AMNESIA 2

1.2K 57 1
                                    

Rudy melangkah perlahan lahan menyusuri jalanraya yang sunyi sepi itu. Sesekali dia menghisap rokoknya. langkahnya terhenti sebaik saja dia terdengar suara jeritan dari arah jambatan tempat dia berdiri sebentar tadi. jangan jangan gadis tersebut sudah pun terjun ke bawah jambatan itu. "Biar betul gadis ni.... takkanlah dia berani sangat terjun dari atas jambatan tu pula?...... tapi macamana kalau dia betul betul dah terjun dari jambatan tu?.... hish... tak boleh jadi ni!... lebih baik aku pergi tengok dia...", gerutu rudy seorang diri. dia segera berpatah balik menuju ke arah jambatan tersebut. dia lihat gadis itu terbaring lemah di atas tanah dengan kepala yang di lumuri darah. Tidak jauh dari situ kelihatan seorang lelaki sedang memecut kereta proton saganya dengan laju dari situ.

rudy mula membuat andaiannya sendiri, tentu gadis tersebut di langgar lari oleh pemandu kereta yang tidak bertanggungjawap itu. dia pun segera berlari mengejar kereta hitam tersebut dari belakang. "Woi!... jangan larilah... woi!...", jeritnya tetapi pemandu kereta proton saga hitam tersebut tidak menghiraukannya. Malah kereta itu di pecut dengan laju sekali. rudy tidak dapat mengejar kereta tersebut. Perlahan lahan rudy berpatah balik lalu berlari menghampiri gadis itu. "cik... cik... awak tak apa apa ke?", soal rudy dengan cemas. gadis tersebut tidak dapat berkata apa apa lagi. dia hanya sempat melihat wajah rudy. selepas itu dia jatuh pengsan. "cik... cik...", kata rudy sambil cuba untuk menyedarkan gadis tersebut tetapi dia gagal berbuat demikian. gadis itu masih juga tidak sedarkan dirinya.

dalam keadaan yang kalut itu, kelihatan sebuah kereta meluncur laju di atas jalanraya tersebut. rudy pun segera bangun. dia menahan kereta itu sambil berdiri di tengah tengah jalanraya tersebut. kereta avanza itu terus berhenti betul betul di hadapan matanya. "oiii... nak mati kah?", jerit tuan punya kereta tersebut. "maafkan saya, encik... ada orang kemalangan... tolong bawa dia ke hospital...", kata rudy dengan cemas. lelaki itu pun terus melangkah keluar dari dalam keretanya. "mana dia?", soalnya ingin tahu.

"itu.... Kat sana tu...", rudy bersuara sambil menunjukkan ibu jarinya ke arah tubuh yang terkulai di atas jalanraya tersebut. mereka pun segera mengangkat gadis yang tak sedarkan diri itu ke dalam kereta tersebut. sebaik saja pintu kereta di tutup rapat, kereta itu pun terus meluncur laju dari situ. sampai saja di hospital besar sri angsana, rudy segera mengangkat keluar gadis yang tidak sedarkan diri itu ke dalam hospital. Mereka membawanya ke ruang unit kecemasan di hospital tersebut. Dua orang lelaki beruniform putih pantas menarik keluar sebuah katil beroda yang terletak tidak jauh dari situ. rudy membaringkan gadis tersebut di atas katil beroda itu. "kenapa dengan dia ni?", soal satu suara.

Kelihatan seorang doktor memakai kaca mata sedang berdiri tidak jauh dari situ. "er... dia kemalangan tuan doktor", jawap rudy dengan pantas sekali. doktor itu pun segera memeriksa keadaan gadis tersebut. "urm... nurse, tolong bawa dia ke bilik wad kecemasan sekarang juga... dia cedera parah ni...", perintah doktor tersebut. Dua orang jururawat yang ada di situ segera melakukan apa yang di perintahkan oleh doktor muda itu. "awak kena tunggu di luar sekejap... anyway, awak ni ahli keluarganya ke?..."soal doktor itu ingin tahu. "bukan... saya cuma...", kata katanya terus di potong pantas oleh doktor tersebut. "teman lelakinya?... ok, kalau awak teman lelakinya, awak tolong hubungi ahli keluarganya ya. mereka pun perlu tahu tentang keadaannya...", kata doktor itu. "tapi tuan doktor...", belum pun sempat dia mnghabiskan perkataannya, doktor muda tersebut terus beredar dari situ. Dia mlangkah masuk ke dalam bilik wad kecemasan yang terletak tidak jauh dari situ. pintu bilik wad kecemasan itu di tutup rapat. rudy terpaksa duduk menunggu di atas kerusi yang ada d situ. dalam diam dia mula berfikir bagaimanakah caranya dia hendak menghubungi ahli keluarga gadis tersebut? Sedangkan dia langsung tidak tahu apa apa tentang gadis itu. apatah lagi ahli keluarga dan sanak saudaranya. Bertambah serabut otaknya bila memikirkan semuanya itu. dia menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan lahan. dia tidak tahu apa lagi yang harus di lakukannya selepas itu

AMNESIA (U)Where stories live. Discover now