Sayang, Anak Mak! : Bab 14

193 6 0
                                    

Hafiey kaku di tempat duduknya itu. Lagaknya, macam patung dipamerkan di kedai pakaian. Kaku tanpa nyawa. Dipamerkan untuk tatapan orang ramai. 

Kepala Hafiey hanya mampu memandang kakinya sendiri. Tidak berani untuk mengangkat wajahnya. Macam mana nak angkat wajah, kalau dia tahu renungan tajam dan laser Encik Bakarudin tepat padanya? 

Duduknya pula betul-betul berhadapan. Malah, sepatah kata langsung tidak kedengaran dari mulut itu. Amani pula, sudah hilang entah ke mana. Dibiarkan dia seorang diri menghadap orang tuanya. Nak bernafas pun dia tak berani. Rasa semua pergerakannya dikawal sepasang mata itu.

Aduh! Sesak nafas! Oksigen! Oksigen!

"Dah lama kawan dengan Amani?" soal Encik Bakarudin setelah lama memerhati gerak-geri Hafiey.

Hafiey tersentak. Terus dia mengangkat wajahnya.

"Ya? Err...pak cik tanya apa tadi?" soal Hafiey gugup.

Gara-gara kepalanya sudah melayang jauh entah ke mana, soalan penuh Encik Bakarudin langsung tidak dapat didengarinya. Dia cuma dapat tangkap nama Amani saja.

"Aku tanya, dah lama kawan dengan Amani?"

"Oh... Baru lagi pak cik, tapi kenal dah lama."

Kerut di wajah Encik Bakarudin sudah mula kelihatan.

"Err....tak! Maksud saya, kenal Amani dah lama. Tapi, baru saja berkawan." Hafiey menjelaskan. Pasti Encik Bakarudin kebingungan dengan jawapannya sebentar tadi.

Usah kata Encik Bakarudin, dia sendiri sudah naik bingung dengan jawapannya sendiri. Boleh cenggitu?

Namun begitu, Encik Bakarudin semakin bingung. Tangan kanannya sudah mula menggaru kepala yang tidak gatal. Sudahnya, anak matanya membuang pandang pada Hafiey buat sekalian kalinya. Dari atas hingga ke bawah diperhatikan.

Hafiey resah lagi. Dia sudah lupa. Sudah berapa kali dia merasa resah sebegitu selepas bertentang mata dengan Encik Bakarudin.

Amani! Cepatlah datang! Seru Hafiey. Tanpa sedar, anak matanya mula memandang ke ruang dapur. Tercari-cari mana bayang si Amani. Tak kanlah buat air lama macam ni sekali?

"Kau cari apa?"

Hafiey tersedak! Diikuti pula dengan batuk dek terkejut soalan mengejut Encik Bakarudin. Tajamnya mata dia!

"Err...saya carik Amani. Dia mana pak cik?" jawab Hafiey gugup. Namun begitu, jawapan betul diberikan. Langsung tidak menipu walaupun gementar sangat hebat.

Anak mata Encik Bakarudin turut membuang pandang ke ruang dapur. Sebelum dialihkan semula pada Hafiey.

"Hurm. Kalau Amani tu, buat-buat sibuk kat dapurlah tu."

Sekali lagi anak mata Hafiey membuang pandang ke ruang dapur. Lagaknya seakan dapat melihat Amani di situ.

"Pss! Akak! Siapa tu?" bisik Iman. Lengan Amani dicuitnya.

"Siapa?" Amani buat-buat tanya. Malas nak melayan Iman tu. Karang banyak pulak sesi soal jawab.

Iman juih bibir.

"Eleh! Lagi mahu tanya siapa. Tu hah, kat luar tu. Segak bergaya. Itu siapa?" Muncung mulut Iman sudah diarahkan di luar sana. Biar Amani tahu siapa menjadi topik perbualan mereka sekarang ni.

Amani ikut memandang di luar sana. Matanya membulat.

Segak bergaya? Rabun ke apa si Iman ni? Itu mat skema a.k.a anak mak! Titik!

Sayang, Anak Mak!Where stories live. Discover now