AMNESIA 14 (TERAKHIR)

1K 45 11
                                    

Mereka melangkah masuk ke backstage yang sibuk itu. kelihatan beberapa orang lelaki sedang sibuk membuat persiapan terakhir di belakang pentas untuk konsert tersebut. Mereka sibuk dengan pekerjaan masing masing. Manakala dalam bilik persalinan pula semua orang tengah sibuk dengan costume tarian masing masing. ada yang tengah bersolek dan ada juga yang tengah sibuk memakai costume tarian masing masing. hadi dan rudy hanya diam memerhatikan mereka semua.

tiba tiba, "er... inilah bilik VIP cik amanda... silalah masuk...", kata lelaki botak tersebut sambil menunjukkan ke arah bilik yang di maksudkannya. mereka pun melangkah masuk ke dalam bilik berhawa dingin itu. kelihatan amanda sedang duduk di atas kerusi depan cermin besar itu. wajahnya di solekkan oleh seorang jurumekap yang ada di situ. "cik amanda... encik rudy dan encik hadi dah datang...", kata lelaki botak tersebut. "ok... suruh diorang duduk dulu...", kata amanda. "ok... er... korang duduk dulu di kerusi... saya nak keluar sekejap", kata lelaki botak itu lalu beredar dari situ. rudy dan hadi pun duduk di atas kerusi yang ada di situ. Tidak lama kemudian amanda sudah pun siap bersolek.

dia bangun dari tempat duduknya lalu melangkah menuju ke arah dua orang pemuda tersebut. "terima kasih kerana korang sudi datang ke konsert saya ni... saya gembira melihat korang di sini...", kata amanda sambil tersenyum riang. "sama sama... kami pun gembira sebab dapat datang ke konsert awak... kan rudy kan?", kata hadi sambil menyiku pinggang rudy di sebelahnya. "yelah tu...", balas rudy malas. "Eh... kenapa rudy bermasam muka ni? rudy tak sihat ke?", soal amanda ingin tahu. "ohh... rudy sihat... dia cuma tertekan aje sejak kebelakangan ni. maklumlah banyak assignment dan tesis dia kena buat... kan rudy kan?...", kata hadi sambil menyiku pinggang rakannya itu lagi. "whatever...", balas rudy malas. "urm... terima kasihlah amanda kerana awak sudi menjemput kami ke konsert awak yang istimewa ni... we're really appreciated it...", kata hadi pada gadis tersebut. "You are welcome hadi...", balas amanda perlahan lahan. dia memandang wajah rudy yang masam mencuka itu. "er... hadi... boleh tak awak keluar sekejap... saya nak berbual sekejap dengan rudy...", kata amanda pada hadi. "baiklah...", balas hadi sepatah. Perlahan lahan dia bangun lalu beredar dari situ.

amanda duduk di sebelah rudy. "rudy, guess what? saya dan jeff akan menikah tidak lama lagi... mungkin bulan depan kami akan menikah...", kata amanda dengan riang sekali. rudy diam membisu. sedikit pun dia tidak bersuara. "kenapa awak diam aje ni? macam tak ada mood pula nak bercakap dengan saya... anyway, macamana dengan hadiah yang saya berikan pada awak tempohari?... awak suka tak? buat pengetahuan awak, saya bagi hadiah itu untuk membalas jasa baik awak kerana menolong saya ketika saya di dalam kesusahan tempohari...", kata amanda dengan lembut.

rudy merenung wajah gadis itu. "maaf, saya tak suka dengan hadiah yang awak berikan tu... sebenarnya saya tak minta pun jasa baik saya di balas... by the way, saya datang ke sini pun sebab hadi yang paksa saya untuk menghadiri konsert awak ni... kalau ikutkan hati saya, saya tak nak datang ke konsert awak...", kata rudy dengan suara yang marah. amanda memandang wajah rudy. "eh... kenapa awak marah marah ni rudy?... apa salah saya sehinggakan awak merasa marah pula?", soal amanda ingin tahu.

"buat pengetahuan awak, saya mula jatuh cinta pada awak sejak kali pertama saya menemui awak di atas jambatan besar tu tempohari. saya menjaga awak dengan harapan supaya awak cepat sembuh dan awak akhirnya dapat menerima cinta saya tapi malangnya setelah awak sembuh awak kembali semula pada bekas kekasih lama awak tu... awak tinggalkan saya dalam kekecewaan... saya tak menyangka yang awak akan melupakan saya dan berbaik semula dengan bekas kekasih lama awak tu... itulah sebabnya saya mula membenci awak, kerana awak lah hidup saya jadi tidak menentu...", kata rudy penuh emosi. amanda merasa terkejut bila mendengar kata kata rudy. dia tidak menyangka yang rudy menyintainya secara diam diam. "maafkan saya rudy... saya cuma menganggap awak sebagai...", kata kata amanda di potong pantas oleh rudy.

"kawan biasa saja kan?... yeah... i know... saya tahu saya tak sehebat jeff kekasih awak tu. anyway, saya nak pulangkan balik hadiah yang awak berikan pada saya tempohari... ini kunci kreta myvi awak tu... awak ambiklah balik kereta tu. Saya rasa saya tak layak menerima hadiah dari awak sebab saya bukannya kekasih awak... saya fikir lebih baik awak bagi hadiah tu pada boyfriend awak si jeff sebab tak lama lagi korang akan menikah. Anggap saja ianya sebagai hadiah pernikahan korang berdua... anyway, tolong jangan cari saya lagi sebab saya bukanlah orang yang terpenting dalam hidup awak... saya berharap awak akan berbahagia dengan jeff buat selama lamanya. lupakanlah saya dan saya akan lupakan awak juga. oklah, i've gotta go now. bye!...", rudy bangun lalu menyerahkan anak kunci kereta tersebut pada amanda.

Kemudian dia melangkah keluar dari situ. airmata bergenang di pelupuk matanya. dia cuba menahan airmata itu dari jatuh membasahi pipinya. tanpa mempedulikan orang ramai di situ, dia terus berlari meninggalkan kawasan auditorium mega hall tersebut. "rudy tunggu saya...", jerit amanda dari belakang. Kelihatan dia mengejar rudy dari belakang. rudy tidak menghiraukan jeritan gadis tersebut. dia terus berlari menyeberangi jalanraya yang sibuk itu, tiba tiba sebuah kereta melanggarnya. dia jatuh terpelanting di tepi longkang yang besar itu. semua orang berlari mendekatinya. ini termasuklah hadi dan juga amanda. ketika mereka mendekatinya, dia sudah tidak sedarkan dirinya lagi.

*** *** ***

perlahan lahan dia membuka matanya. kelihatan seorang gadis muda dan seorang lelaki yang hampir sebaya dengannya sedang berdiri di tepi katil hospital tempat dia berbaring. mereka tersenyum padanya. "syukurlah awak dah sedar... rudy, saya ada bawakan buah apple untuk awak, makanlah buah apple ini...", kata gadis itu dengan lembut. "maaf... cik dan encik ni siapa? siapa rudy tu?", soalnya kebingungan. mereka yang ada di situ mula merasa hairan. "eh... awak dah lupakan kami, ke rudy?... saya amanda dan ini hadi kawan karib awak... takkanlah awak dah lupa nama awak sendiri. nama awak ialah rudy hamizan... awak bergurau saja, kan?", soal amanda.

"maaf... saya tidak bergurau. saya betul betul tidak tahu siapa saya dan siapa korang berdua ni?...", katanya kebingungan. hadi dan amanda saling berpandangan seketika. "oh... no... not again...", hadi mula bersuara bimbang. "kenapa hadi?", soal amanda di sebelahnya. "jangan jangan si rudy ni dah hilang ingatan macam penyakit awak yang dulu tu... oh... tidak!...", hadi bersuara separuh bengang. amanda terdiam apabila mendengar perkataan hadi itu. dia merasa sungguh sedih kerana rudy jadi macam tu. "inilah yang di katakan takdir ilahi... tiada siapa yang mampu melawan takdir Nya...", kata amanda perlahan lahan. hadi hanya diam membisu selepas itu. pemuda yang tidak tahu identiti dirinya itu hanya terpinga pinga memerhatikan mereka berdua....

--- tamat ---

AMNESIA (U)Where stories live. Discover now