapi dia jugalah punca aku tidak dapat tidur malam dengan lena hanya kerana asyik memikirkan tentang perkahwinan mengejut ini. Hey, aku perlu tidur untuk menambah semula tenaga aku ok ?!

Lamunanku terhenti apabila abang menggenggam tanganku. "adik, abang tahu memang tidak adil bila adik kena kahwin dulu, tetapi adik kena ingat jodoh itu telah ditetapkan oleh Ya Rahim dan Ya Rahman, Allah. Kalau tertulis di sana bahawa adik akan bahagia dulu, ia tetap akan jadi walaupun adik cuba carikan isteri segera untuk abang agar abang kahwin dulu." lalu tersenyum sinis. ok, tepat kena hati. Abang macam tahu sahaja fikiran adik dia yang seorang ini. Aku tersenyum menampakkan sebaris gigiku. "Abang tahu apa yang ada dalam fikiran adik itu. Adik kena percaya, bila emak, ayah dan abang setuju untuk menerima mamat tu dalam keluarga kita, itu memang yang terbaik. Adik tahu kan betapa sayang  abang dekat adik abang yang seorang ini" lalu menggosok kepalaku dengan kasar. Aku menolak tangannya. "Sakit la bang! Ya, adik tahu tapi kan, kelakar bila abang panggil dia mamat" lalu tergelak gembira. Abang senyum memandangku, "suka tengok adik abang gelak. Dah tak yah fikir sangat. Adik dah setuju tu kira ok la tu. Adik kena ingat, tak semua perkahwinan yang kekal dan bahagia bermula dengan pasangannya sudah ada rasa cinta" lalu berdiri di sebelahku.

Aku mengangguk, "terima kasih". Betul cakap abang. Abanglah abang yang terbaik dalam dunia ! Sentiasa ada bersamaku tika senang dan susah. "Ni untuk adik. Untung adik dapat dia. Abang pun tak dapat macam tu" lalu berjalan ke arah pintu selepas barang yang dihulurnya telah aku sambut. "apa ni bang ?". "adik tak payah nak buat drama melayu dekat sini. Beg plastik tu dekat tangan kan ? Check la sendiri. Beria nak tanya apa dalam tu semua. Tengok la lagi banyak drama melayu. Terpengaruh habis." lalu berlalu keluar dari bilikku.

Abang tidak habis habis, kerjanya membebel tiap masa. Aku membuka beg plastik itu lalu mengeluarkan kotak yang berada di dalamnya. Biar betul ?! Aku melihat setiap sisi kotak itu. "Dia ni memain ke apa ? Eh tapi tak boleh sangat percaya kotak ni. Kang jadi macam kat twitter. Sengaja nak buat suprise dekat awek dia. Eh tapi aku bukan awek dia"

Aku membuka kotak itu. Aku tidak dapat lagi kawal mulutku dari terbuka luas. "Biar betul ?! IPhone 6S ?!" Aku masukkan semula telefon itu ke dalam kotaknya lalu aku masukkan kotak itu ke dalam beg plastiknya. Setelah itu aku terus meletakkannya di atas meja solek ku lalu berlari naik ke atas katil. "Aku tak boleh terima ! Tak boleh ! Mahal tu. Ya Allah, kalau dia suruh bayar, aku mana ada duit. Nak makan setiap hari pun, nasi goreng telur mata je mampu. Eh tak boleh tak boleh"

Aku mencapai telefonku. "Tepon aku ni bukannya teruk pun. Ok pe walaupun tak semahal tu. Eh tujuan ambil telefon ni nak call mamat tu". Aku mencari namanya di dalam contact ku. Aku menepuk dahiku. Aku tidak simpan nombornya di dalam telefonku. "Tula hari tu dia bagi, kau pura-pura simpan. Padan muka, siapa suruh pergi buang !"

Projek Memikat.. Mr 2B ?Where stories live. Discover now