Bab 17

13.4K 372 5
                                    

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Eh Datin Ziela. Ada apa?"

"Saya datang nak putuskan pertunangan anak kita."

"Apa ni datin? Tak ada taufan tak ada ribut, tiba-tiba minta putus. Anak saya buat masalah ker? Kalau iya pun naiklah dulu."

"Saya tak suka nak naik rumah orang yang hina ni."

"Astaghfirullah apa cakap macam tu? Kita masih besan."

"Yang pertama tu pun bagi kahwin sebab nak tutup malu. Kalau tak, memang malu."

"Kita nak berbincang biar dengan cara baik. Saya ada maruah saya. Apa anak saya buat?"

"Dia keluar dengan anak saya yang Zafriel tu. Zafriel tu dah bertunang."

"Setahu saya, dia kerja sebagai pembantu peribadi Zafriel. Jadi, tak salah kalau dia keluar dengan Zafriel."

"Salah tetap salah! Saya tak kira! Putus tetap putus!"

"Tapi persetuju-"

"Tak payah setuju. Anak saya memang tak mahu pun kahwin dengan dia!"
---------------------------------------------
Puan Rita membawa sedulang air bersama biskut kering.

"Makanlah dulu, nak. Mak tahu kamu sedih."

"Mak, orang tak tahu apa pun pasal ni."

"Sudahlah. Mak ingat mak nak pindah pergi rumah ayah kamu."

"Dekat mana?"

"Dekat Kedah sana."

"Jauhnya mak."

"Biarlah jauh. Tak payah kita ingat lagi memori yang kita tinggal dekat sini. Lagipun, kamu saja yang mak ada."

"Mak ... Jangan cakap macam ini."

"Ayah kamu tinggalkan mak dengan rumah dekat sana tu. Sayang pula kalau mak tak duduk."

"Bila nak pindah mak?"

"Esok pun boleh."

"Ikutlah mak. Sarah nak pergi buat surat letak jawatan. Lepas tu nak hantar dekat rumah tuan."

"Itu yang terbaik, nak."

Sarah senyum kelat. Air mata menitis lagi.

"Mak tahu kamu sayang tuan. Kamu sayang Zaqwan. Sebab tu kamu menangis kan?"

"Taklah mak. Orang menangis sebab Bigbang nak datang KL nanti. Kalau pindah jauh ..."

"Apa kamu ni! Orang tengah sedih lain. Dia sedih sebab KPOP. Bertuah betul kamu ni!"
---------------------------------------------
"Siapa pula datang malam buta macam ni?"

Zafriel membuka pintu rumahnya. Linda sedang mabuk dan berdiri di depan pintu rumahnya.

"Sayang ..."

Dia terjatuh di atas Zafriel.

"Ya Allah! Eh! Apa ni?"

Aku Terima Nikahnya ...Where stories live. Discover now