Sayang, Anak Mak! - Bab 13

187 1 0
                                    

Mata Hafiey meliar memandang kiri dan kanannya. Sesekali, matanya terarah pada sekeping kertas dipegangnya. Peluh sudah mula membasahi gigi rambutnya. Malah, sudah ada menitik jatuh dari wajahnya. Bahang matahari benar-benar dirasainya.

"Mananya? Betul ke alamat kau ni?" Suara Harraz kedengaran lagi. Hujung jari kirinya menyapu peluh yang mula membasahi wajahnya. Gara-gara mengikut kehendak Hafiey, bahang panas pulak yang dia dapat. Ini pun dia dipaksa mengikut kehendak Hafiey bila melihat jelingan tajam daripada mak.

Hafiey sudah telan liur. Perasaan risau semakin kuat dirasainya ketika itu. Harraz sudah mula berbunyi. Bukan sekali. Bukan dua kali. Tapi, sudah beberapa kali suara itu kedengaran. Agaknya dah penat pusing tempat sama.

"Hafiey! Betul ke alamat kau ni?"

Hafiey gugup.

"Err..betul dah angah..."

Anak mata Hafiey terarah lagi pada kertas di tangannya. Baris demi baris dibaca. Dia tak silap! Memang inilah jalannya. Tapi, kenapa dia tak jumpa rumahnya ya? Nombor rumah ni..... Gulp! Tak boleh baca! Ini nombor berapa? Nombor 3 atau 8? Buruk gila tulisan minah tu!

Pandangan Hafiey terarah pada deretan rumah teres di kiri dan kanannya. Bapak banyak rumah! Mana satu rumah Amani?

"Habis tu, mana rumahnya? Aku ni dah panas tau! Dah beberapa kali kita duk tawaf sini," bebel Harraz lagi. Bahang panas semakin dirasainya. Bajunya juga sudah mula lencun dengan peluhnya.

"Tak tahu mana satu rumahnya...." akui Hafiey perlahan. Bimbang suara Harraz menjerit kuat padanya.

Harraz ketap gigi. Memang benar-benar menguji kesabarannya.

"Tengoklah alamatnya. Tak kan tak ada nombor rumah."

"Ada."

"Dah tu? Apa masalahnya?"

"Err....tak boleh baca. Tak tahu nombor berapa."

Harraz sudah tepuk dahinya. Allah! Kuatkan kesabaran aku, pintanya pula.

"Telefon kan ada. Kenapa tak call tanya?" usul Harraz lagi. Giginya juga sudah diketap kuat. Cuba mengawal perasaannya ketika itu.

Hafiey tepuk dahinya beberapa kali. Allah! Macam mana boleh lupa ya?

Tanpa membuang masa, Hafiey terus mendail nombor telefon Amani. Tentu Amani terkejut dengan kemunculan tiba-tibanya. Bila teringatkan pertemuan dengan Amani seminggu lepas, hati Hafiey benar-benar tidak senang. Amani tiba-tiba sahaja berubah laku. Jadi diam membisu. Tanpa dia sedar apa puncanya. Bila ditanya, Amani geleng kepala sahaja. Sudahnya, dia nekad. Alamat rumah Amani dijejaki. Mujur juga dia pernah meminta alamat rumah gadis itu sebelum ini.

"Hah? Kau cakap apa?" soal Amani terkejut dengan kata-kata di hujung sana.

Anak mata Iman dan Encik Bakarudin sudah membuang pandang pada Amani. Menyedari keadaan itu, Amani cepat-cepat bangkit dari meja makan. Langkah kakinya mula diatur melangkah ke ruang tamu. Biar jauh daripada abah dan Iman. Abang Samad pula setia mengekori langkah kaki Amani.

"Hei! Kau jangan main-main tau!" larang Amani. Keras.

"Tak main-mainlah. Panas ni! Cepatlah keluar. Saya tunggu kat luar rumah ni."

"Kau gila?" jerit Amani kuat. Bila menyedari abah dan Iman ada di ruang dapur. Cepat-cepat dia menutup mulutnya.

"Kau gila? Buat apa kau datang sini?" soal Amani lagi. Kali ini dengan nada berbisik.

"Buat apa lagi? Jumpa awaklah. Kenapa? Nak suruh jumpa abah sekali ke?" Anak mata Hafiey melirik pada angah yang sudah tinggalkan jauh sedikit. Mujur ada bayang pokok yang boleh menumpang redup buat seketika.

Sayang, Anak Mak!Where stories live. Discover now