Ketika mereka sedang duduk di ruang tamu itu tiba tiba pintu rumah mereka di ketuk orang dari luar. hadi pun terus membuka pintu rumah tersebut. kelihatan 2 orang anggota polis berdiri di hadapan pintu rumah itu. mereka datang hendak menyoal siasat tentang kes langgar lari tempohari. sekali lagi si gadis di suruh untuk mengingati kembali apa yang telah terjadi tetapi jawapannya tetap sama. dia langsung tidak ingat apa apa. jadi mereka pun terpaksa menyoal siasat rudy pula. rudy memberikan sedikit informasi yang dia tahu tentang pemandu kereta yang tak berguna itu. yang dia tahu cuma no plat kereta dan warna kereta yang di gunakan lelaki tersebut dan juga jenis kereta yang melanggar gadis itu. salah seorang daripada anggota polis tersebut mencatit semua butir butir yang penting di dalam buku notanya. polis yang satu lagi jadi penyoal. dalam bersoal siasat sempat juga dia berkata tentang diri gadis yang malang itu. dia mengatakan bahawa dia mengenali wajah gadis tersebut.
"jangan jangan cik ni ialah cik amanda imran penyanyi muda yang menghilangkan diri selama 2 minggu tu, tak?... maaf jika tekaan saya ini salah... tapi wajah cik hampir serupa dengan wajah penyanyi muda tu...", kata lelaki polis yang becok bertanya itu. Si gadis hanya tersenyum pahit. "mungkin juga... tapi masalahnya saya tak tahu siapa diri saya yang sebenarnya...", balas si gadis perlahan lahan. "kalau macam tu kami minta diri dulu... ada banyak kerja yang perlu kami lakukan selepas ini... anyway, saya harap semoga ingatan cik kembali pulih sepenuhnya...", kata polis tersebut. Dia bangun dari tempat duduknya. begitu juga dengan rakan sekerjanya yang lain. mereka bersalaman dengan rudy, hadi & gadis bernama misha itu. Perlahan lahan mereka beredar dari situ.
*** *** ***
pagi itu rudy bersiap hendak pergi kuliah seperti biasa. ketika dia membuka pintu rumah tersebut, kelihatan begitu ramai orang berdiri di luar pintu pagar rumah sewanya itu. semuanya menjerit memanggil nama penyanyi top, amanda imran. "amanda imran!... amanda imran!...", jerit mereka tanpa henti. rudy terkejut sebaik saja dia melihat orang ramai berdiri di situ.
"encik... boleh benarkan kami masuk ke dalam rumah encik, tak? kami nak menemuramah cik amanda imran... kami mendapat informasi yang dia tinggal di sini...", kata salah seorang daripada orang ramai yang berdiri di situ. "Eh... er... maaf saudara sekalian... di sini tak ada gadis yang bernama amanda imran...", kata rudy cuba untuk menerangkan pada orang ramai yang berdiri kat luar pintu pagar rumah sewanya saat itu. "Bohong!... kami mendapat maklumat bahawa cik amanda tinggal di sini... by the way, encik ni siapa? teman lelaki baru cik amanda ke?", soal lelaki yang menyoalnya tadi. rakan sekerjanya yang lain mula sibuk mengambil gambar rudy.
Cepat cepat rudy menyembunyikan wajahnya dengan tangannya sendiri. Dia tidak mahu mereka mengambil gambarnya. "eh... kenapa pula korang ambik gambar saya ni? saya bukan teman lelaki amanda imranlah...", balas rudy sedikit geram. ketika dia cuba untuk mengelakkan diri dari di serbu oleh wartawan di situ tiba tiba, "ada apa ni rudy?... awak bercakap dengan siapa?", soal satu suara. rudy menoleh ke belakangnya. kelihatan gadis yang bernama misha itu sedang berdiri di luar pintu rumah tersebut. dia memandang kehairanan pada orang ramai yang berdiri di luar pintu pagar itu. sebaik saja orang ramai di situ terpandang akan wajah gadis tersebut mereka mula menjerit macam orang gila. "amanda imran!... amanda imran!... amanda imran...", jerit mereka histeria.
Si gadis terpinga pinga apabila ada di antara orang ramai di situ melemparkann beberapa jambangan bunga ke arahnya. ada juga yang mengambil gambarnya. rudy segera menarik tangan si gadis supaya beredar dari situ. mereka melangkah masuk ke dalam rumah. pintu di kunci dengan pantas. "oh... shit!... orang ramai dah tahu awak ada kat sini... saya nak keluar pergi kuliah pun tak boleh...", kata rudy cukup geram. dia duduk di atas kerusi dengan wajah yang tegang sekali. Si gadis duduk di sebelahnya. "maafkan saya rudy... di sebabkan saya, awak tak dapat pergi kuliah pagi ni...", kata si gadis sedikit trkilan. rudy memandang wajah gadis itu. "maafkan saya, misha... saya tak bermaksud macam tu... janganlah awak fikir yang bukan bukan pula", kata rudy. Si gadis diam membisu di sebelahnya. rudy bangun lalu menekan remote control TV di tangannya. kebetulan saat itu ada siaran temubual eksklusif rancangan talkshow hour di kaca TV pagi itu, "misteri kehilangan penyanyi muda amanda imran kini terbongkar sepenuhnya. Seorang pemuda mengaku bahawa dia tahu di mana amanda imran berada. sekarang dia ada bersama dengan kami di sini... selamat datang ke studio kami encik hadi izzudin...", kata pembaca berita itu.
kelihatan seorang pemuda sedang duduk sambil tersengih macam kerang busuk di sebelah pengacara TV tersebut. "oh... patutlah semua orang tahu awak ada di sini. Rupa rupanya hadi dah pecahkan rahsia ini... celaka betul hadi ni...", bentak rudy dengan marah. "boleh tak awak bertenang sekejap?... saya nak dengar rancangan talkshow ni...", kata si gadis di sebelahnya. "kami ingin tahu apakah betul amanda imran penyanyi top masa kini tu tinggal di rumah sewa encik hadi?", soal pengacara yang cantik jelita itu. "ya betul... dia tinggal di rumah sewa saya...", kata hadi dengan penuh bangga. "kenapa dia tinggal di rumah sewa encik hadi?... apakah hubungan encik hadi dengan amanda imran?", soal pengacara itu lagi. "er... sebenarnya kami tak ada hubungan apa apa pun. dia di jumpai oleh rakan serumah saya rudy di tepi jambatan besar sungai angsana 2 minggu yang lalu dalam keadaan pengsan. dia di langgar lari oleh seorang pemandu kereta yang tidak bertanggungjawap... sekarang dia dah hilang ingatan...", balas hadi panjang lebar. "maksud encik, dia mengalami amnesia ke?...", soal pengacara itu ingin tahu.
"ya... nampak gayanya macam itu lah...", jawap hadi sambil tersenyum manis. "sialan betul si hadi ni... kenapa pula dia masuk TV dan hebohkan pada semua orang yang awak ada kat sini?... teruk betul budak seekor ni. Tak apa...hadi, tak apa... ada masa juga buku lima saya ni melayang kat muka awak tu!...", bentak rudy cukup marah. dia terus menekan punat off di remote control dalam genggaman tangannya. rasa marah di dalam hati membuatkannya ingin 'membunuh' rakan serumahnya yang tak guna itu. Si gadis hanya diam membisu memandang wajah rudy yang merah menyala menahan kemarahan di dalam dada....
YOU ARE READING
AMNESIA (U)
Teen FictionSinopsis:- kisah seorang gadis yang hilang ingatan sebaik saja dia di langgar lari oleh sebuah kereta. seorang pemuda menemuinya dan berusaha untuk menolong memulihkan ingatannya. setelah ingatannya pulih si gadis....... wei kalau nak tahu apa jadi...