Setelah seminggu aku matikan telefonku, hari ke lapan ini baru terdetik di hatiku untuk aku menghidupkan semula telefon bimbitku. Aku merenung telefonku. Selama seminggu aku tidak berhubung dengan kawan-kawanku. Apa khabar mereka ? Adakah mereka baik-baik sahaja ? Sudah seminggu juga aku tidak berhubung dengan manusia yang telah menghancurkan hati aku seperti kaca yang jatuh berderai.
"Lantak pi dia la. Aku malas nak amik tahu plus fikir pasal dia". Baru sahaja aku ingin menekan salah satu button di telefonku untuk menghidupkannya semula, tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku memandang ke arah pintu. Pintu bilikku dibuka oleh seseorang tanpa keizinan dari aku.
Aku berdiri dari kerusi di meja belajar ku, meletakkan telefonku di atas meja lalu menanti siapakah gerangan yang telah membuka pintu itu. Badanku terasa kaku setelah melihat manusia yang memandangku dengan senyuman yang telah lama tidak aku lihat. Kakiku berat untuk melangkah menjauhinya. Hatiku seperti menyuruh aku mendekatinya. Akal ku berfikiran sebaliknya.
Otak, kaki dan hati sudah tidak berkerjasama. "Sampai hati you tinggal I" lalu melangkah setapak menghampiriku. Hatiku berkata dekatilah aku. Manakala bibirku berkata jauhi aku. Yang mana satu harus aku ikuti ? Si dia menarik tanganku lalu menyarungkan semula cincin yang...
"Hoi !". Aku yang terkejut disergah terus tergolek ke kiri katil dan jatuh menghempap lantai. Aku menggosok belakangku yang sakit dek jatuh seperti buah nangka ke lantai. Ketawa yang kuat kedengaran di telingaku. Abang kejam !
Aku bangun tanpa sepatah kata lalu berjalan ke arah pintu. Ketawa abang tidak kedengaran lagi. Mungkin dia perasan akan perubahan aku yang selalunya akan memarahinya tetapi kali ini lebih memilih untuk mendiamkan diri. Aku baru sahaja ingin mencapai tombol pintu, abang terus menarikku hingga terbaring ke katil semula. Kali ini abang sudah melebih. "Abanggggggg !".
"Akhirnya ! Dengar pun suara adik !". Aku terus duduk di atas katil. Baru sahaja ingin membuka mulut, aku seperti kehilangan kata-kata setelah melihat abangku. Penampilan yang baru ! Aku hampir sahaja tidak mengenalinya ! "Abang tukar fesyen ?".
Abang aku bangun lalu membetulkan rambutnya dengan muka berlagak. Ok Thats my bro. Aku bangun dari katil lalu berjalan mengelilinginya. Dari atas sampai bawah diubahnya. Kenapa tiba-tiba ? Ke ... "Makkkkk, abang dah ada ...", abang terus menutup mulutku. Abang melihat ke arah pintu. Takut jika mak akan datang serbu dirinya. Selepas seminit menanti, akhirnya orang yang ditakuti tidak muncul. Abang memandangku semula. "Jangan nak merepek ! Abang sengaja tukar penampilan. Sampai bila nak pakai baju style yang sama". Aku tergelak kecil. Tahu takut dengan mak. Kalau mak tahu yang abang sudah ada teman wanita, sudah pasti seribu satu soalan akan ditanya. Kadang soalan yang tidak masuk dek akal juga akan termasuk dalam list of 1000 question mak.
"sudah ! Orang dok mengelamun, abang pi kacau pasaipa ?". Terus keluar loghat utara. "Amboiiii. Halau abang nampak. Tak la, abang nak ajak adik pergi shopping. Tolong abang beli baju. Baru ingat ganjaranya abang belanja gincu MAC. Tapi adik dah halau abang. Tak apa lah", lalu berjalan perlahan menuju ke pintu bilikku. Gincu MAC ?! Walaupun aku bukanlah seorang gadis yang terlalu obses dengan barang alat solek dan kadang-kadang, eh bukan !, The most of the time, aku lebih suka dengan natural beauty iaitu hanya memakai bedak sahaja, tetapi tawaran yang dibuat oleh abang itu memang tidak dapat aku tolak. Aku berlari lalu menghalang abang keluar dari billikku. " ok deal ! pergi siap! Adik nak siap", lalu tolak abang keluar dari bilikku.
*******************************************************************************************
"abang nak beli apa je ?" lalu melihat baju yang tergantung rapi di dalam butik ini. "Abang nak beli anak kuda. kenapa ?". Gadis yang menjaga kedai itu sudah menutup mulut, gelak setelah mendengar lawak BOD (bodoh) abang. Aku senyum kepada gadis itu lalu mencubit lengan abang. "Sakitlah !". Haaa, tahu sakit. Hati aku yang sakit dipermalukan sebegitu rupa tak pernah pula fikir.
YOU ARE READING
Projek Memikat.. Mr 2B ?
Teen FictionMr 2B ?! Ryna tidak pernah menyangka bahawa dia akan terima cabaran kawannya untuk memikat si Berlagak Bagus. "hey kau ingat aku nak sangat la pikat kau yang berlagak bagus tu ?!" - Ryna "really ? kalau you tak nak pikat I, you tak akan terima lamar...