hadi balik ke rumah sewanya dengan hati yang gembira. maklumlah buat pertama kali dalam hidupnya dia mendapat peluang untuk di temubual dalam rancangan talkshow hour yang paling hangat di TV pagi tadi. tak cukup dengan itu dia di temuramah dengan wartawan majalah hiburan topstar lagi. semuanya ingin tahu di mana amanda imran berada. tak sangka populariti gadis itu telah menjangkit pada dirinya sendiri. dia yang langsung tidak pernah merasa glamour sebelum ini tiba tiba menjadi glamour dalam sekelip mata. ramai orang kenal dia gara gara dia masuk TV dan di temuramah oleh wartawan majalah pagi tadi. dia gembira sakan. tiba di rumah dia di sambut dengan wajah marah rudy. "eh... rudy... awak tak pergi kuliah ke hari ni?", soal hadi sambil tersenyum. Rudy tidak menjawap soalannya. Malah dia menumbuk wajah hadi pula. hadi terus terjatuh di atas lantai. "hey!...kenapa ni rudy? kenapa awak tumbuk si hadi tu pula?", soal mak timah sedikit cemas. dia meluru ke arah hadi yang terbaring di atas lantai itu.
"mak cik... hadi ni betul betul teruklah... dia dah berjanji pada saya supaya dia tidak mendedahkan rahsia tentang misha pada semua orang tapi dia mungkir janji pula... buktinya dia menghebohkan pada semua orang dalam TV dan media hiburan di mana misha berada... jelas sekali dia ini tidak boleh di percayai langsung, mak cik...", bentak rudy dengan marah. "rahsia apa ni rudy? mak cik tak fahamlah...", soal mak timah kebingungan. "mak cik, sebenarnya misha tu ialah amanda imran penyanyi yang terkenal tu. ouwhh!...", jawap hadi sambil tertunduk menahan kesakitan di bahagian hidungnya. Hidungnya terasa sakit di tumbuk oleh rudy sebentar tadi. "apa?... misha tu ialah amanda imran?... tapi kenapa korang rahsiakan identitinya pula?", soal mak timah kehairanan. "saya bukannya bermaksud hendak merahsiakan identitinya itu buat selama lamanya, mak cik. saya cuma nak merahsiakannya buat sementara waktu sambil menunggu ingatannya kembali pulih seperti biasa tapi si hadi ni dah bocorkan rahsia tu pula...", kata rudy dengan marah.
"maafkan saya, rudy... saya tahu tindakan saya ini salah tapi tak boleh ke kalau orang lain tahu yang artis kesayangan mereka tinggal bersama dengan kita dalam rumah ni?... dia kan banyak peminat jadi tak ada salahnya jika semua peminatnya itu tahu di mana dia berada...", kata hadi prlahan lahan. "apa awak cakap? woi... awak tahu tak apa akibatnya perbuatan awak ni?... awak tengok kat luar sana tu... rumah kita di kepung oleh orang ramai 24 jam... nak keluar pun susah... semuanya susah...", kata rudy dengan marah. hadi diam membisu. ketika mereka berada di ruang tamu itu, tiba tiba pintu rumah tersebut di ketuk orang dari luar.
mak timah pun terus membuka pintu rumahnya. kelihatan seorang pemuda yang tampan sedang berdiri di luar pintu rumah itu sambil memegang sejambak bunga mawar merah di tangannya. "ya... encik nak cari siapa?", soal mak timah. "urm... boleh tak saya berjumpa dengan amanda imran sekejap? kalau tak salah dia tinggal di sini kan?", kata pemuda itu. kebetulan pada masa yang sama kelihatan amanda sedang melangkah di ruang tamu tersebut. Entah macamana tiba tiba saja kakinya tersandung pada karpet yang ada di atas lantai itu. akibatnya dia terjatuh lalu kepalanya terhantuk dengan kuat di atas lantai simen tersebut. "ouwwhhh...", jeritnya kesakitan.
orang ramai yang berada di luar mula berasak asak hendak masuk ke dalam rumah tersebut. pemuda yang ingin bertemu dengannya segera meluru ke arahnya tapi rudy segera memangku gadis tersebut. "misha... misha... awak tak apa apa ke?", soal rudy cemas. dia duduk sambil memangku gadis itu di atas pangkuannya. "amanda... are you ok?", soal pemuda yang tampan itu pula. Perlahan lahan si gadis bangun sambil memegang kepalanya yang terasa sakit kerana terhantuk di atas lantai simen sebentar tadi. "misha... kepala awak sakit lagi ke?", soal rudy. dia menyentuh dahi gadis tersebut. Si gadis memandang wajah rudy dengan pandangan yang semacam.
"maaf... saudara ni siapa? nama saya bukannya misha... nama saya amanda imran...", kata gadis tersebut. dia mengelakkan dirinya dari di sentuh oleh rudy. terkejut betul rudy apabila dia mendengar perkataan gadis itu namun dia cuba untuk bersikap selamba. "amanda...ingatan awak dah pulih ke?... oh... syukurlah kalau macam tu. Anyway, saya lah orang yang telah menolong awak masa awak di langgar lari oleh pemandu kereta yang tidak bertanggungjawab tu... awak masih ingat lagi tak peristiwa tu?", soal rudy ingin tahu. "ya... saya dah ingat sekarang... by the way, terima kasih kerana awak sudi menolong saya tempohari...", kata amanda perlahan lahan. "amanda... awak masih ingat saya lagi tak?", soal 1 suara. Gadis tersebut segera mengalihkan perhatiannya ke arah datangnya suara itu.
kelihatan seorang pemuda tampan sedang duduk di sebelahnya sambil menggenggam erat sejambak bunga mawar merah di tangannya. "jeff?...", nama itu terpacul keluar dari bibirnya. "ya... amanda... saya jeff... saya datang ni nak minta maaf pada awak... saya tak patut putuskan hubungan cinta kita dulu... saya yang bersalah dalam perkara ini kerana terlalu cemburu tidak tentu pasal... so, tolong maafkan saya, sayang...", kata jeffri panjang lebar. "saya dah maafkan awak, jeff...", balas amanda dengan lembut. "Oh... i really missed you and i still love you... sebagai tanda minta maaf saya pada awak, saya belikan bunga mawar merah ni hanya untuk awak seorang saja sayang... ambillah bunga ni...", kata jeffri sambil menyerahkan jambangan bunga tersebut pada amanda.
"oh...thanks so much, jeff... i also missed you and love you too...", kata amanda sambil tersenyum. dia mengambil jambangan bunga mawar merah itu dengan hati yang gembira. kemudian dia memeluknya pemuda itu dengan erat. tiba tiba saja rumah itu di serbu masuk oleh para wartawan dan para peminat yang tidak di undang. mereka bertepuk dan bersorak riang apabila mereka melihat amanda berpelukan dengan kekasihnya jeffri yang juga seorang pelakon top yang hebat pada masa itu. rudy yang dari tadi hanya diam memerhatikan mereka berdua mula merasa cemburu. perlahan lahan dia menyelinap keluar dari situ. dia membawa diri dengan hati yang luka....
![](https://img.wattpad.com/cover/55891206-288-k834286.jpg)
YOU ARE READING
AMNESIA (U)
Teen FictionSinopsis:- kisah seorang gadis yang hilang ingatan sebaik saja dia di langgar lari oleh sebuah kereta. seorang pemuda menemuinya dan berusaha untuk menolong memulihkan ingatannya. setelah ingatannya pulih si gadis....... wei kalau nak tahu apa jadi...