AMNESIA 8

708 33 6
                                    

Mereka melangkah meninggalkan jambatan besar itu. ketika mereka sedang berjalan di kawasan bandaraya besar tersebut, mereka lihat begitu ramai orang yang lalu lalang di situ pandang semacam ke arah si gadis. Si gadis mula merasa hairan. begitu juga dengan rudy. "kenapa semua orang pandang semacam pada saya ni?... saya pakai baju terbalik ke, rudy?... make up saya tak betul ke?... atau rambut saya kusut masai?...", soal si gadis sambil sibuk memerhatikan penampilannya saat itu. "eh... awak pakai baju dengan betul... make up awak pun ok... rambut awak taklah sekusut mana yang awak fikirkan... ", jawap rudy pada gadis tersebut. "jadi kenapa mereka pandang semacam ke arah saya ni?...", soal si gadis cukup hairan. "Entahlah...", jawap rudy. Di saat mereka berada di depan shopping mall city plaza yang sibuk itu tiba tiba, "hey... kawan kawan, itu amanda imran lah, penyanyi baru yang terkenal tu... jom kita minta autograph dengan dia...", kata salah seorang dari anak anak muda yang duduk melepak di depan shopping mall tersebut. mereka mula berlari menyerbu ke arah rudy dan gadis itu.

"kak amanda... kak amanda... kami nak minta autograph akak...", kata salah seorang remaja perempuan di situ. Ramai remaja yang lain berpusu pusu menghampiri mereka. masing masing menyerahkan pen dan kertas pada gadis yang berdiri di sebelah rudy. "Apa?.... minta autograph?... amanda?... siapa amanda tu?..." soal si gadis kehairanan. "Akaklah amanda imran, siapa lagi?...", tutur remaja perempuan tersebut. Ketika itu ramai sudah orang berdiri di depan mereka. ada yang sibuk sibuk mengambil gambar si gadis melalui kamera yang ada di handphone mereka. "eh... eh... apa ni?... apa yang korang buat ni?... korang jangan ganggu kami lah... kami nak jalan ni...", kata rudy sedikit marah.

"awak ni mesti bodyguard cik amanda ni kan?... rilekslah bro...kami tak ganggu cik amanda imran lah... kami cuma nak minta autograph dan bergambar dengannya, itu saja... takkan itu pun tak boleh?", soal seorang pemuda berambut punk yang berdiri tidak juah dari situ. "weh... korang dah salah oranglah... dia ni bukannya amanda imran... namanya misha... so, korang jangan ganggu dia lagi, ye...", kata rudy sambil menarik tangan si gadis. mereka pun terus berlari keluar dari situ. dalam perjalanan pulang, si gadis mula bertanya padanya.

"siapa amanda imran itu, rudy?", soal si gadis ingin tahu. "Entahlah... sebenarnya saya sendiri pun tak tahu sangat siapa amanda imran tu.maklumlah saya tidak berapa kenal artis tanahair sekarang ni... saya bukannya minat sangat penyanyi lagu melayu. itulah sebabnya saya tak tahu siapa artis yang bernama amanda imran tu. yang saya tahu hanyalah artis barat... sebab saya memang minat dengar lagu dari penyanyi barat seperti taylor swift, lady gaga, avril lavigne and so on... lucu kan anak melayu macam saya ni minat artis barat aje...", tutur rudy sambil ketawa kecil. "itu ikut citarasa masing masinglah, kan... lain padang lain belalangnya, lain orang lain citarasanya...", balas si gadis. "betul tu", sokong rudy. mereka berbalas pandangan sambil tersenyum mesra...

*** *** ***

malam itu rudy sedang duduk di atas kerusinya. dia sedang sibuk menulis kertas tesis yang belum siap di buatnya. tiba tiba hadi muncul di depan matanya. "weh...rudy... awak tak perasan ke wajah si misha tu serupa macam wajah amanda imran, penyanyi muda yang tngah top tu?...", kata hadi. rudy merenung wajah hadi. "apa yang awak merepek ni hadi?", soal rudy sedikit geram.

"eh... saya tak merepeklah... saya cakap betul ni.... cuba awak tengok wajah artis kat muka depan majalah hiburan ni... awak cam betul betul wajah dia tu... wajahnya tak ubah macam wajah misha, kan...", kata hadi sambil menunjukkan majalah hiburan di tangannya. rudy memerhatikan gambar artis yang bernama amanda imran itu. memang betul apa yang di katakan oleh hadi. wajah artis yang bernama amanda imran itu memang serupa dengan wajah misha. dia macam tidak percaya dengan apa yang di lihatnya saat itu. dia terus mengambil majalah tersebut lalu membaca berita terbaru tentang artis tersebut. "penyanyi top tanahair, amanda imran menghilangkan diri selama 2 minggu...", begitulah tajuk berita yang tertera di dalam majalah tersebut. dia pun segera membaca isi berita tersebut.

"penyanyi remaja top tanahair iaitu amanda imran telah menghilangkan diri selama 2 minggu. menurut sumber yang terdekat, dia di katakan keluar dari apartmentnya di sri cempaka pada hari selasa (24 march 2011) tepat pada pukul 4.58 petang. selepas itu dia tidak lagi balik ke apartmentnya. encik syukri iaitu pengurus peribadi amanda telah pun membuat laporan di balai polis tentang kehilangan artis remaja tersebut. kata encik syukri dia sangat berharap dapat bertemu dengan amanda semula. jika ada sesiapa yang mengetahui di mana artis muda ini berada sila hubungi no telefon ini, 03-7654321...", rudy membacanya perlahan lahan. dia memandang wajah hadi. "jangan jangan misha ni betul betul amanda imran yang hilang tu, tak?", soal hadi. rudy merenung wajah rakannya itu. "Hm... mungkin juga...", balas rudy. dia mula berfikir panjang...

AMNESIA (U)Where stories live. Discover now