Aku mempercepatkan langkahku yang sudah sedia cepat. Dengan memakai kasut tumit tinggi berwarna hitam bertali putih memaksa aku menahan sabar, menahan marah dan paling utama menahan sakit kaki mengejar lelaki yang telah dihantui perasaan marah dan bengang berjalan laju meninggalkanku. Nak memujuk lelaki lagi susah dari memujuk kawan-kawan aku !
Aku yang turut hilang sabar kerana tahap kesabaranku sudah diibaratkan air yang sedia untuk melimpah dari cawannya menarik kasar tangan lelaki itu yang menyebabkan aku terpaksa melihat wajah bengangnya dengan matanya memandangku tajam. Aku menelan air liurku apabila melihat reaksinya.
"Ryn nak apa lagi ? Tak puas sakitkan hati Ai tadi ? Nasib Ryn tahan, kalau tak dah lama bersepai otak dia dekat lantai restoran tu ! Ada otak tak nak guna ! Dasar bodoh !" marahnya. Aku melepaskan genggaman tanganku yang memegang erat tangannya. Aku menghembus nafas agar diriku tidak terjebak menengkingnya. Setelah merasakan hatiku sedikit sejuk, aku mengangkat mukaku memandangnya. "Ryn ikut Ai bukan sebab nak sakitkan hati Ai. Ryn nak sejukkan hati Ai. Ryn nak pujuk Ai. Ryn tahu Ai tengah marah tapi..", aku menghembus nafasku sehingga kedengaran di telinga Aiman. "Tapi Ai tak sepatutnya act macam tu. Kita sama-sama dah besar Ai. Kita sepatutnya selesaikan masalah ni dengan cara yang bijak" sambungku. Tanganku aku dekatkan di pipi kanannya membuat Aiman terkejut. Aku senyum semanis mungkin. "Ai tahukan Ryn baru sahaja keluar hospital", tambahku dengan suara lembut. Di dalam hati, aku tidak berhenti berdoa agar Aiman cair dengan suara lembutku yang jarang aku guna. Dia turut berdoa agar Aiman tidak menarik tanganku itu lalu dipulas geram kerana marah. Patah tangan cantik aku nanti woi ! kena tolak wang hantaran !
Aiman mengambil tanganku lalu dibiarkan jatuh ke bawah. Aku terdiam. Dia tolak tangan aku macam tu je ?! Eh tapi dia ambil dengan lembut bukannya tolak. Eh biarlah ! Maksudnya sama. Dia tak sudi ! Aku ingin membuka mulut untuk bersuara semula tetapi terhenti apabila Aiman dengan pantas menarikku ke dalam pelukannya. Aku cuba meletakkan jarak antara kami dengan meletakkan kedua-dua tanganku di dadanya dan menggunakan tenaga yang ada untuk menolak badannya. "Just stay. Give me 5 minutes to cool down in your arms", bisiknya di telingaku. Aku terdiam. Suaranya yang lembut membuat sarafku tidak dapat menghantar impuls saraf ke seluruh badan seperti biasa.
Ini bukan kali pertama Aiman memelukku dan ini bukan juga kali pertama aku menolak dirinya agar menjauhkan dirinya dari diriku. Kami membesar sama-sama. Pelukan ini seperti pelukan dari seorang abang kepada adiknya. Aku terkejut kerana Aiman tidak pernah berkata sebegitu kepadaku. Selalunya, dia akan menyakat ataupun terus berkata tegas agar jangan bergerak. Mungkin tahap kemarahannya sudah melebihi takuk biasa. Aku bersangka baik. Aku membiarkan diriku menjadi ais untuk meredakan api kemarahan yang sedang menggelegak di dalam hatinya. Aku mengusap lembut belakang badannya. Perkara yang terjadi empat puluh minit yang lepas tersiar kembali dalam fikiranku.
Aku dibenarkan keluar daripada hospital hari ini kerana kecederaanku tidak parah sehingga perlu ditahan lama di hospital. Aku dikhabarkan bahawa yang bakal menjemputku ialah Aiman. Ahli keluargaku yang lain perlu bekerja dan tidak boleh meminta cuti semata-mata untuk menjemputku. Aku faham akan tanggungjawab mereka dengan kerja mereka. Aku melipat kemas bajuku lalu masukkannya ke dalam beg bajuku. Aku melihat jam dipergelangan tangan kiriku. "Dah pukul 9. Mana Ai ni. Kata nak datang pukul 8. Nila orang melayu, janji melayu. Nasib aku banyak mix. Jadi macam-macam janji aku boleh guna" membebelnya sendiri. Yela tu Ryna. Kau tu melayu tulen ! Sedar la diri !
"Ok memandangkan kau datang lambat, aku nak tukar tudung", kataku lantas bergerak turun dari katil. Aku sedang memakai tudung sarung berwarna coklat kerana takut jika aku memilih untuk memakai tudung shawl yang dibawa oleh emak semalam, Aiman terpaksa menunggu lama di wad itu. Aku masuk ke dalam tandas lalu memuka tudung sarungku. Setelah memakai alat solek yang ada di dalam beg tanganku, aku belitkan shawl berwarna biru laut itu di mukaku. Lilitan tanpa pin, siap !
YOU ARE READING
Projek Memikat.. Mr 2B ?
Teen FictionMr 2B ?! Ryna tidak pernah menyangka bahawa dia akan terima cabaran kawannya untuk memikat si Berlagak Bagus. "hey kau ingat aku nak sangat la pikat kau yang berlagak bagus tu ?!" - Ryna "really ? kalau you tak nak pikat I, you tak akan terima lamar...