"Kenapa awak nak kerja dekat sini?"
Lelaki itu mengetuk mejanya dengan sebatang pen berjenama Stabilo.
"S-ss-sa-ss-say-"
"KENAPA GAGAP?!"
"Saya kerja sini sebab duit."
"Okey, keluar."
"Tapi ..."
"Apa? Saya tak suka orang kerja dekat sini sebab duit. Buat sesuatu benda kerana Allah! Sudah keluar!"
Lelaki itu berlari keluar. Dia menghempaskan failnya di hadapan orang yang sedang menunggu giliran mereka.
"Kalau ada sepuluh orang macam dia ni, aku boleh gila!"
"Erk. Cuba lagi yer. Okey seterusnya, ergh .. Urm ... Sarah Qistina ..."
"Saya!"
Seorang perempuan memakai baju kurung dan bertudung mengangkat tangannya. Dia membawa bersama fail berwarna merah jambu.
"Sekejap ..."
Belum sempat Sarah menolak daun pintu, Anas Zahir selaku setiausaha Tuan Zafriel Zaqwan menghalangnya.
"Tuan tak suka perempuan ..."
"Tuan awak gay ker? Tepilah!"
Sarah degil juga dan masuk ke dalam bilik Zafriel.
"Awak kalau nak kerja cleaner pergi syarikat sebelah."
"Saya datang untuk temu dugalah."
"ANAS!"
"Ya tuan."
Anas masuk segera ke dalam bilik itu.
"Awak tak tulis ker dekat bawah tu yang SAYA TAK NAK PEREMPUAN DATANG TEMU DUGA NI?!"
"Dah tuan. Tapi tak tahu macam mana dia boleh terlepas ..."
Zafriel memberi isyarat kepada Anas untuk menghalau Sarah.
"Wait! Wait! Tuan, bagilah saya peluang."
Zafriel menongkat dagunya.
"Okey. Tapi hanya untuk tiga bulan dan kalau kerja awak memuaskan, awak boleh duduk sini terus. Faham?"
"Faham."
"Nah, sebelum tu. Awak ada lesen memandu?"
"Lesen ... Ada, ada!"
"Esok ambil saya dekat alamat ni."
Zafriel menulis sesuatu di atas sehelai kertas.
"Kiranya, saya diterima kerjalah ni?"
"Iyalah."
"Betul?"
"Iya ..."
"Argh! Terima kasih tuan!"
Sarah melompat dan keluar dari bilik itu.
"Esok pakai baju yang bersesuaian tau. Tuan sebenarnya tak suka perempuan sangat. Jaga hati dia elok-elok."
"Boleh saya tahu kenapa?"
"Urm ... Tapi jangan bagitahu sesiapa."
"Saya paling pun saya bagitahu kucing saya ... Hikhok."
Anas ketawa apabila mendengar ayat 'hikhok' itu.
"Dia sebenarnya ..."
"Anas Zahir."
"Ya, tuan. Esoklah."
Sarah senyum dan memeluk erat failnya.
YOU ARE READING
Aku Terima Nikahnya ...
RandomTuan Zafriel Zaqwan tidak suka akan kehadiran kaum hawa dalam pejabatnya. Namun, apabila Sarah Qistina datang untuk temu duga, dia menerimanya dan memberi syarat hanya untuk tiga bulan. Hari demi hari mereka semakin rapat dan kenal hati masing-masin...