Sayang, Anak Mak! - Bab 11

214 4 0
                                    

Encik Bakarudin termenung jauh. Ada sesuatu sedang mengganggu fikirannya pada ketika itu. Sudah tentulah disebabkan perihal anak gadisnya. Orang dimaksudkan bukanlah anak bongsunya, Iman. Tapi, sudah tentulah disebabkan anak sulungnya, Amani.

Kalau arwah isterinya masih ada, tentulah dia pun tidak perlu memikirkan perkara itu. Encik Bakarudin yakin, didikan arwah isterinya sudah tentu berbeza dengan caranya. Jadi, salah dia ke?

"Abah! Buat apa? Termenung jauh saja," tegur Iman. Pelik juga bila melihat abah tidak membaca akhbar seperti kebiasaannya.

Iman meletakkan bekas berisi nasi goreng di hadapan abahnya. Kemudian, dia menggapai pula pinggan. Nasi goreng itu terus dicedok dan diletakkan di atas pinggan itu. Diletak pula di hadapan abahnya. Iman menuang pula minuman dibancuhnya untuk abah, kakak dan buat dirinya juga.

Encik Bakarudin tidak menjawab. Sebaliknya, dia hanya membuang pandang pada Iman yang kelihatan cekap dengan kerja dapurnya. Berbeza sekali dengan Amani yang langsung tidak cekap di dapur. Agaknya, suruh goreng telur pun belum tentu menjadi. Apa nak jadi dengan anak sulungnya itu?

"Jemput makan abah," pelawa Iman pula.

Iman kembali ke dapur. Abahnya ditinggalkan sendirian di situ. Bayang kakaknya masih juga tidak kelihatan.

"Kakak mana?" tanya Encik Bakarudin apabila menyedari bayang anak sulungnya itu masih juga tidak kelihatan di ruang makan.

Iman angkat bahu. "Entah. Kat bilik lagi kot."

Encik Bakarudin terus bangkit dari bangkunya.

"Abah nak ke mana pulak tu?" soal Iman.

"Nak panggil kakak Imanlah. Tak kan membuta lagi. Tak ada kelas ke?"

"Biar Iman panggil. Abah makan saja," usul Iman pula.

"Hurm."

Encik Bakarudin kembali melabuhkan punggungnya. Tanpa membuang masa, dia terus menyuapkan nasi goreng anak bongsunya. Hurm, boleh tahan sedap. Walau tak sama hasilnya dengan air tangan arwah isterinya.

Nasib baik ada Iman yang banyak membantu melakukan kerja rumah. Kalau nak harapkan Amani? Alamatnya, kebulurlah mereka.

Seketika kemudian, Iman kembali semula. Suapan Encik Bakarudin terus terhenti. Anak matanya mencari bayang Amani. masih juga tidak kelihatan.

"Mana kakak?"

Iman serba salah hendak menjawab. Namun begitu, bila pandangan Encik Bakarudin sudah terarah tepat padanya. Nak tak nak, Iman kena menjawab juga. Wajib! Kalau tak, dengan dia sekali kena bebel.

"Err...baru bangun bah."

"Budak bertuah!" Sudu di tangan Encik Bakarudin sudah terlepas. Anak matanya terus terarah di hujung sana. Gayanya, macam melihat muka Amani sahaja.

"Salah Iman jugak abah. Lupa nak kejut kakak," bela Iman pantas.

"Nak kejut buat apa? Dah besar panjang. Dah boleh berlaki pun. Tak kan bangun pagi pun nak kena kejut bagai? Macam budak-budak pulak," bebel Encik Bakarudin. Anak matanya juga sudah terjegil pada Iman. Gara-gara marah pada Amani, Iman turut terkena tempiasnya.

Sudahnya, Iman gigit bibir. Niatnya tadi mahu membela nasib kakak. Tak fasal-fasal dia kena bebel sekali. Malas melayan abahnya, nasi goreng terus disuakan ke mulutnya.

Isi perut sampai kenyang lagi baik.

"Dah kenapa tak jawab? Abah tanya ni?" Suara Encik Bakarudin kedengaran lagi.

Sayang, Anak Mak!Where stories live. Discover now