Bab 2

4.4K 115 2
                                    

"Lain kali jalan tengok depan ! Bukan bawah !". Aku berhenti dari berjalan. Apa yang kecoh sangat tu ? Sampai ke sini dengar.

aku berjalan mendekati suara yang bising itu. La Zaff ke. Dia ni kalau tak mengamuk sehari memang tak sah. Aku melihat si gadis yang ditengking oleh Asy sudah tertunduk takut. Kenapa la Asy ni kejam sangat.

Aku berkira ingin meneruskan berjalan ke arah perpustakaan, malas mahu masuk campur dalam urusan mereka. Alih-alih aku juga yang kena nanti. Tetapi langkahku terhenti apabila aku terdengar Zaff sambung menengking gadis itu. "Kau ni mata dah ada 4 mata, tapi masih jalan langgar orang. Tolong la. Muka dah la tak lawa, kau ingat buat muka macam tu aku nak bagi kau lepas la ?!"

Ya Allah apa salah gadis itu sehingga dimarahi sedemikian rupa ? Kalau setakat terlanggar bahu tu, rasanya tidak perlu menengking seperti itu. Setiap manusia akan membuat kesilapan walaupun dia cuba untuk jadi sempurna.

Tidak boleh jadi. Aku harus masuk campur, menyelamatkan gadis itu dari terus dimalukan oleh jejaka berlagak bagus tu. Aku melihat Asy ingin sambung memarahinya. Aku terus berdiri di hadapan gadis itu, menyebabkan Zaff terdiam melihat kemunculanku.

Aku memalingkan wajahku kepada gadis itu, "adik tak yah nangis ye. Tak apa, akak ada. Dah pergi sana. Lelaki ini biar akak settlekan" lalu menolongnya membetulkan cermin mata gadis itu.

Gadis itu mengangkat mukanya lalu senyum kepadaku. Dia terus berlalu pergi meninggalkan aku bersama Zaff di situ. Rasanya tugas aku sudah selesai. Jom chau !

Aku baru sahaja ingin memulakan langkah pertama untuk meninggalkan tempat itu, Zaff terus menarik beg ku yang menyebabkan aku terdorong kebelakang. "Hey budak. Yang kau sibuk masuk campur urusan aku kenapa ?". Mukanya serius, rasanya sisa marahnya masih berbaki.

Ryna -"first, im not a kid. Second, memang tanggungjawab orang sebagai seorang kaum hawa untuk membantu kaum hawa yang lain"

Zaff tergelak yang dibuat-buat. Apa masalah mamat ni ? "Really kaum hawa ? Like this ?" Lalu melihat aku dari atas sampai bawah. Aku melangkah setapak kebelakang. Dia ni bukan boleh percaya.

Ryna- "yela."

Zaff berjalan mendekatiku. "Kalau kau tak pakai tudung, aku tak yakin kau ni perempuan. Always seluar jeans, baju T-Shirt, tak pun kemeja pergi class. Sentiasa pakai kasut. Semua ni show ke kau tu seorang perempuan ?"

Pap! Seperti aku ditampar apabila mendengar kata-katanya. Teruk sangat ke berpakaian seperti ini ? Aku melihat kakiku dan badanku. Nampak macam lelaki ke ?

Sedang aku ralit melihat penampilanku sendiri, tiba-tiba Zaff menarikku ke dinding menyebabkan kepala ku terhantuk ke dinding. Aku memamdang mukanya kerana ingin memarahinya tetapi niatku terbantut kerana jarak badanku dan badannya amat dekat sehingga aku dapat melihat turun dan naik dadanya bernafas. Kenapa aku rasa berdebar ?

"Woi ! Kau dah kenapa berlari dekat koridor ni macam budak kecil sampai nak langgar orang lain ?! ". Aku melihat budak yang sedang Zaff marahkan. Budak itu berlari ke arah kananku dan terus hilang dari pandangan. Zaff memusingkan mukanya melihat aku.

Aku yang terdiam melihat renungannya terus menggosok belakang kepalaku untuk lari dari pandangannya. Zaff bergerak setapak kebelakang untuk memberi jarak antara kami. "Sakit ke ?"

Aku memandang mukanya. Biar betul ? Zaff tanya aku tentang kepala aku ? Bukan dia jenis tidak kisah tentang orang lain ke ? "Ehm"

Aku larikan pandangan ku ke lantai. "Ok tak ada apa". Zaff bersandar di dinding di sebelahku. "Do you like me ?". Aku menoleh ke arahnya semula. Soalan apa ni ?!

Aku bergerak ke hadapannya. Tidak selesa berdiri di sebelahnya dengan jarak yang terlalu dekat. "Apa kamu merepek ni ?! Eiy menyesal datang sini !".

Projek Memikat.. Mr 2B ?Where stories live. Discover now