AMNESIA 12

612 31 0
                                    

Malam itu hadi berjalan mencari rakannya rudy di tempat yang selalu dia pergi. jambatan besar tersebut di hampirinya. kelihatan rudy sedang duduk di atas besi penghadang jambatan itu sambil menghisap rokok di tangannya. "Hai rudy... dah larut malam dah ni... jom kita balik ke rumah...", kata hadi pada rakannya itu. rudy hanya diam membisu. dia duduk di situ dengan wajah yang muram sekali. "mana misha? dia dah pergi dengan boyfriendnya tu ke?", soal rudy setelah lama berdiam diri. "maksud awak amanda imran?", soal hadi sambil memandang wajah rudy. "yalah... siapa lagi?...", balas rudy sedikit geram. "ya... dia dah pergi dengan boyfriendnya yang tak guna tu...", kata hadi perlahan lahan. rudy pun diam selepas itu. "hadi... maafkan saya kerana menumbuk wajah awak tadi... saya terlalu mengikut perasaan... maafkan saya...", kata rudy setelah lama berdiam diri. hadi tersenyum pada rakannya. dia duduk di sebelah rudy di atas besi penghadang jambatan besar tersebut. "tak apa... saya dah maafkan awak... saya tahu dalam diam awak mencintai amanda... kalau tidak, takkanlah awak duduk bersedih kat sini, kan...", kata hadi selamba.

"kalau saya mencintai dia pun tak guna sebab dia dah ada boyfriend mana mungkin dia akan menerima cinta saya lagi...", tutur rudy seperti orang yang mengeluh. "hm... nampak gayanya awak kena lupakan dia... dia tu artis... kita ni apa ada kan? orang miskin yang belum tentu hala hidupnya...", kata hadi selamba. "hm... betul juga cakap awak tu tapi melupakan orang yang di cintai memang sesuatu perkara yang amat sukar untuk di lakukan... walaupun kita sudah berusaha untuk melupakan orang tu... kita akan tetap teringatkan dia...", kata rudy separuh sedih. "tak apa lah rudy...lambat laun awak akan dapat melupakannya juga...", balas hadi pada rakannya itu. "oklah... saya akan cuba melupakannya... biarpun ianya terlalu sukar... saya harus melupakannya...", kata rudy. "hah... macam tu barulah ada semangat sikit...", kata hadi sambil menepuk bahu rakannya itu. mereka berpandangan sambil tersenyum. "jom kita balik... hari dah larut malam dah ni...", kata hadi. "jom...", balas rudy sepatah. mereka pun terus beredar dari situ.

*** *** ***

sejak dari hari itu rudy tidak mahu lagi memikirkan tentang amanda. dia cuba untuk melupakan gadis tersebut dengan menyibukkan diri dengan pekerjaannya dan juga kuliahnya. ramai juga mahasiswa dan mahasiswi yang lain bertanya padanya tentang penyanyi amanda yang pernah tinggal di rumah sewanya tapi rudy tidak menjawap pertanyaan mereka. Malah dia hanya berdiam diri dan terus berlalu. Sebenarnya dia tidak mahu di tanya tentang gadis itu. baginya amanda imran sudah tidak wujud lagi dalam kamus hidupnya. selepas habis waktu kuliah dia pun pergi bekerja di one stop cafe. Ketika dia sedang sibuk bekerja tiba tiba handphone dalam poket seluarnya berbunyi nyaring.

"hello..."
"helo... rudy ke ni?"
"ya... siapa ni?"
"rudy... ini amanda bercakap... er... rudy... saya..."
"maaf... saya tak ada masa nak bercakap dengan awak. Saya sibuk bekerja ni. ok, i've gotta go now... bye!"

rudy pun terus menamatkan talian di handphonenya itu. dia kembali meneruskan pekerjaannya. Baru beberapa minit dia bekerja handphonenya berbunyi lagi. Dia tahu itu pasti panggilan telefon dari amanda, dengan sepantas kilat dia meng'off'kan handphonenya itu. Kemudian dia kembali menyibukkan dirinya dengan pekerjaannya. selepas habis waktu bekerja dia terus melangkah pulang ke rumah sewanya. langkah kakinya terhenti sebaik saja dia melihat ada kereta myvi baru berwarna hitam parking betul betul di hadapan rumah sewanya. dia tidak tahu siapa kah pemilik kereta myvi tersebut. Kereta itu nampak masih baru lagi. Buktinya semua kerusi di dalam kereta tersebut masih di litupi plastik. Macam baru di beli saja kereta tu. Perlahan lahan dia melangkah masuk ke dalam rumah sewanya.

AMNESIA (U)Where stories live. Discover now