"Mama, tengok abang Qayyum ajak saya balik kampung dia ..."
"Pergilah balik. Dah lama juga Kaklong tak balik sana."
"Tapi ..."
"Tak payahlah pentingkan sangat muka tu. Make up nanti tak nampak juga kan?"
"Mama ni!"
"Wani, apa cakap macam tu dengan mama?"
Qayyum turun dari tingkat atas.
"Mama, esok kami nak balik kampung."
"Tak, abang jer."
"Boleh lagipun tadi Wani kata dia rindu dekat mentua dia."
"Baguslah macam tu."
---------------------------------------------
"Awak, saya nak ingatkan. Jangan dekat sangat dengan si Ariel tu.""Eh? Kenapa?"
"Dia tu tegas sikit dengan perempuan. Kali terakhir dia bercinta, dua tahun yang lalu."
"Kenapa? Banyak pula kenapa saya."
Sarah menutup mulutnya.
"Dia kalau sayang seseorang, dia sayang gila-gila. Perempuan yang pernah bercinta dengan dia semua hanya nakkan harta dia. Kecuali yang terakhir tu."
"Kenapa dengan dia tu?"
"Dia tu ..."
"Bagitahulah."
"Perempuan tu kemalangan dengan dia. Masa tu lagi sehari jer tarikh pernikahan diorang. Bermula hari tu, dia dah tak nak bercinta lagi."
'Sedihnya. Tuan, fighting!'
"Apa jadi dekat perempuan tu? Dia mati ker?"
"Tak pun. Mulanya doktor cakap dia akan selamat tapi kaki dia terpaksa dipotong. Perempuan tu salahkan Ariel. Ariel tak mahu teruskan perkahwinan dia. Dia lari dari rumah."
"Agaknya perempuan tu masih mahukan dia ker tak?"
"Entah tapi mama dah carikan seseorang untuk dia. Lawa perempuan tu. Ariel setuju jer sebab dia tak mahu kenal langsung dengan perempuan tu. Dia takut dia tersayang dekat perempuan tu."
"Ouh kiranya dia dah bertunanglah?"
"Dah. Jomlah balik. Nak dekat malam dah ni."
"Okey."
---------------------------------------------
Keesokan harinya, Sarah mengambil Zafriel di rumahnya."Assalamualaikum, tuan! Saya dah empat jam tunggu dekat luar ni."
"Waalaikumussalam."
Zafriel keluar dengan memakai kot.
'Allahu Akbar! Anak siapa ni?'
Rambut Zafriel disikat sisi kemas. Wangian badannya yang begitu harum membuatkan Sarah tergamam. Dia menelan air liur berkali-kali.
"Jomlah."
'Tuan, tukarlah dengan tunang saya. Dia tak sekacak tuan.'
"Ehem, saya tengah cakap dengan pintu ker ni?"
"Maaf, tuan. Maaf. Saya leka tadi."
YOU ARE READING
Aku Terima Nikahnya ...
RandomTuan Zafriel Zaqwan tidak suka akan kehadiran kaum hawa dalam pejabatnya. Namun, apabila Sarah Qistina datang untuk temu duga, dia menerimanya dan memberi syarat hanya untuk tiga bulan. Hari demi hari mereka semakin rapat dan kenal hati masing-masin...