Sarah asyik melihat Zafriel menerusi cermin pemandangan belakang kereta.
"Berhenti tepi."
"Kenapa tuan?"
Zafriel keluar dari kereta dan duduk di sebelah Sarah.
"Pandang saya puas-puas. Esok jual kereta ni dan ambil kereta saya. Okey?"
Sarah terbatuk.
"Jual? No! Ini kereta pertama saya beli. Mana boleh saya jual!"
"Esok mula bawa kereta saya."
"Habis tu macam mana saya nak ..."
"Tinggal kereta awak dekat rumah sayalah ..."
Mereka sampai di pejabat awal pagi itu.
"Anas."
"Ya, tuan."
"Tunjuk sekejap dekat dia tempat dia."
"Okey. Sarah, ikut sini."
Sarah dibawa ke bilik yang sangat besar.
"Ini bilik saya ker?"
Bilik itu tiga kali ganda lebih kecil daripada bilik Zafriel.
"Iya. Urm sekejap lagi tolong siapkan tuan ke bilik mesyuarat. Tolong buatkan air dekat tuan. Tuan suka cuppucino."
"Huh? Macam mana nak buat?"
"Belilah."
"Beli?!"
Sarah segera mengambil kunci keretanya dan pergi ke kafe kopi berdekatan. Dia membeli kopi kesukaan tuannya.
---------------------------------------------
"Cuppucino satu. Ini fail tuan dan jom ke bilik mesyuarat."Zafriel mendongak dan memandang wajahnya.
"Bila awak masuk?"
"Tadi ... Baru masuk ..."
"Lain kali, ketuk dulu."
Zafriel baru sahaja hendak menghirup kopi itu tetapi ditarik oleh Sarah.
"Saya buat lagi sekali."
Sarah keluar dan mengetuk pintu bilik.
'Bertuah dapat pembantu bengong macam ni ... Sabar jer la!'
"Masuk."
"Tuan, ini cuppucino satu. Fail tuan dan jom pergi ke bilik mesyuarat."
Zafriel menghirup kopinya dan berdiri. Dia mengambil beberapa fail di belakang tempat duduknya.
"Satu fail. Dua fail. Tiga fail. Berfail-fail."
Zafriel mengatur fail di atas tangan Sarah.
"Ini projek buat jalan raya ker apa?"
"Jangan banyak cakap. Jom."
Zafriel hanya membawa kopi dan menyeluk sebelah tangannya ke dalam poket. Semasa hendak keluar, dia tidak membuka pintu untuk Sarah.
"Tuan, tuan eh."
Zafriel toleh ke belakang.
'Eh mana dia?'
Zafriel membuka pintu dan melihat Sarah sedang mengatur fail di atas lantai supaya dia dapat membuka pintu. Zafriel ketawa terbahak-bahak. Seluruh pekerjanya melihat gelagatnya itu.
"Aduh, awak ni lawaklah."
"Anas, sejak bila tuan macam tu?"
"Kau buatlah kerja. Nasib baik tuan pilih kau kerja sini. Kalau tak dah lama dia halau. Kau tu perempuan. Ingat!"
YOU ARE READING
Aku Terima Nikahnya ...
RandomTuan Zafriel Zaqwan tidak suka akan kehadiran kaum hawa dalam pejabatnya. Namun, apabila Sarah Qistina datang untuk temu duga, dia menerimanya dan memberi syarat hanya untuk tiga bulan. Hari demi hari mereka semakin rapat dan kenal hati masing-masin...