Sarah membelok masuk kereta ke rumahnya.
"Assalamualaikum, mak!"
"Waalaikumussalam."
Puan Rita sedang menyiram pokok bunga.
"Mak!!!!"
Sarah memeluk Puan Rita dari belakang. Puan Rita terkejut dan mencurah air pada Sarah.
"Mak! Habis baju orang ..."
"Astaghfirullah. Haish kamu ni bertuah sungguhlah! Apadia yang kamu seronok sangat?"
"Sarah dapat kerja!"
"Mak suruh kerja dekat syarikat pakcik kamu, kamu degil. Tak nak."
"Orang nak cari sendirilah, mak. Mak, tuan dia handsome."
"Urm pergi kerja ker cuci mata?"
"Esok, orang kena ambil dia dekat rumah dia."
"Kamu kerja apa ni? Pemandu peribadi?"
"Bukan pemandu! Pembantu!"
"Suka hati kamulah. Dah, jom naik atas rumah. Mak masak makanan kegemaran kamu ..."
"Laksa?!"
"Iyaaaa ..."
Puan Rita mencubit pipi Sarah.
---------------------------------------------
"Mak, kalau orang jatuh cinta dekat tuan tu, macam mana?""Kerja pun belum, dah nak cakap pasal suka. Habis tu, tunang kamu nak campak mana?"
"Ya Allah, mak. Orang lupa orang ni dah bertunang."
"Haa tu la. Nama dia tak sedar diri. Ingat, biar orang buat dekat kita. Jangan kita buat dekat orang."
"Iya. Orang ingat."
"Nanti tolong mak hantar kuih dekat rumah Mak Limah."
"Mak Limah tu tak reti buat kuih ker?"
"Bukan tak reti. Dia segan nak buat."
"Segan ... Ker dia malas!"
"Lebih kuranglah tu. Mak tak cakap. Kamu yang cakap."
Sarah dan Puan Rita ketawa terbahak-bahak.
"Okeylah, mak. Orang nak masuk tidur. Esok kena bangun awal."
Sarah menghempaskan badannya di atas katil.
'Esok mula kerja! Yeay! Tuan Zafriel Zaqwan. Nama sedap. Tuan badan pun sedap mata memandang. Argh! Ya Allah, kau tunang orang Sarah!'
Puan Rita sedang asyik melihat kelakuan anaknya.
'Pelik anak aku seorang ni. Dia tak kisah pun bila aku setuju nak satukan dia dengan budak tu.'
"Mak, buat apa tu?"
Puan Rita terkejut. Dia melatah dan memeluk pintu bilik Sarah.
"Mak ni haa. Mak tengah tengok ni haa."
"Haa apa mak?"
"Tengok ni ... Tidurlah. Esok nak kerja!"
YOU ARE READING
Aku Terima Nikahnya ...
RandomTuan Zafriel Zaqwan tidak suka akan kehadiran kaum hawa dalam pejabatnya. Namun, apabila Sarah Qistina datang untuk temu duga, dia menerimanya dan memberi syarat hanya untuk tiga bulan. Hari demi hari mereka semakin rapat dan kenal hati masing-masin...