"Qis ..."
Sarah masih tidak sedarkan diri.
"Saya datang nak bagitahu awak. Esok saya kahwin. Cepatlah bangun. Boleh awak datang esok."
Puan Rita baru hendak masuk tetapi dia melupakan hasratnya apabila dia ternampak Zafriel sedang duduk di sebelah Sarah.
"Saya sayang awak. Saya tak nak kahwin dengan Linda ... Saya tak tahu kenapa bila saya ambil awak bekerja, saya rasa dekat dengan awak ..."
Zafriel senyum sambil mengesat air matanya. Air mata Sarah turut mengalir biarpun dia tidak sedar.
'Ariel, makcik tahu kamu suka akan anak makcik.'
"Makcik buat apa dekat situ? Makcik curi dengar eh?"
"Mana ada! Makcik baru datang. Macam mana Sarah?"
"Masih tak sedar. Salah Ariel makcik."
"Bukan salah kamu. Percayalah. Dia akan sed-"
Sarah mula sesak nafas. Mereka berdua terkejut.
"Makcik! Doktor! Panggil doktor!"
Doktor berlari ke arah Sarah dan beberapa orang jururawat menolak Puan Rita dan Zafriel keluar.
---------------------------------------------
"Dia dah sedar. Alhamdulillah."Puan Rita masuk ke dalam dan melihat anaknya.
"Sarah ..."
"Mak."
Zafriel tersenyum. Dia melihat Sarah.
"Ni siapa mak?"
Lutut Zafriel seperti hendak tercabut. Dia cuba untuk berdiri seperti biasa. Dia menelan air liurnya berkali-kali.
"Saya Zafriel. Saya yang bawa awak hari tu."
"Terima kasih."
"Sarah tak ingat dia?"
"Tak ..."
"Makcik, saya pergi kerja dulu."
Semasa Zafriel keluar, dia tidak menoleh ke belakang. Dia terus berjalan dan cuba menahan sakit di dadanya. Namun, air matanya berjaya mengawal dirinya. Dia terduduk di sudut laluan orang ramai dan menangis di situ. Dia tidak hairan orang yang berada di sekelilingnya.
'Ya Allah, jika jodoh aku dengan dia hanya sementara, aku redha. Ya Allah kuatkanlah aku ya Allah ..."
---------------------------------------------
"Tuan okey?""Batalkan semua mesyuarat saya hari ni. Saya tak sihat."
"Okey. Tuan nak saya carikan pembantu baru?"
"Tak. Saya tak nak."
"Okey."
Linda datang ke pejabat Zafriel.
"Sayang ... Jom pergi lunch."
"Tak nak."
"Jomlah ... I bagitahu mama ..."
"Linda, jangan naikkan darah aku."
"Jomlah ..."
Linda menarik lengan Zafriel dan sedas tamparan dari Zafriel melekat di pipi Linda.
"Kau faham tak? Aku punya tak nak tu macam mana?!"
YOU ARE READING
Aku Terima Nikahnya ...
RandomTuan Zafriel Zaqwan tidak suka akan kehadiran kaum hawa dalam pejabatnya. Namun, apabila Sarah Qistina datang untuk temu duga, dia menerimanya dan memberi syarat hanya untuk tiga bulan. Hari demi hari mereka semakin rapat dan kenal hati masing-masin...