Bab 3

20.3K 619 6
                                    

"Mak ... Bangunlah."

Puan Rita membuka matanya sedikit dan melihat jam loceng.

"Pukul 3 pagi kamu nak ajak mak qiamulail ker? Esoklah ..."

"Bukan mak. Sinilah."

"Mak mengantuk ..."

Puan Rita kembali tidur. Sarah putus asa. Dia masuk ke bilik dan duduk di birai katil. Biliknya bersepah dengan baju.

"AKU NAK PAKAI BAJU APA?!!"

Puan Rita terjaga dan terus berlari ke arah bilik Sarah.

"Siapa pecah rumah?!"

"Mana ada orang pecah rumah. Ni haa. Orang tak tahu nak pakai baju apa ..."

"Pakai jer la baju kurung tu ..."

"Dia kata pakai baju bersesuaian ..."

"Bolehlah tu baju kurung."

"Betul?"

"Iya. Sudahlah. Mak nak sambung tidur."
---------------------------------------------
"MAK!!!"

"Ya Allah kamu ni! Kenapa?"

"Mak kenapa tak gerak orang ... Orang tertidur lepas Subuh tadi. Pukul berapa sekarang?"

"7:30."

"Apadia ni mak?! Orang dah lambat ... Habislah."

"Eh tudung!"

"Astaghfirullah mak. Tengok. Tudung pun lupa habis ..."

Sarah memandu laju ke rumah Zafriel mengikut alamat yang diberi.
---------------------------------------------
Sarah menekan loceng rumah Zafriel.

"Mana dia ni?"

Zafriel membuka pintu rumahnya. Hidungnya merah dan rambutnya kusut-masai.

"Tuan okey?"

"Bawa saya pergi klinik."

Zafriel bersin dan menghalang Sarah daripada masuk ke dalam rumahnya.

'Eh eh eh ... Penat aku susah payah kalut dari rumah, dia sakit pula ... Sabarlah wahai hati ni ...'

"Awak mengutuk saya ker?"

Zafriel membuka pintu.

"Mana ada. Saya ... Tuan cepatlah."

"Dah siap pun ..."

Zafriel batuk dan menghulurkan kunci rumah kepada Sarah.

"Euw tuan! Janganlah bagi virus dekat saya. Tuan buat sendiri."

Zafriel menguncikan mangga rumahnya dan batuk dan batuk dan batuk lagi.
---------------------------------------------
"Tuan, hari ni tuan masuk pejabat tak?"

Sarah memandu dengan tenang.

"Tak kot ..."

"Okey, tuan."

"Apa nama awak?"

"Sarah Qistina. Kenapa tuan?"

"Saya nak panggil awak Qis."

"Tapi semua orang panggil saya Sarah."

"Suka hati sayalah."

'Ish, sakit pun degil lagi! Sekali tak kali aku tumbuk juga!'

"Tuan siapa lagi ada dekat rumah tuan?"

"Saya seorang sahaja."

"Macam ni, saya bawa tuan pergi rumah saya. Boleh?"

Sarah senyum kepada Zafriel yang duduk di sebelahnya.

Aku Terima Nikahnya ...Where stories live. Discover now