Aku masukkan sudu ke dalam mulutku. Haqiem, Ena dan Reen menjadi teman untuk mengisi perut dengan makanan. "wey, korang tahu tak yang hujung minggu ni ada program dekat sini ?", tanya Haqiem. Aku memandang muka Haqiem. Ada program ? Kenapa aku tak tahu apa-apa. Kalau Haqiem tahu, ini bermaksud kami wajib hadir ketika program ini berlangsung. Alahai ! Malasnya. Baru ingat nak belajar masak kek dengan kak Mah. "Program apa ?", tanya Ena. "Program Star to apa entah tu ?", tanya Reen pula. Haqiem mengangguk. Aku teruskan aktivitiku yang terhenti kerana ditanya oleh Haqiem tadi.
"Nama program tu Star To Be Shine. Aku tak tahu siapa bagi nama tu. Teruk gila", lalu Haqiem menyedut air orennya.
"Oh, apa je yang best ? Aku malas nak pergi", kata Reen.
"Macam-macam dan kita wajib ada. Aku dengar cerita geng Zaffran masuk dalam bahagian persembahan. tak silap aku diorang menyanyi. Yela, Azmir tu kan pandai main gitar", tambah Haqiem.
Jap ! Zaff ambil bahagian ? Wah ni peluang baik ni !. Aku memandang Haqiem.
"Beb, kau ada handle pape ?", tanyaku. Haqiem memandangku lalu menggelengkan kepalanya. Baru sahaja aku membuka mulut untuk berkata sesuatu kepada Haqiem, Shasha datang menyapa kami.
"Hai ! Assalamualaikum. Ni Ryna, aku nak tanya, kau nak nyanyi tak sabtu ni ? Aku dah pening cari orang untuk ganti geng Afiq tu. Suka hati je tarik diri waktu akhir macam ni. Kerja aku bertambah sebab diorang." kata Shasha dengan suara yang menunjukkan dia sudah penat. "OK boleh" kataku. Serentak itu, Haqiem yang sedang menghirup air tersedak, Ena yang sedang menyuapkan nasi ke dalam mulut terhenti, Reen yang sedang menaip sesuatu di telefon turut diam kaku dan semuanya memandang ke arahku. "What ?!", bergema kawasan itu dengan gabungan suara mereka bertiga. "serius ni ?" tanya Shasha dengan suara teruja. Aku angguk. Masa untuk aku mulakan langkah kedua sudah bermula.
Shasha berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih. "BEB ! Kau ni gila ke apa ?", tanya Reen. Aku ingin membalas tetapi terhalang dek bunyi batuk Haqiem yang dari tadi tak berhenti. Aku membantu mengusap belakang badannya. Nasiblah berlapik. Kalau tak, kerusi ni aku guna untuk hempuk belakang dia. "Awak ok tak ni?", aku memandang wajah Haqiem. Haqiem sudah masak dengan perangai aku. Kalau guna saya awak tu bermaksud aku sedang memerli dirinya. Aku melihat wajah Haqiem. Haqiem memusingkan wajahnya untuk melihat wajahku. Kami berdua terdiam ketika terlihat mata masing-masing.
"Hoi !", kata Ena sambil menepuk meja. Lamunan kami berdua terhenti. Cantik juga mata Haqiem ni. EH ! Ryna !!! Kau dah kenapa ? Kenapa jantung aku berdegup lain macam. Haqiem terus tertunduk memandang lantai. "Ak.. Ak..u.. Aku nak pergi tandas sekejap", lalu berjalan laju meninggalkan kami. Aku melihat dia pergi. Haqiem pun rasa benda sama ke ?
"Dia tu dah kenapa ? Ok biarkan. Kau ni kenapa ? Gila ke ? Ke mabuk ? Kita bertiga bernyanyi ? tak pernah terlintas pun la wey !", kata Ena dengan muka menyampah. Aku buat dek sahaja. Maaflah terpaksa tarik korang dalam rancangan gila aku. Tapi apa guna kawan kalau tak boleh membantu. Friend in need is a friend indeed ! "aku ok je sebab..", ayat Reen terhenti apabila Ena mencelah.
"ha kau pun naik sama gila. Apa kene korang ni ?!", marah Ena.
Aku menggelengkan kepalaku apabila melihat reaksi Ena. Marah sangat dia ni. Aku pandang wajah Reen, "ha sebab apa ?". Reen tersengih seperti kerang busuk. "Is nak datang tengok !" katanya dengan riang. Aku yang sedang menongkat dagu terus terjatuh tangan ke bawah. Ena yang sedang marah terus memandang tepat wajah Reen. "What ?!" serentak suara aku dan Ena bergabung. Reen mengangguk sebagai tanda apa yang dia baru sahaja beritahu adalah benar. Aku terus menyedut airku. Alahai, dapat pula kawan yang macam ni. Teman lelaki dah macam suami. Nasiblah status mereka sekarang adalah tunang. Aku doakan perkahwinan mereka dicepatkan. Aku tak perlu tengok drama melayu tak terbayar dah lepas ni.
YOU ARE READING
Projek Memikat.. Mr 2B ?
Teen FictionMr 2B ?! Ryna tidak pernah menyangka bahawa dia akan terima cabaran kawannya untuk memikat si Berlagak Bagus. "hey kau ingat aku nak sangat la pikat kau yang berlagak bagus tu ?!" - Ryna "really ? kalau you tak nak pikat I, you tak akan terima lamar...