Monolog:
Saat yang indah telah berlalu. dulu kau umpama madu dalam hati ini tapi sekarang kau hanyalah racun dalam hati ini. cinta yang aku berikan racun jua yang aku terima. damai dan bahagia yang aku cari, derita dan sengsara jua yang aku alami. andainya aku bisa melupakan kau selamanya....
*** *** ***
Malam itu kelihatan rudy sedang duduk di atas penghadang jambatan tersebut seorang diri. Dia menghisap rokok sambil menikmati udara malam yang sepi itu. Ketika dia sedang duduk di situ tiba tiba dia nampak seorang gadis sedang berjalan di atas jambatan tersebut tidak jauh dari situ. dia berjalan sambil menangis seorang diri. Sampai di tengah jambatan tersebut dia berdiri sambil merenung air di bawah jambatan itu. Dalam esak tangisnya dia teringatkan jeff. dia betul betul sakit hati sebab dia baru saja putus cinta dengan kekasihnya itu. "sialan... lelaki bangsat!!!... saya benci awak, jeff!!!....", jerit gadis tersebut dengan marah. dia menjerit di atas jambatan yang sepi itu sambil menangis tersedu sedan.
Hatinya betul betul sedih, kecewa dan marah ketika itu. kalau ikutkan hati mahu saja dia membunuh diri dengan terjun dari atas jambatan tersebut. rasa sakit hati kerana putus cinta membuatkannya seperti orang yang hilang akal pula. perlahan lahan dia naik di atas besi penghalang jambatan tersebut. yang ada di fikirannya saat itu ialah dia hendak membunuh diri malam itu juga. "Tidak guna rasanya hidup di muka bumi ini sebab tak ada siapa lagi yang cintakan saya...", rintihnya seorang diri. ketika dia sedang berkira kira hendak terjun dari atas jambatan tersebut tiba tiba, "terjunlah... kenapa tak terjun lagi?", soal satu suara. Gadis itu pun terus mnoleh ke arah datangnya suara tersebut. kelihatan seorang pemuda sedang berdiri di hujung jambatan tersebut sambil menghisap rokok di tangannya.
"hey... awak siapa, hah?... berani beraninya awak bercakap macam tu pada saya...", bentak gadis tersebut dengan marah sekali. dia cuba untuk mengecam wajah pemuda itu tetapi dia gagal berbuat demikian. suasana malam yang kelam menyukarkan dia mengecam wajah pemuda tersebut. "tak payahlah awak tahu siapa saya... let me guess.... awak ni baru saja putus cinta kan?", soal rudy sambil menghisap rokok di tangannya. "kalau saya putus cinta pun itu bukan urusan awak lah... yang awak sibuk sibuk pasal saya ni, kenapa hah?", soal gadis tersebut. Dia semakin marah. "siapa cakap saya sibuk pasal awak pula? saya cuma nak tengok setakat mana keberanian awak tu...", kata rudy lagi. "saya tak suka orang tengok saya bunuh diri kat sini... lebih baik awak pergi dari sini sebelum saya naik angin satu badan...", kata gadis tersebut. "awak dah naik angin satu badan pun... kalau tidak takkanlah awak berani membentak saya macam tu sekali...", kata rudy sengaja menyakiti hati gadis itu. "hey... bangsat... awak berambuslah dari sini... saya tak nak tengok muka awak kat sini...", bentak gadis tersebut.
"Iye lah tu... saya pun putus cinta macam awak juga tapi saya tak bunuh diri pun macam awak. Anyway, kalau awak rasa nak bunuh diri sebab putus cinta, saya rasa keputusan awak tu memang bodohlah...", kata rudy prlahan lahan. "awak cakap saya bodoh ke, apa ke... saya tak peduli... saya dah ambik keputusan untuk bunuh diri malam ni juga...", balas si gadis. "Hm... tak sangka ada juga orang bodoh dan pendek akal macam awak ni kan... anyway, kalau awak rasa nak bunuh diri... awak teruskan saja niat awak tu... saya dah malas nak cakap dengan awak...", kata rudy. dia mula melangkah pergi dari situ. tinggallah gadis itu seorang diri di situ...
YOU ARE READING
AMNESIA (U)
Teen FictionSinopsis:- kisah seorang gadis yang hilang ingatan sebaik saja dia di langgar lari oleh sebuah kereta. seorang pemuda menemuinya dan berusaha untuk menolong memulihkan ingatannya. setelah ingatannya pulih si gadis....... wei kalau nak tahu apa jadi...