Bab 21

15.4K 434 0
                                    

"Baiklah. Pengantin dah bersedia?"

"Dah."

"Aku nikahkan dikau dengan Syazlinda Saffiyah bt Syukri dengan mas kahwinnya RM1000 tunai."

"Aku terima nikahnya ..."

"Assalamualaikum."

Mereka semua menoleh ke arah pintu rumah.

"Waalaikumussalam. Ada apa yer?"

Datuk Irham bertanya kepada dua orang pihak polis yang datang tanpa sebab ke rumah mereka.

"Maaf mengganggu. Kami hendak membuat penangkapan terhadap Syazlinda Saffiyah dan Zahiriel Zaqwan kerana kes memukul mangsa bernama Sarah Qistina."

"Hah? Encik, salah orang ni."

Datin Ziela mula resah.
---------------------------------------------
"Mama, sudahlah. Nak buat macam mana. Benda dah jadi."

"Mama tak sangka Linda macam tu. Mama ingat dia baik."

"Itulah. Mama tak pernah dengar apa yang Ariel cakap. Mama asyik percayakan si Zaqwan tu."

"Maafkan mama sayang. Mama salah."

"Tak apalah. Ariel tak kisah dah sekarang. Ariel dah hilang orang yang Ariel sayang."

"Siapa?"

"Tak perlulah mama tahu."

Zafriel senyum kelat.
---------------------------------------------
"Mama tolong Linda mama! Linda mengandung mama. Takkan diorang senang-senang nak penjarakan Linda! Ini anak Ariel."

"Kau ingat aku nak percaya kau cakap ni? Hey, kau tak mengandung pun kan? Kau ingat senang-senang kau boleh bodohkan aku?"

"Mama!"

"Jangan panggil aku mama lagi. Mulai saat ini anggaplah kita tak pernah kenal!"

Datin Ziela berjalan keluar dari penjara dengan hati yang puas.

"Awak tak melawat Zaqwan?"

"Buat apa. Macam itu kita nak panggil anak? Buat malu jer. Mujurlah ada si Ariel tu."

"Itulah awak. Dulu dia nak tolong, awak hina dia. Sekarang, bila kena batang hidung, baru nak sedar."

"Saya tahu abang. Salah saya."
---------------------------------------------
Zafriel sedang memandang Sarah dari jauh. Sarah sedang duduk di atas bangku bersama seorang jururawat.

'Qis, saya tak jadi kahwin. Saya kesal bila dapat tahu abang dengan Linda yang buat awak macam ni. Esok saya nak pergi London. Abah hantar saya sebagai wakil untuk syarikatnya. Syarikat saya telah diserahkan kepada abang awak. Kini, saya kerja di bawah syarikat abah saya.'

"Eh, Ariel. Jomlah pergi tengok Sarah."

Qayyum datang menepuk bahu Zafriel.

"Tak apalah. Dia mana ingat saya. Dia lupa ingatan."

"Mana ada. Dia cedera di kepala saja. Tak semestinya dia lupa. Elok jer abang tengok."

'Huh? Apa semua ni?'

Aku Terima Nikahnya ...Where stories live. Discover now