'Anas pun ada?'
Anas memandang Zafriel.
"Tuan."
"Hai. Sarah."
'Selalunya panggil Qis. Tuan ni kenapa?'
"Saya panggil awak Sarah sebab awak bukan pekerja saya lagi. Tak perlu ada nama istimewa untuk awak. Esok saya nak pergi London."
"Saya pernah kerja dengan awak ker?"
"Ya, pernah. Awak ... Urm ... Esok saya bertolak pukul 10 pagi. Okey. Bye."
"Ariel!"
Puan Rita menjerit nama Zafriel. Dia menoleh ke belakang.
"Ariel, makcik ada benda nak cakap."
---------------------------------------------
"Sarah memang sayangkan kamu. Tapi, dia tak mahu sakitkan kamu. Dia pura-pura lupakan kamu.""Tak apalah. Lagipun, saya pun lepas ni nak kerja jauh. Mungkin peluang nak jumpa dia selalu tu tipis sangat."
"Maafkan dia yer Ariel?"
"Saya selalu maafkan dia."
---------------------------------------------
Zafriel menyiapkan pakaian ke dalam bagasinya. Dia menarik bagasinya keluar dari rumah dan menuju ke keretanya. Zafriel memandu ke lapangan terbang. Orang ramai pagi itu. Dia telah terlanggar bahu lebih daripada tiga orang."Tuan!"
Dia terdengar suara itu. Namun, dia tidak menoleh ke belakang.
"Tuan!"
'Ish. Siapa pula jerit tuan dekat tengah ramai orang ni?'
Zafriel menoleh ke belakang. Sarah sedang berdiri di khalayak ramai. Dia berlari ke arah Zafriel.
"Tuan. Maafkan saya. Saya sayang sangat dekat tuan."
"Tak payahlah bertuan lagi. Panggil jer Ariel."
"Maafkan saya Ariel. Saya sayangkan awak."
"Awak sukakan saya ker?"
"Hurm ... Ergh ..."
"Kalau suka kena panggil sayang."
"No! Never! Saya tak pernah suka awak!"
Zafriel ketawa sinis.
"Okeylah. Saya nak bertolak dah ni."
"Awak, kita masih kawan kan?"
'Kawan? Hurm. Kawan.'
"Haah. Kawan. Kawan baik. Terima kasih sebab cuba lupakan saya."
"Ish! Janganlah. Saya buat macam tu sebab saya nak awak kahwin dengan Linda."
"Biarlah benda dah jadi."
"Awak, balik nanti bawalah hadiah sekali."
"Masa saya balik tu, saya bagi hadiah untuk anak awak ler ..."
"Apa tuan ni? Eh haha! InsyaAllah kalau ada jodoh."
"Okeylah. Nanti saya terlepas flight. Bye. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Zafriel melontarkan senyuman yang sangat manis.
'Zafriel Zaqwan, don't smile at me. If I get attached to you, I'll get sad. I'm afraid that pretty smile will turn into tears.'
'Sarah Qistina, let's not fall in love, we don't know each other yet. Actually, I'm a little bit scared, I'm sorry. Let's not make promises, you never know when tomorrow comes but I really mean it when I say I love you.'
Zafriel berlepas ke London. Dia melihat ke luar tingkap dan mengukirkan senyuman walaupun pahit.
YOU ARE READING
Aku Terima Nikahnya ...
RandomTuan Zafriel Zaqwan tidak suka akan kehadiran kaum hawa dalam pejabatnya. Namun, apabila Sarah Qistina datang untuk temu duga, dia menerimanya dan memberi syarat hanya untuk tiga bulan. Hari demi hari mereka semakin rapat dan kenal hati masing-masin...